Earth Hour Malaysia 2012

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Earth Hour bermula di Australia pada 2009 bertujuan untuk menyedar seluruh penduduk dunia tentang perubahan iklim dunia yang semakin menuju akhir zaman. Kempen Earth Hour 60 mengalakan seluruh penduduk dunia berhenti menggunakan letrik selama 60 minit. Tujuan Earth Hour adalah untuk mengurangkan kerosakan dunia yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri termasuklah kita.

Ada ulama kata apabila manusia sudah tidak mahu mengikut perintah ALLAH SWT dengan cara Rasulullah SAW maka pertolongan ALLAH SWT tidak akan turun dan akan membiarkan alam mencari keseimbangan melalui berbagai bencana sehinggalah kiamat. Kedegilan manusia semakin nyata hanyaa kerana kuasa politik dan kuasa ekonomi. Manusia akhir zaman fikir kuasa politik boleh mengubah dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkannya. Kalau berterusan dengan pemikiran yang salah maka tunggulah akibatnya kerana hanya ALLAH SWT yang boleh mengubah segalanya.

Lihat sahaja sekarang dunia terus mencari keseimbangan dengan berbagai bencana yang tidak dapat ditelah. Semuanya telah disebut dalam al-Quran 1400 tahun yang lalu cuma manusia sahaja yang memejamkan hati.

Tornado di Amerika Tengah

Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69).

Gempa bumi Turki 2011 skala 7.2 richter

Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamusedang ia bergoncang?” (67:16).

Banjir Besar Thailand
Tsunami Jepun 2011

Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16).

Ribut Matahari

atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit.” (34:9) dan “Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9) serta “Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak”- (At-Takwiir: 1).

MANUSIA TERLUPA YANG MEREKA TIADA KUASA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SEMUANYA BERLAKU. MANUSIA TIDAK AKAN MENANG JIKA TANPA SEDAR INGIN MENENTANG KEKUASAAN ALLAH SWT.

Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 164 yang ertinya “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanafaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan Nya bumi setelah mati kering, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti‘.

Note :

1. Before Earth Hour 2012, I pledge to switch off lights, computers and other electrical appliances in the office when my colleagues and I go out for lunch, in addition to doing so at the end of the day. How about you? Do it @ WWF Earth Hour 2012.

2. Kepada Rakan Blogger 1Dunia yang juga buat entri Earth Hour sila tinggalkan link anda di commentLuv di bawah. Kalau kita tidak memberi sokongan siapa lagi?


Spread the love

236 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!