Belanjawan 2020 : Kementerian Belia dan Sukan beri nafas lega kepada anak muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyaksikan peningkatan peruntukan kepada agensi pelaksana seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Belanjawan kementerian itu yang sekitar RM1.2 bilion, secara keseluruhannya, belanjawan bagi KBS kali ini lebih menyasarkan perbelanjaan terhadap pelanggannya seperti golongan anak muda, belia, atlet negara dan komuniti.

INTIPATI

Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 langkah-langkah teras dalam Belanjawan 2020 adalah sejajar dengan strategi tujuh (7) SPV30 yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa tiada rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi. Menerusi program-program pembangunan belia dan sukan seperti berikut :

Graduates @ work

• Menganggur selama lebih daripada 12 bulan
• Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
• Majikan: Insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.

Apprentice @ work (TVET)

• Menyediakan tambahan RM100 untuk pelatih TVET
• Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
• Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Locals @ work

• Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun
• Majikan: Insentif Tawaran Pekerjaan sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun
• Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM1,100 luar bandar.
• Pembangunan Belia (YPC, MFLS, inisiatif sukarelawan) – RM138 juta

TVET
• Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion
• RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
• Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
• Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional
• Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah

Sukan
• Sukan Olimpik Tokyo / Sukan SEA Hanoi – RM179 juta
• Pemulihan kemudahan sukan – RM299 juta
• eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta
• Program sukan wanita – RM10 juta

  • Pembangunan Bola Sepak Negara RM 45 Juta

Sebagai rekod, RM1 bilion diperuntukkan kepada KBS pada pembentangan belanjawan 2018, manakala masing-masing RM1.2 bilion dan RM930 juta untuk 2017 dan 2016.

Belanjawan 2020 untuk KBS yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng menyaksikan peningkatan peruntukan kepada agensi pelaksana seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!