Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat pembaca setia semua. Sudah baca entri yang belum ini “Nilai Duit di mata manusia“. Kalau belum bagus juga maca kisah benar dari seorang teman. Apabila Abang kongsikan kisan ini di FB Abang (dah follow ke?) ramai kawan-kawan yang kongsikan kisah mereka. Menarik untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Mohammad Nasoha Nasri : Saya dulu duduk di hotel, pagi itu isteri saya sakit kepala dan nak panadol. Saya turun bawah, sekali terlupa bawa wallet. Kumpul duit shiling dalam kereta. Kurang 20 sen je daripada harga panadol. Bukan tak nak naik, tapi kalau naik atas kesian pada wife nak bangun banyak kali untuk buka pintu. Ni bukan hotel yang mahal-mahal tu. Biasa je. Bayangkan tuan, nak beli panadol tak cukup 20 sen je rasa macam mencabar betul nak cari duit. Puas pikir, nak minta orang lalu lalang dekat hotel macam segan nak jual barang memang turun sehelai sepinggang je.
Last-last minta diskaun pada stesen minyak tu. Try je, kalau tak dapat saya memang naik atas hotel balik ambil wallet. Alhamdulillah dia tak kisah. Kisah yang pendek tapi pengajarannya tinggi buat saya. Bukan senang nak senang.
Noor Azman Aminudin : Nak share jugak la. Semalam nak ke masjid wife pesan beli roti. Masa balik singgah le kedai. Hujan renyai. Baru perasan dompet tak bawak. Jenuh cari dalam kereta duit syiling. Mujur cukup.
Smart Esdey : Ada banyak story yang tertinggal dompet dan terpaksa cari duit dlm keta. Saya pun pernah nak bayar parking duit kecik tak ada. So korek-korek dalam kereta, punya la seksa. Orang lalu lalang pun tak ada, so moral of the story sejak kejadian itu saya dah spare banyak duit RM1 sekeping dalam dashboard kereta jadi kalau berlaku lagi senang nak guna bila terdesak.
Ann Fardan : Saya pernah tak sempat cucuk duit di ATM, drive all the way dari JB ke Putrajaya. Nak bayar tol baru perasan duit tak cukup, geledah kereta akhirnya masih tak cukup 30 sen, apa terjadi, saya minta kawan pejabat hantarkan 30 sen kat tol kajang. Segan nak minta diskaun pada budak tol, tapi memang terasa jenuh dan payah bila tak ada duit. Nak minta orang malu dan segan sebab 30 sen je pun tapi mengajar saya erti menghargai duit. Sekarang jumpa syiling kat umah waimah 5 sen pun saya kutip.
Memang ramai kata DUIT bukan segalanya tetapi di akhir zaman ini semua memerlukan duit. Penting sangat ilmu menguruskan duit biar sedikit mana, bukan tunggu banyak. Paling penting ilmu duit buat duit supaya senang dimasa tua kita. Kalau minat nak belajar ilmu duit buat duit, Abang boleh kongsikan ilmunya.
Semuga ada pengajaran daripada semua perkongsian kisah duit ini.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (like ya page kami untuk jadi top 10 Malaysia)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
71 Comments
Duit juga seperti pisau. Kalau digunakan secara baik maka baik juga jadinya.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Dapat BR1M 2017 Untuk Beli Aplikasi Duit
Sebenarnya pengurusan wang ni penting sebab di sekolah tak ajar pun
Sekarang ni ramai yang hidup berhutang banyak
Duit adalah pelengkap hidup di zaman serba moden ni…jangan biarkan duit yang mengawal kita.
Hidup mahu pakai wang, mati lagi mahu kena wang, semuanya guna wang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Betul tu.. Semua perkara perlukan duit sekarang ni. Mudah2an dibantu Allah dalam segala usaha yabg kita lakukan.
Curahan rasa UmmiMRA @ ..Inspirasi Rezeki – Day #6 : Bantuan Allah
betul sekali,,, sekarang mau apa aja pakai duit… ke toilet pun pakai duit,,, hee ^^
Curahan rasa info diabetes @ ..5 Gejala Awal Diabetes Tipe 2 yang Tak Terduga
Ya.
nak beli raket badminton, perlukan duit.
tak leh tukaq dengan beras atau batu tepi jalan.
Curahan rasa titan @ ..Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.
benar tu tuan.. bila tak cukup duit walaupun RM0.20..Rasa malu sangat. nak minta orang lagilah kan. jadi janganlah rasa terlalu bangga dengan wang ringgit yang kita ada. hmm
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Hebatnya instinct ibu yang menyusukan anak.
huhuhu. memang malas kalau nak balik ke hotel semata-mata ambil 20 sen..
tabah je la bro
Curahan rasa zool @ ..Akademi Badminton Malaysia telah dibuka
tak berbaloi lah… tapi kalau nak mintak kat orang lagilah malu … heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesaikan Masalah Berdengkur dengan Citrex Asonor
Duit memang bukan segalanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit. Saya suka dengan kenyataan ini. Saya akuinya. Tetapi ada satu lagi perkara yang lebih penting.
Iaitu bagaimana untuk menjadikan duit (rezeki) yang diperolehi itu berkat. Apa yang dimaksudkan berkat? Berkat tu sikit mencukupi, banyaknya boleh dikongsi.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..[Video] Ayat Pendinding Sihir
Duit bukanlah segala-galanya tetapi fuitlah yang membuat kebanyakan manusia boleh lupa diri.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Bila duit tak cukup, 5sen pun jadi sangat berharga. Hehe..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee Februari 2017
Duit 5 sen dahulu boleh beli gula-gula tetapi sekarang terjumpa di tepi jalan tiada yang mahu mengambilnya.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
kalau jumpa 5 sen boleh bagi saya.. nak simpan walau 5 sen
Curahan rasa zool @ ..Pembelajaran Sistem Kehadiran Mesyuarat ,Mengenal asal usul
x cukup duit pun susah gak…kene ikat perut…kalo hati ingat Allah semua tu bukan masalah. tp bagaimana kita muhasabah diri tu yang susah kita nak buat. kita tahu nak senang je kan?
Curahan rasa seri nian @ ..Tips Mudah Memilih Pencuci Muka Dengan Kenali 5 Jenis Kulit Wajah
Memang betul tu puan srri nian. Tak ada fuit nak mqkan apa lebih lagi yang dah berkeluarga.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
satu lagi kkita kena pandai handle duit…gaji banyak tp boros dan membazir pun satu hal…huhu
kekadang membazir atau boros pun tak sedar, sampai ujung bulan baru perasan…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Nilai duit di mata manusia kerana ramai tidak menghargai
Saya suka dengan kata -kata ni.. Duit bukan segalanya..
Jangan ubah lagi..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap
Saya pun suka dengan perkataan ini “Duit bukan segala-galanya” tetapi dengan ada duitlah kita boleh beli segalanya yang diingini.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
Comments are closed.