Fadilat memberi makan orang berbuka puasa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Apabila kita menghayati bulan ramadhan dengan sebenarnya dengan mengawal makanan pasti kita akan dapat merasai bagaimana peritnya umat Islam disebahagian negara miskin seperti di Somalia yang sukar untuk mendapat makanan. Ada di antara mereka yang perlu berlapar berhari-hari kerana tiada bekalan makanan.

Amalan memberi makan orang berbuka puasa terutama yang susah seperti fakir miskin dan anak yatim sangat baik. Dalam dunia teknologi tanpa sempadan amalan memberi makan kepada orang berpuasa bukan sahaja terbatas di Malaysia sahaja malah kita boleh menghulurkan bantuan melampaui sempadan negara. Fadilat memberi makan orang berbuka puasa ni kalau kita tahu memanglah sangat besar sebab tu ada diantara umat Islam yang berusaha untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Selamat berbuka puasa ingat pada yang susah

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Joom kita azam sungguh-sungguh mulai hari ini untuk memberi makan orang berbuka puasa tak kira di mana walaupun hanya sebiji kurma. Kepada yang nak menderma berbuka puasa untuk pelajar Islam Cambodia Islamic Center sila hubungi aku melalui contact. Bagi yang pernah berbuka puasa di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram pasti pernah melalui pengalaman bagaimana warga Arab berebut-rebut untuk memberi makan orang yang berbuka puasa. Kenapa tidak kita ?

Amalan lain yang boleh kita buat sepanjang Ramadhan @ Ramadhan Bulan Rahmat.


Spread the love

74 Comments

  1. Di bulan ini pula dibuka pintu-pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat serta dibelenggu setan-setan (sehingga sulit menggoda dan mengganggu orang yang berpuasa).
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

    1. Keberkahan dan keistimewaan lainnya, di bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Itulah malam Lailatuil Qadar.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

      1. Dengan berbagai keistimewan dan keberkahan itu, beruntunglah orang-orang yang dengan tulus ikhlas memanfaatkannya untuk memperbanyak ibadah kepada Allah.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

        1. Sebaliknya, barangsiapa yang terhalang mendapatkan kebaikan di bulan ini, maka sungguh merugilah ia. (HR Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

            1. Oleh karena itu, marilah kita isi bulan Ramadhan dengan penuh suka cita dan kegembiraan untuk meraih keberkahan dan keutamaan dari Allah SWT.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

  2. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah surga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

    1. syahrul azhim (bulan yang agung). Azhim adalah nama dan sifat Allah. Namun, juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan mulia dan agung, karena Allah sendiri telah mengagungkan dan memuliakannya.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

      1. syahrul mubarak. Bulan ini penuh berkah, berdayaguna dan bermanfaat. Detik demi detik, waktu yang berjalan pada bulan suci ini, ia bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman. Karena semuanya diberkahi dan amal ibadahnya dilipatgandakan.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

        1. syahru shiyam. Pada bulan Ramadhan dari awal hingga akhir kita menegakkan satu dari lima rukun (tiang) Islam yang sangat penting, yaitu shaum (puasa). Keempat, syahru nuzulil qur’an. “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Alquran sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan bagi petunjuk, dan furqan (pembeda).” (Al-Baqarah [2]: 185).
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

          1. syahrul musawwah (bulan santunan). Di bulan Ramadhan sangat dianjurkan bagi setiap Muslim untuk saling bederma, berkasih sayang dengan sesamanya yang keadaannya jauh memprihatinkan daripada kita.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

            1. syahrus shabr (bulan sabar). Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk senantiasa sabar tidak mengeluh dan tahan uji. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental, spiritual, dan operasional. Orang bersabar akan bersama Allah sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah surga. Semoga semua bisa memanfaatkan momentum Ramadhan ini untuk memperbanyak ibadah kepada Allah. Amin.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..KEUMALAMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!