5 Persoalan Penting Mengenai Aidiladha

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dua hari kebesaran buat umat Islam ialah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Umum pasti sudah sedia maklum tentang Hari Raya Aidilfitri iaitu hari yang disambut setelah sebulan umat Islam melaksanakan ibadah puasa.

Apakah pula simboliknya umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha? Jom saya kongsikan :

1- Apakah Hari Raya Aidiladha Dan Bilakah Ia Dilaksanakan?

Hari Raya Aidiladha adalah salah satu perayaan terbesar yang diraikan oleh seluruh umat Islam setelah Hari Raya Aidilfitri.

Ia dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

2- Apakah Yang Dilakukan Umat Islam Ketika Menyambut Perayaan Ini?

Umat Islam akan mula bertakbir pada malam 10 Zulhijjah, seterusnya menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah pada pagi hari 10 Zulhijjah.

3- Bilakah Waktu Yang Disyariatkan Untuk Melaksanakan Ibadah Qurban?

Ibadah Qurban atau sembelihan boleh dilakukan sejurus selesai solat sunat Aidiladha dan khutbah Aidiladha pada 10 Zulhijjah, atau keesokkan harinya 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tarikh dan empat hari ini juga dinamakan sebagai ‘Hari Tasyrik’ iaitu hari yang diharamkan kepada kita umat Islam untuk berpuasa.

4- Mengapakah Disyariatkan Untuk Melaksanakan Ibadah Sembelihan?

Sembelihan binatang Qurban disyariatkan kepada umat Islam untuk dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha bersempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S.

Baginda hampir-hampir menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah S.W.T. Namun begitu, Allah S.W.T telah menggantikan Nabi Ismail dengan binatang kibas serta-merta.

5- Apakah Binatang Yang Boleh Dijadikan Sebagai Qurban?

Antara binatang yang boleh dijadikan sebagai ibadah Qurban pada hari tersebut ialah unta, lembu, kerbau, dan kambing.

Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari binatang sembelihan tersebut tidak boleh dijual beli kembali.

Banyak hadis yang memaparkan tentang sambutan Aidiladha ini. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas R.A, yang bermaksud;

“Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah S.A.W bertanya, ‘Hari apakah yang dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman jahiliah.’ Kemudian Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya Allah S.W.T telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha’.”

(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Sesungguhnya, kedatangan Aidiladha bukan sahaja disambut dengan penuh kegembiraan, akan tetapi dengan penuh pemahaman sebagai umat Islam. Semoga bermanfaat 🙂

Baca juga Cara Melaksanakan Ibadah Qurban Di Mekah


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!