Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
cukup disenangi dan dihormati oleh para peminat dan juga rakan media, itulah keistimewaan yang ada pada Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin. Kepada yang nak kenal Abang Zarul sila baca biodata Zarul Umbrella.
Zarul Umbrella juga bukan asing dengan rakan blogger kerana beliau juga merupakan seorang penulis blog dan digelar “Zarul Umbrella The Singing Blogger” satu ketika dahulu. Pada waktu ini, Zarul masih bersama dengan Malaysia Airline System (MAS) selaku pramugara dan masih belum melepaskan jawatannya itu.
Kehadirannya sebagai peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) baru-baru ini membuatkan semakin ramai yang meminati beliau yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka. Keputusan tempat ketiga dalam GV3 bukan bermakna beliau tidak popular bahkan ramai yang ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai Zarul Umbrella.
Dan selepas tamatnya Konsert Akhir Gegar Vaganza 3, pelbagai aktiviti bersama Zarul Umbrella dirancang termasuklah Zarul’s Hi Tea Party pada 1 Januari 2017.
Alhamdulillah, Denaihati Network terpilih untuk menjadi Blogger Rasmi majlis tersebut. Kepada sesiapa yang ingin lepak santai pada awal tahun baru 2017, bolehlah bersama-sama dengan Zarul Umbrella. Tiket masih boleh didapati dan tidak rugi bagi mereka yang datang ke Hi Tea ini.
“Jangan Cakap Abang Tak Payung,” kata Zarul.
Yang hadir pada Zarul’s Hi Tea Party sudah pastinya akan dapat bersama-sama mendengar nyanyian dan celoteh beliau yang cukup peramah dan cool saja.
Jadikan diri anda sebahagian daripada mereka yang bertuah dengan menyambut Tahun Baru Bersama Zarul Husin.
Tiket adalah terhad!
Tarikh: 1 Januari 2017
Masa: 3pm – 7pm
Lokasi: Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Tiket Kelas Perniagaan: RM160 (barangan eksklusif pilihan Zarul & meja)
Tiket Kelas Ekonomi: RM120
Bayaran adalah menerusi :
‘Bank Instant Transfer’ kepada
No Akaun: 8602786964
(CIMB/RedBean FAMZ Resources)
Emelkan bukti pembayaran ke [email protected] untuk pengesahan.
Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi :
+60 17 209 0922 atau +60 12 322 9934 (SMS/Whatsapp sahaja).
23 Comments
Tahniah Bro Zarul… Sekarang ni semakin banyak dapat tawaran berlakon..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Semakin hari semakin terkenal… Pertambahan usia tidak sesekali menghalang Bro Zarul daripada menjadi pilihan pengarah dan produser Drama..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
semakin popular bro zarul ni apatah lagi lepas aksi hebat di gegar vaganza..
tapi saya tak kesempatan untuk ke sana
Curahan rasa zool @ ..Iklan FB Ads, Berenang di Pantai Kuala Linggi, Menjejak KTM Batang Melaka
Betul… Saya pun mempunyai pendapat yang sama… Penyertaan Bro Zarul dalam Gegar Vaganza memang berbaloi..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Siapa datang boleh request lagu Ubrella satu, lama tak dengar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 4 Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
ramalanku benar belaka ..
memang antara lagu siulan di zaman remaja dulu..
Curahan rasa zool @ ..Rombakan bagi skuad Renang Sukan SEA
makin femes brader the singing blogger. handsome plak tu haha! good luck
Curahan rasa nikkhazami @ ..Dihalau dari Pesawat Kerana Berbahasa Arab
Selain dari penyanyi, Zarul Umbrella juga popular sebagai pramugara, ke mana mana saja ada yang kenal.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pujuk Pasangan Yang Berbeza Minat
Terbaik, lagu Ramalanku Benar Belaka adalah lagu hit ketika zaman ramaja saya,
Curahan rasa mysensasi @ ..Tips Rahsia Nampak Cantik Di Hari Perkahwinan
Sama juga dengan zaman remaja saya… Masa tu Bro Zarul juga pernah digosipkan dengan Dato’ Siti Nurhaliza…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Masa tu saya memang minat sangat dekat Dato’ Siti… Maklumlah zaman remaja… Suka tengok wajah perempuan kampung yang nampak malu-malu macam tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
huyo! bestnya. rugi la sapa yang peminat zarul tapi tak pergi hi tea ni. yg best siap ada seat vip tu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..RAHSIA Ambil Gambar Ketika Solo Travel
Tu lah pasal… Nak buat macam mana bukan rezeki saya nak sertai Majlis Hi-Tea bersama Bro Zarul…
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
peminat zarul umbrella tentu tidak sabar lagi hendak menonton hi tea ini. mesti pecah panggung
Curahan rasa raihanah @ ..Betulkah Shaklee Berbeza Daripada Suplemen Lain?
Peminat Zarul Umbrella pasti dah tak sabar untuk mendapatkan autograf biliau.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak
Terima Kasih Atas Infonya Gan,Jangan Lupa Mampir Ke Website Kami
Terima kasih di atas jemputan… Saya sudah mampir ke website kamu… Hebat juga websitenya… Tapi sayangnya blognya kok sudah lama tidak di update..
Curahan rasa Anuar @ ..Tarikh Temuduga dan Statistik Calon Temuduga Kerja Kerajaan Bulan Disember 2017
Wah… Tentu bestkan dapat menyaksikan Zarul Umbrella secara live di majlis Hi Tea beliau nanti….
Curahan rasa Anuar @ ..Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak
Pastinya ini merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh para peminat Zarul Umbrella..
Curahan rasa Anuar @ ..Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak
Pasti para peminat Zarul Umbrella tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk bertemu dengan artis pujaan mereka….
Curahan rasa Anuar @ ..Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak
Majlis Hi-Tea Zarul Umbrella tentu acara bermakna buat peminat untuk pembukaan tahun 2017. Lagu ‘Ramalanku Benar Belaka’ begitu hits pada 90an dan tidak asing bagi generasi hari ini.
Yaa… Peminat-peminat lama dan peminat baru Zarul Umbrella dapat berkumpul beramai-ramai untuk lebih mengenali artis kesayangan mereka….
Curahan rasa Anuar @ ..Fahaz Kamunting Homestay di Taiping Perak
Comments are closed.