Fenomena Hujan Batu tanda kebesaran Allah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kita nikmat kehidupan selama ini. Allah yang telah menciptakan langit dan bumi. Jika kita melihat ciptaan Allah kita akan menemukan suatu keindahan yang luar biasa. Suatu keindahan dan keagungan yang menunjukan keagungan yang menciptakannya. Langit dengan segala hiasannya, bumi dengan lautan dan sungai sungai yang mengalir di dalamnya.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 30 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Gunung-ganang yang begitu kukuh menjulang tinggi, haiwan dan tumbuhan dengan bermacam macam jenisnya. Semuanya diciptakan dengan begitu indah.

Baru-baru ini kembali kisah hujan batu. Fenomena hujan batu yang berlaku di Madinah yang menurut laporan Saudi Gazette Report, Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekita Madinah. Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.

Hujan batu di Malaysia

Pada bulan lepas juga telah berlaku hujan batu di Bukit Jelutong Shah Alam yang menyaksikan beberapa orang melihat ketulan-ketulan hujan batu sebesar syiling 20 sen turun menimpa bumi. Perkara ini sebenarnya bukan lagi luar biasa kerana sudah berlaku juga di lokasi-lokasi lain saban tahun seperti di Jerantut dan Sungai Buloh yang saiz hujan batunya agak besar.

Pihak Jabatan Meteorologi menyatakan hujan batu kebiasaannya berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku akibat ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Ia bukan berpunca daripada perubahan mendadak cuaca persekitaran.

Amaran berhati-hati dengan hujan batu

Hujan batu boleh menyebabkan kerosakan yang serius terutama untuk kereta, pesawat, struktur berbumbung kaca, ternakan, dan yang paling biasa adalah tanaman pertanian. Kerosakan hujan batu kepada bumbung sering dilihat tanpa disedari sehingga kerosakan struktur berlaku seperti kebocoran atau retak.

Hujan batu adalah salah satu bahaya ribut petir yang paling utama untuk pesawat. Apabila hujan batu melebihi 0.5 inci (13 mm) diameter, kapal terbang boleh rosak teruk dalam masa beberapa saat. Hujan batu itu terkumpul di atas tanah juga boleh menjadi berbahaya kepada pendaratan pesawat. Hujan batu juga menjadi gangguan kepada pemandu kereta, kenderaan yang kemik dan keretakan atau memecahkan kaca depan dan tingkap.

Perubahan iklim di Tanah Arab tanda akhir zaman

Kajian mengenai iklim membawakan kita kepada fakta bahawa negara Arab akan memasuki ‘fasa hujan’ baru. Pada awal mulanya akan ditandai dengan munculnya ais salju di bahagian utara Bumi ke arah selatan, yang disertai dengan penurunan suhu yang luar biasa selama musim dingin. Selama musim hujan, Arab ditutupi dengan padang rumput hijau dan mengalir sungai-sungai, daerah berubah menjadi danau.

Demikian juga dengan tanah di sana, yang dahulunya gersang menjadi banyak kehidupan dan makhluk.

Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai. (HR Muslim).

Jika hujan sebagai sebab tumbuhnya pelbagai macam tumbuhan di atas bumi, maka sesungguhnya Allah SWT mampu menjadikan sesuatu yang dapat menahan sebab tersebut, sehingga tidak boleh memberikan pengaruh apa pun. Kita sebagai umat akhir zaman ini, hendaklah bersyukur dan meneruskan lipatganda ibadat selagi hayat di kandung badan.


Spread the love

75 Comments

  1. Tidak akan tiba hari kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai. (HR Muslim).

    Ianya sedang berlaku..

    1. Kalau ditakdirkan tuan berhadapn dgn hujan batu lagi besar drp duit 20sen, sebesar bola sepak ke, apa yang akn tuan lakukan?

  2. Fenomena hujan air batu, apakah terdapat pulau haba di sekitarnya yang menurut kajian boleh mengundang hujan ribut air batu. Semoga dengan tanda kebesaran Allah ini membawa umat kepada persiapan amalan yang sewajarnya.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa AmeerMy Profile

    1. typo diatas. Yang betul di bawah ni

      A amintum manfissamaa i ay yakhsifa bikumul ardo faiza hiya tamur

      Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

      1. Betul tu ibu sangat menakutkan. hujan batu ni baru sikit. Memang menakutkan, sebab tu Allah sebut dalam surah Al Mulk

    2. Betul tu Ibu.. hujan baru ni baru sikit. Tetap sejuk.. tak leh bayangkan kalu batu yang turun itu berapi..Allahu

  3. jika difikir secara ilmu sains memang logik sangat kewujudan hujan batu ini boleh berlaku dekat mana-mana pun di dunia ini.

    namun ini bermakna kita menyangkal hukum Allah iaitu apa -apa perkara dalam dunia ini adalah atas izinNya.
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018My Profile

    1. Setuju. Act fenomena hujan batu ni fenomena biasa. Tapi bila difikirkan balik, ianya menggambarkan kehebatan Allah swt

      1. Gunung-ganang yang begitu kukuh menjulang tinggi, haiwan dan tumbuhan dengan bermacam macam jenisnya. Semuanya diciptakan dengan begitu indah.

    1. Aapakah terdapat pulau haba di sekitarnya yang menurut kajian boleh mengundang hujan ribut air batu? nauzubillah..

    2. Yup, bagus untuk sentiasa fikirkan tanda tanda kebesaan Allah. Banyak yang boleh difikirkan di sekeliling kita ni kan

      1. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

      2. Kalu dah boleh pecahkan cermin, dan rosakkan bumbung kereta spt dlm video tu, tu bukan dah seronok sgt dah tu hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!