Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kita nikmat kehidupan selama ini. Allah yang telah menciptakan langit dan bumi. Jika kita melihat ciptaan Allah kita akan menemukan suatu keindahan yang luar biasa. Suatu keindahan dan keagungan yang menunjukan keagungan yang menciptakannya. Langit dengan segala hiasannya, bumi dengan lautan dan sungai sungai yang mengalir di dalamnya.
Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 30 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Gunung-ganang yang begitu kukuh menjulang tinggi, haiwan dan tumbuhan dengan bermacam macam jenisnya. Semuanya diciptakan dengan begitu indah.
Baru-baru ini kembali kisah hujan batu. Fenomena hujan batu yang berlaku di Madinah yang menurut laporan Saudi Gazette Report, Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekita Madinah. Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.
Hujan batu di Malaysia
Pada bulan lepas juga telah berlaku hujan batu di Bukit Jelutong Shah Alam yang menyaksikan beberapa orang melihat ketulan-ketulan hujan batu sebesar syiling 20 sen turun menimpa bumi. Perkara ini sebenarnya bukan lagi luar biasa kerana sudah berlaku juga di lokasi-lokasi lain saban tahun seperti di Jerantut dan Sungai Buloh yang saiz hujan batunya agak besar.
Pihak Jabatan Meteorologi menyatakan hujan batu kebiasaannya berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku akibat ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Ia bukan berpunca daripada perubahan mendadak cuaca persekitaran.
Amaran berhati-hati dengan hujan batu
Hujan batu boleh menyebabkan kerosakan yang serius terutama untuk kereta, pesawat, struktur berbumbung kaca, ternakan, dan yang paling biasa adalah tanaman pertanian. Kerosakan hujan batu kepada bumbung sering dilihat tanpa disedari sehingga kerosakan struktur berlaku seperti kebocoran atau retak.
Hujan batu adalah salah satu bahaya ribut petir yang paling utama untuk pesawat. Apabila hujan batu melebihi 0.5 inci (13 mm) diameter, kapal terbang boleh rosak teruk dalam masa beberapa saat. Hujan batu itu terkumpul di atas tanah juga boleh menjadi berbahaya kepada pendaratan pesawat. Hujan batu juga menjadi gangguan kepada pemandu kereta, kenderaan yang kemik dan keretakan atau memecahkan kaca depan dan tingkap.
Perubahan iklim di Tanah Arab tanda akhir zaman
Kajian mengenai iklim membawakan kita kepada fakta bahawa negara Arab akan memasuki ‘fasa hujan’ baru. Pada awal mulanya akan ditandai dengan munculnya ais salju di bahagian utara Bumi ke arah selatan, yang disertai dengan penurunan suhu yang luar biasa selama musim dingin. Selama musim hujan, Arab ditutupi dengan padang rumput hijau dan mengalir sungai-sungai, daerah berubah menjadi danau.
Demikian juga dengan tanah di sana, yang dahulunya gersang menjadi banyak kehidupan dan makhluk.
Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai. (HR Muslim).
Jika hujan sebagai sebab tumbuhnya pelbagai macam tumbuhan di atas bumi, maka sesungguhnya Allah SWT mampu menjadikan sesuatu yang dapat menahan sebab tersebut, sehingga tidak boleh memberikan pengaruh apa pun. Kita sebagai umat akhir zaman ini, hendaklah bersyukur dan meneruskan lipatganda ibadat selagi hayat di kandung badan.
