Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“ dan “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“. Jom kita baca entri menarik ini :
Kali ini saya ingin mengetengahkan 10 elemen rekabentuk yang boleh dilihat dalam 5 blog popular Malaysia iaitu BeautifulNara, Blog Serius, Oh! Tidak, Red Mummy dan Amanz. Pada pendapat saya elemen-elemen ini mempunyai kepentingannya sendiri dalam kejayaan sesebuah blog.
Bahagian Header
1. Logo/banner yang besar (5/5)
Kesemua blog yang disenaraikan mempunyai logo atau banner yang besar pada header. Ini adalah penting dalam penjenamaan blog anda. Kalau anda masih lagi menggunakan teks sebagai header blog, silalah bertukar kepada banner yang original. Banyak freelance designer di luar sana yang boleh mengambil tempahan untuk membuat banner header blog.
Banner besar seperti di Blog Serius adalah tarikan kepada pengiklan korporat. Pengiklanan secara terus dengan client adalah lebih menguntungkan kerana ketiadaan orang tengah (syarikat pengiklanan).
2. Search bar (4/5)
4/5 blog yang tersenarai mempunyai search bar pada header mereka. Search bar memudahkan pembaca mencari maklumat/blogpost yang mereka kehendaki di dalam blog anda. Untuk pengguna WordPress, adalah sangat digalakkan supaya fungsi search dalam WordPress ditukarkan kepada Google Search kerana search engine yang sedia adalah tidak bagus.
3. Subscribe (3/5)
3/5 blog meletakkan kemudahan untuk pembaca melanggan kemaskini RSS blog mereka pada header. Dengan memaparkan bilangan subsriber blog anda, ia akan menjadi galakan kepada pembaca lain untuk melanggan sekaligus menambah bilangan pembaca tetap blog anda.
Angka ini akan sentiasa bertambah sekiranya apa yang ada di blog dikekalkan dan content blog anda masih boleh diterima oleh pembaca. Asalkan jangan buat musuh dengan orang, sudah.
Bahagian Content/Entri
4. Social share button (4/5)
4/5 blog mempunyai sekurang-kurangnya satu social share button. Minimum yang perlu ada pada setiap entri adalah butang Facebook Like. Tentang kedudukan social share button ini adalah sangat subjektif, ada yang berpendapat bahawa social share jenis scrolling adalah terbaik kerana mendapat maximum exposure daripada pembaca dan ada juga berpendapat ianya perlu diletakkan di hujung entri untuk memudahkan pembaca mengkongsikan entri tersebut setelah mereka selesai membaca. Social share button yang bukan jenis scrolling juga tidak menyesakkan pandangan atau mengganggu pembacaan entri.
Apa-apa pun, saya berpendapat bahawa entri yang bagus sudah tentu akan dikongsi oleh pembaca. Dalam hal perkongsian ni, konsep content is king adalah yang paling utama yang perlu diikuti.
5. Related Post (3/5)
3/5 blog menggunakan related post di mana dua daripadanya menggunakan plugin mudah seperti Linkwithin. Untuk blog jenis hiburan seperti Blog Serius, Oh! Tidak dan BeautifulNara, adalah sangat berkesan sekiranya Linkwithin digunakan pada blog tersebut kerana setiap hampir setiap entri memaparkan imej dan tajuk yang menarik.
Untuk niche blog, related post dapat membantu mewujudkan pautan antara entri-entri berkaitan yang menggunakan keyword yang sama sekaligus memberikan kesan yang lebih optima dalam SEO.
Sidebar
6. Social Connect (5/5)
blog.ariff – kalau baik hati, tolong +1 Google tu..
Social connect yang paling popular digunakan adalah Facebook page dan diikuti dengan Twitter. Bilangan yang ada pada social network adalah bukti kekuatan dan populariti blog/laman web tersebut.
Social network juga boleh digunakan untuk mendapatkan pembaca baru melalui interaksi dua hala dengan fans di Facebook page ataupun dengan menyediakan content menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain. Tweet yang menarik akan di-retweet dan lebih ramai lagi akan mengikuti kita di Twitter sekaligus menambah bilangan pembaca blog.
7. Popular Post (5/5)
Popular post adalah penting lebih-lebih lagi kepada pembaca baru di blog kita. Melalui popular post, pembaca baru dapat memahami dengan lebih lanjut keistimewaan yang ada di blog kita berdasarkan content menarik yang telah menjadi bacaan ramai.
8. Archive & Category (4/5)
Antara archive dengan category, pada pendapat saya category juga merupakan elemen penting yang perlu ada pada sidebar. Melalui category, pembaca boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang niche atau topik utama blog tersebut, atau mungkin minat blogger tersebut (personal blog).
