E-Taib bantu jemaah, jawab persoalan ibadah haji di Tanah Suci

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini semakin mudah. Jemaah haji kini boleh mendapatkan jawapan kepada persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan menerusi e-Taib, platform pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebelum ini jemaah haji mengemukakan persoalan mengenai ibadah haji menggunakan Talian Ibadah Haji (Taib) menerusi panggilan telefon.

Zaman sekarang sudah semakin mudah. Hanya menerusi aplikasi WhatsApp, persoalan dan jawapan boleh dibuat menggunakan teks, gambar, video atau mesej suara.

Teks, gambar, video atau mesej suara memudahkan pembimbing memahami persoalan yang dikemukakan jemaah dan kemudian menghantar jawapan dengan menggunakan medium sama.

Mungkin ada jemaah yang segan atau malu untuk bertanya tentang persoalan yang bermain di minda apabila berada di Tanah Suci nanti. Namun, adanya E-Taib ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mutawwif, ustaz dan pengiring di sana.

Talian ibadah ini beroperasi 5 pagi hingga 12 tengah hari, bila sampai dua minggu sebelum dan selepas wukuf, dan akan operasikan e-Taib dan Taib ini selama 24 jam.

Bagi tujaan tersebut, jemaah haji boleh menggunakan khidmat e-Taib menerusi telefon pintar mereka dengan melayari laman sesawang https://wa.me/9660540840766 atau mengimbas kod QR untuk e-Taib di maktab penginapan TH.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun ini dibantu 640 petugas TH.

Melalui e-Taib juga, jemaah haji boleh menyimpan jawapan yang diberikan pembimbing haji untuk rujukan dan berkongsi bahan tersebut dengan rakan mereka yang mempunyai persoalan yang sama.

Ini sudah tentu dapat memberikan ilmu dan juga manfaat kepada keluarga, rakan taulan serta jemaah yang akan datang.

Beliau berkata e-Taib dikendalikan empat pembimbing haji yang bertugas dengan tiga pakar rujuk haji bagi membantu menjawab soalan yang lebih spesifik.

Kerajaan Arab Saudi iktiraf program bimbingan jemaah haji kita adalah yang terbaik. Diharapkan jemaah haji Malaysia dapat ambil manfaat sepenuhnya e-Taib dan Taib ini supaya mereka menjalankan ibadah dengan sempurna dan yakin.

Baca juga Tips dan Panduan untuk bakal Jemaah Haji


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!