75 Comments
pernah tengok kat you tube pasal hujan batu ni… habis bocor cermin kete mereka.. seram jugak…
ramai hujan es terjadi di sulawesi selatan pun ada terjadi , memang kita harus lebih bertaubat saat ini
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Soto Betawi Ala Hotel
Dalam al quran ada banyak tanda kebesaran Allah yang akan di jumpai bagi mereka yang berfikir
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
in shaa Allah kita akan cuba berfikir setakat kemampuan tentang hakikat alam dan penciptaanNya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?
maha besar allah dengan segala kuasa,inilah bukti bahwa allah maha kuasa terhadap segala sesuatu, semoga kita mendapat pelajaran dengan apa yang terjadi dan semoga allah mengampuni dosa kita semua,,,amin ya robal alami
Curahan rasa Konveksi Oke Bandung @ ..Konveksi Kemeja Blcak Hawk/Tactikal
semuanya kerana kekuasaan Allah dalam aspek metereologi…
proses berulang wap air dalam awan membeku menyebabkan menjadi ketulan..
sebab tu dalam aviation..juruterbang akan cuba elak cb cloud..walaupun tak berlaku hail kat bumi..dalam cb cloud masih ada hail ni..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Jelajah Taman Dinosaur Extreme Jungle Park Di PD Ostrich Show Farm
wow ..
komen yang amat ilmiah sekali.
ternyata belang tarung seperti pakar la pulak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
Teringat zaman belajar di UiTM Machang, pergi mendaki Gunung Tebu. Tak sangka dapat rezeki hujan ais. Tapi masa tu, kecil-kecil comel je saiznya. Tadah dengan tapak tangan & masuk mulut.
Curahan rasa Eray Majid @ ..CoQTrol Plus Suplemen Untuk Tingkatkan Endurance Ahli Sukan
sedap tak ?
ada tak rasa seperti ais batu dalam peti ais…
pergi kedai tak usah mintak milo ais..
milo panas tetapi letak hujan batu dalam minuman..
lebih jimat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
kalau terkena kepala memang benjol la..
cakap pun tak guna.
minta la dijauhkan bala seperti itu melanda kita
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
Kaum terdahulu, Allah hantar angin puting beliung dengan batu batu kerikil sekali.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Kelebihan Jadi Uber Driver
lagi dahsyat..
kalau kena begitu manalah nak cari perlindungan..
minta-minta la dijauhkan.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Betul Menggunakan Produk Delourva
great. inspiring content. hujan batu sebab kerana iklim tropis yang sangat sejuk. kalau hujan batu besar harap waspada.
sangat manfaat. terimakasih
Curahan rasa alev @ ..DISTRIBUTOR KANGEN WATER-0811.170.9788
sebagai orang beriman sepatutnya kita mengambil pelajaran dari hal ini agar kita lebih memperkuat takwa kita kepada Allah Ta’ala
Curahan rasa belum ada niche @ ..Memancing Hobby lama yang teringat kembali
tahun lepas ker dua tahun lepas entah
hujan batu pernah jadi dekat kawasan bukit jalil
besar2 ais batu tu
sampai rosak kereta dan bumbung
kuasa Allah
Sungguh besar kuasa Allah, Tuhan Yang Maha kuasa. teringin pula nk merasa pengalaman hujan batu.
Curahan rasa Hamidah Ahmad @ ..5 Masalah Utama Kulit Muka Lelaki
Kita kenalah sentiasa beringat ye,jangan terlalu leka dengan urusan dunia.Kebesaran Allah SWT.Terima Kasih Atas Info Yang Bermanfaat.
Tidak salah buat urusan dunia, sebab ada urusan dunia yang bakal jadi bekalan di akhirat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Kelebihan Jadi Uber Driver
Beringatlah kita dengan tanda tanda kekuasaan Allah yang sanagt banyak
Kita saja perlu banyak berfikri
Curahan rasa Nasa Azman @ ..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?
masa kecik dulu pernah tengok hujan batu ni. sekali tu je. mmg bahaya la kalau berlaku masa tgh drive
Curahan rasa nikkhazami @ ..Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus
Setakat ni belum pernah alami hujan batu, cuma banyak dengar cerita dari kawan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penolong Penguasa Kastam WK29
semoga tuan dapat rasai dan tengok sendiri fenomena hujan batu ni. sangat menarik dan jarang berlaku
Curahan rasa nikkhazami @ ..Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus
Boleh kongsikan pengalaman? Saya pun belum pernah rasa fenomena hujan batu ni.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Sistem Saham – Panduan Analisa Menguntungkan
Comments are closed.