Catergory juga memudahkan pembaca memilih entri yang mereka ingin baca.
9. Ads (5/5)
Sumber pendapatan blog popular tentulah daripada pengiklanan dan iklan pada kebiasaannya diletakkan statik di sidebar. Iklan scrolling berdekatan scrollbar adalah tidak digalakkan kerana nampak tidak kemas dan tak professional.
Rekabentuk Keseluruhan
10. Layout lama yang tak ditukar (5/5)
Kesemua blog popular menggunakan layout blog yang sama lebih daripada setahun dan ada yang dah bertahun-tahun. Paling minima pun adalah menukar banner pada header sahaja. Ini membuktikan bahawa:
- Mereka lebih menumpukan pada content kerana content adalah apa yang dicari oleh pembaca dan juga menjadikan blog mereka terkenal
- Pembaca tidak kisah dengan layout kalau content yang disediakan menarik, releven dan berguna
250 Comments
sungguh menarik artikel ni…tak pernah pun terfikir nak kaji benda-benda macm ni.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Justin Bieber Hamilkan Peminat ?
smelah ktew….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
semoga blogger indonesia lebih bagus dan bisa bersaing dengan blogger seluruh indonesia
Curahan rasa Obat Tradisional anemia @ ..Obat Tradisional Sinusitis
betul2…info yang menarik
Curahan rasa IsuPanas @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Anda Secara Online | Sekolah Menengah dan Rendah
nice info…terbaek
Curahan rasa wong @ ..Dosa Gugur Apabila Suami-Isteri Bersalaman
huhu.. cantik juga banner besar.. tapi takut lambat loading
Curahan rasa Mus @ ..Berjalan Kaki Di Tengah Sungai Ulu Bengkoka, Pitas
Tu satu hal, banner besar size image pun besar, takut loading semua tertumpu nak render image tu
Curahan rasa Steward John @ ..Contest Gadget Impian Denaihati
mungkin tukar banner kepada flash adalah yang terbaik
Curahan rasa Mus @ ..Lobster Gergasi Tarikan Baru Di Pitas
garapan yang baik.. tahniah ariff
Curahan rasa Que @ ..PC Fair 2011 @ Pikom ICT Mall CapSquare Kuala Lumpur | 3 – 6 November
betul !
Rasanya banyak yg takde kat blog AI nih…sebenarnya tak tau camne nak letak, tgh blaja lagi.. hehe
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Kenapa Perlu Ada Dana Kecemasan dan Simpanan?
Yang mana belum ada pada blog saya ye.. hmmm nak kena belek segalanya semula ni. TQ akan saya perbaiki satu persatu
as salam…
bermanfaat =)
hehe..lama dah tak update blog. sibuk bekerja.
blog pakcik takde iklan. kiranya tak bertepatan dengan kehendak dalam list entri ni. hehe.. dan header pun, masih tak bertukar. masih guna ayat. haha…
Curahan rasa pakcik akhi II @ ..Melintas Dihadapan Orang Yang Sedang Solat
Ariff Shah guna Social connet ape yer. menarik betol yg ditunjukkan kat atas 🙂
Curahan rasa Jyundoo @ ..Aku Suka Main Tennis
yang tu semua buat sendiri. Insya allah, akan cuba keluarkan tutorial nanti
Curahan rasa ariff @ ..Bagaimana Menghantar Barang Makanan Ke Luar Negara?
+100. Dulu pernah juga pakai plugin popular post, mungkin kena letak balik Categories kat sidebar tu 🙂
Terima kasih daun keladi,lain kali kongsi tips lagi.
aku pon nak gak..hahah
Curahan rasa OrangAkaun K @ ..Virus Dalam Hosting kakuleter.com
ramai anak murid arep ni nnt haha
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Yer la, semua pun nak memperbaiki blog masing-masing kan
Curahan rasa Steward John @ ..Contest Gadget Impian Denaihati
beratur ye :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
kena follow ni..hik3….
Curahan rasa eyriqazz @ ..Wordless Wednesday|Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Eyriqazz bersama Nuffnang
sila lahhh kasi lg power belog :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Aghh~~ , asal 1 je ada kt saya , yg no 10 .. hehehee~~~ nice info 😀
Curahan rasa Bhaihaqi @ ..Cool : Robot Rubik Cube
cari lagi 9 yg hilang tu :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Ads mesti berada pada tempat yang strategis nie biar pendapatannya bagus dan tidak mengganggu pembaca..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Cepat Terindex Search Engine
sgt menganggu kalau float ads kan -.-
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
benar,,, kontent yg paling utama…iklan no 2 ..
buat pengunjung merasa nyman ketika berada diblog kita…
Curahan rasa waloetz @ ..SERIBU PERNAK PERNIK PONSEL ANDROID
Comments are closed.