Final Piala Dunia 2014 German vs Argentina

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Piala Dunia 2010 pasukan pilihan aku Belanda berjaya masuk final tetapi tewas kepada Sepanyol. Belanda berjaya menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2014 setelah perlawanan Belanda vs Brazil berakhir dengan 3 – 0. Kali ini aku tidak memilih Belanda kerana tak minat dengan Arjen Robben yang telah memperdaya pengadil sehingga Arsenal terkeluar dari saingan Champions League 2014. Lihat sahaja Piala Dunia 2014 berapa ramai yang kecewa dengan lakonan Arjen Robben. Aku tak boleh bayang apa yang akan berlaku dalam BPL musim 2014/15 kalau betul Arjen Robben akan berpindah ke Manchester United.

JANGAN KITA LUPA SAUDARA KITA DI GAZA YANG SEDANG DI BOM OLEH ISRAEL

Pada 14/7/2-14 tepat jam 3.00 am waktu Malaysia dijangkakan lebih 1 Billion peminat bola akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 antara German dan Argentina. German pasukan pilihan aku telah menewaskan banyak masukan besar untuk layak ke final Piala Dunia 2014 begitu juga Argentina yang tidak banyak diberi harapan. German mempunyai peluang besar kerana mempunyai pemain yang lebih stabil berbanding Argentina tetapi bola itu bulat yang paling penting pasukan paling kurang buat kesilapan itu lah yang akan menang. Kepada yang terlepas melihat semua keputusan 63 perlawanan sila klik “Keputusan Penuh Piala Dunia 2014“.

gambar pasukan piala dunia German 2014

VS

gambar pasukan piala dunia Argentina 2014

Apakah masukan pilihan anda??

Keputusan Final German vs Argentina

Livescore powered by whatsthescore.com

Live German vs Argentina @ Stadium Twitter


Video Juara Piala Dunia 2014


Spread the love

167 Comments

    1. Tu la pasal. Kebergantungan yang tinggi pasukan terhadap Messi. Lebih2 lagi penggerak bahagian sayap, Di Maria x bleh main. Memang payah ler Messi…
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

    1. Sebut pasal negara Islam. Persembahan daripada pasukan Algeria cukup2 membanggakan. Nasib baik kalah dengan pasukan juara.
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

      1. Menuju ke 4 tahun yang akan datang harap2 FAM sudah merangka sesuatu untuk World Cup nanti. X mustahil jika perancangan baik dan sistematik kita akan melihat pasukan harimau Malaya beraksi di pentas World Cup 2018.
        Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

  1. Segalanya telah terjawab.. Trofi piala dunia telah pun menjadi pilik skuad Germany selepas satu jaringan cantik oleh Mario Gotze.
    Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

        1. Tu la pasal. Tempoh 4 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang. Tengok sahaja pasukan Spain yang di agung2kan pada edisi 2010 dan selepas 4 tahun peringkat kumpulan pun x lepas.
          Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

    1. Betul tu. Persembahan skuad Belanda untuk edisi kali ini bolehlah dibanggakan. Namun persoalannya sekarang, mampukah mereka mempamerkan aksi sehebat ini 4 tahun yang akan datang dengan RVP dan Robeen yang semakin dimamah usia?
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

        1. Agreed. Bukan Germany saja. Pembangunan bola sepak Belgium pun boleh menjadi rujukan negara2 lain. Lihat sahaja bagaimana mereka menggilap bintang2 mereka sehingga pada tahun ini mampu mara ke peringkat suku akhir.
          Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

    1. Tahniah Germany! Namun tetap bangga dengan pasukan pilihan saya Belgium yang telah mempamerkan kesungguhan pada kejohanan ini… 🙂
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

    1. Messi tak dapat terima kenyataan la tu.. tulah tak nak senyum langsung
      papepun 2-2 team telah buat yang terbaik kan

    2. Perasaan sedih yang tak terkata buat Messi. Peluang untuk membawa pulang trofi piala dunia hanya selangkah lagi namun apakan daya. World cup tahun nie bukan milik Messi . 🙁
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

    1. Walaupun saya bukan peminat Argentina, tapi ada juga rasa sedih sikit tengok muka Messi. Kesian kat dia x dapat julang trofi kebanggaan bola sepak dunia sedangkan kita tahu Messi sudah berhempas pulas mempersembahkan aksi terbaik.. 🙁
      Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..WajahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!