Membaca Al-Quran tanpa memahami makna, adakah diberi ganjaran pahala juga?

Spread the love

Al-Quran adalah salah satu bentuk yang boleh menenangkan jiwa yang membacanya. Dengan membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.

Kaedah Mudah Belajar bahasa Arab Al-Quran

Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang insan itu hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa.

Dan bacaan itu juga hendaklah difahami. Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa salah satu cara untuk memahami AL-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.

Namun, bagaimana pula jika sekadar membacanya tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala?

Dalam hal ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca. Sebagaimana dalam beberapa hadis sahih yang menyebut, antaranya;

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌوَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksud: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran, maka bagainya satu kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang sama dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2910)

Jadi, sama ada bacaan itu difahami atau tidak, ganjaran membaca Al-Quran tetap sampai kepada anda.

Namun, tidak dinafikan bahawa terdapat tuntutan membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya sekali. Imam Nawawi juga menyebut bahawa kunci terhadap kefahaman Al-Quran adalah dengan mentadabburnya.

Sebagaimana dalam kalam Allah juga yang menyebut:

 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Mafhum: “(Setelah diterangkan yang demikian), maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran).” (Surah Muhamamd, 47:24)

Kesimpulan

Justeru, dapat difaham di sini bahawa bacaan Al-Quran tanpa memahaminya akan tetap diberi ganjaran pahala.

Namun, adalah lebih baik untuk membaca maksudnya sekali gus mentadaburnya agar dapat menjadi petunjuk kepada kehidupan kita.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!