Facebook tidak benarkan promosi percuma

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dengan izin ALLAH Facebook sudah mengubah nasib ahli sehingga ramai yang sudah menjadi Jutawan Bisnis Online. Facebook menjadi platform untuk mempromosi dan menjual barang dagangan yang sangat berkesan sehingga melangkaui batas negara. Alhamdulillah aku sendiri merasai nikmat kehebatan Facebook apabila fanpage Denaihati Network dan group Denaihati Network telah membantu berbagai urusan sosial media. Siapa di sini yang belum menjadi follower Facebook … pasti majoriti sudah.

Sistem Trafik Percuma Facebook

Bukan rahsia lagi Facebook sudah menjadi lubok duit yang sudah dibongkar oleh ramai usahawan online ibarat ATM yang boleh mengeluarkan ringgit setiap hari. Blogger dan internet marketer (IM) sanggup mengeluarkan modal untuk belajar Rahsia Mengandakan Trafik untuk menganda-gandakan pendapatan sehingga diluar jangkaan. Rugilah sangat kepada yang masih belum tahu dan masih menggunakan sistem lama yang sudah ketinggalan zaman.

Dulu ramai yang menggunakan Sistem Trafik Percuma Facebook tapi sekarang susah sikit kecuali kepada yang tahu tipu dayanya. Ya lah tak kan follower facebook sahaja nak buat duit, Mark Zuckerberg pun nak juga buat duit terutama selepas di senaraikan di bursa saham New York. Berbagai sistem telah diperkenalkan oleh facebook untuk menghalang follower menggunakan platform facebook secara percuma.

Facebook sudah menjadi lubok duit

Terkejut juga bila aku terbaca berita terbaru di blog sahabat hebat dalam pemasaran Facebook iaitu blogger Firdaus Azizi. Mengikut info terbaru daripada Facebook (bertarikh 14 November 2014), post-post dari fanpage yang berbentuk promosi akan dikurangkan daripada keluar di News Feed bermula Januari 2015. Mengikut analisa Saudara Firdaus, tindakan facebook yang terbaru ini bermaksud, reach untuk fanpage akan semakin rendah sekiranya anda menggunakan fanpage untuk mewar-warkan aktiviti atau promo terkini bisnes anda.

Perubahan terbaru facebook ini sudah pasti memberi kesan masa depan yang gelap kepada fanpage besar yang sering mempromosi produk secara percuma yang sudah pasti akan mengurangkan pendapatan berlipat kali ganda. Padah yang bakal menunggu kepada yang degil pasti akaun fanpage akan dibatalkan tanpa belas kasihan seperti ramai yang sudah terkena termasuk aku apabila fanpage Denaihati dot com dengan likes lebih 100k dipadamkan tanpa warning.

buat duit dengan facebook

Pesan aku kepada semua usahawan yang bergantung harap 100% kepada fanpage sediakan payung sebelum hujan dan salah satunya dengan menyediakan blog bisnis yang boleh menampung seandainya tiba-tiba fanpage anda hilang dari dunia siber. Kalau tak tahu nak buat blog boleh belajar kerana ramai sifu yang sedia mengajar termasuklah Akademi Denaihati. Bersedia dari sekarang supaya tidak gelap masa depan.


Spread the love

1,326 Comments

  1. Facebook ni kalau kaji betul2 terms and conditions dia memang betul2 boleh guna untuk marketing produk kita..walaubagaimanapun nasihat ku..jangan bergantung 100% kat Facebook je..sekali dia update T&C boleh effect sales kita! Sediakan pelbagai jenis marketing tools anda!
    Curahan rasa faezah @ ..Ringgit Malaysia 27.50 sahaja!My Profile

  2. Ya Allah… jahatnya Yahudi itu… padam tanpa warning fanpage Tuan Hj. Amir? Syukur Alhamdulillah lah sy terlebih dahulu sudah buat blogshop baru buat fanpage. Malah yg menggembirakan, baru2 ini saya dah berjaya mendaftar SSM atas nama blogshop tu tau…
    Terima kasih Tuan atas info berguna ini.
    Curahan rasa ieta mat saad @ ..Pengalaman mendaftar syarikat perniagaanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!