Ekonomi digital jangan sampai ketinggalan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca yang hebat?

Memang teruja bila mengikuti berita bisnis di Channel Bloomberg. Pengambilan alih syarikat digital berlaku hampir setiap hari dengan nilai berbillion dollar. Paling terkini rancangan pengampungan saham Snapchat dengan nilai lebih 25 billion dollar. Di Malaysia juga banyak pengambil alihan syarikat digital cuma tidak sebesar sekala di Silicon Valley.

Snapchat dibeli pada harga billion dollar

Begitulah kuasa syarikat digital yang telah mengambil alih carta 10 syarikat terhebat di dunia seperti Microsoft, Apple, Google,  Amazon, Dell dan terkini Alibaba. Harga saham syarikat-syarikat ini  ada yang sudah mencecah lebih USD700 se unit saham. Kita di Malaysia baru belajar hendak sebut perkataan ekonomi digital. Perkataan duit digital pun buat ramai keliru. Kepada yang faham dari awal dan mengambil kesempatan sudah buat duit sangat banyak.

Pasaran saham ekonomi digital

Mengejar duit digital boleh menjana pendapatan dengan berbagai cara samada duduk di rumah atau duduk berpindah dari satu cafe berwifi ke cafe yang lain. Kita tidak memerlukan pejabat yang mewah untuk menjadi usahawan digital. Bayangkan hari ini kalau kita dapat pendapatan sebanyakUSD1000 sudah dapat RM4300, banyak tu. Bayangkan kalau nilai USD naik lagi. Apa yang perlu adalah untuk menguasai ilmu ekonomi digital untuk menjana rezeki duit digital.

Ekonomi digital trend masa kini

Belum terlambat kerana di Malaysia, ekonomi digital baru bermula. Carilah guru-guru yang mahir dalam bidang ekonomi digital untuk mempelajari strategi yang betul untuk mendapat duit dihital supaya tidak tersalah langkah.  Yang penting jangan sampai ketinggalan dalam perlumbaan untuk menjana ribuan ringgit duit digital. Kalau tak jumpa guru boleh belajar dengan team Denaihati Network yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu.

Ok lah cukup sampai disini, Abang sudah ada idea baru untuk tulis entri baru di blog denaihati.com sebab bagi Abang, blog adalah pintu kepada segala rezeki duit digital.

Apa pendapat anda?

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital
seminarduitdigital.com (daftar sekarang tempat terhad)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

41 Comments

  1. Ada ramai usahawan di Malaysia secara senyap telah menghasilkan pendapatan yang tinggi dari teknologi dan dunia ekonomi digital. Dengan teknologi internet, kini semua orang boleh bekerja di mana saja asalkan ada komputer dan talian internet.

    Kenyataanya, macam biasa sesiapa yang cepat bertindak maka dia adalah orang yang beruntung dan sentiasa di hadapan. 😀
    Curahan rasa Hasrul @ ..Travel Backpack: Tips Untuk Travel Yang RinganMy Profile

  2. Ekonimi digitial adalah ekonomi masa depan. Melaburlah demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda harus bermula sekarang sebelum tersasar jauh ke belakang. Langkah permulaan adalah ke arah beribu langkah yang seterusnya.
    Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..North : Lake TaupoMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!