Dr. Mahathir Mohamad selamat ulang tahun ke 87

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke 87 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri, Malaysia ke empat. Dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun bermula 1981 sehingga 2003. Dr. Mahathir agak dekat dengan aku kerana tidak terbilang bertemu dengan beliau samada berkumpulan atau bersendirian. Lewat sehari sahaja dari ulang tahun my belove wife.

Masih teringat lagi kali pertama bertemu ketika beliau dimasukan ke HUKM untuk rawatan kaki sekembali daripada lawatan rasmi dari Mesir. Selama tujuh hari aku menguruskan makan minum beliau dan hanya aku sahaja dibenarkan oleh pihak pengurusan hospital untuk menghidangkan makanan kepada Dr. Mahathir setiap kali tiba waktu makan. Beberapa kali juga hanya aku sendiri berdiri di hadapan beliau tanpa ditemani sesiapa ketika beliau menikmati makanan yang disediakan. Berbagai kata nasihat sempat beliau kongsikan yang terus menjadi pedoman untuk aku menjadi insan yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Aku juga diberi penghormatan untuk menyediakan makanan di majlis perpisahan Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2003.

Kerana itu Dr. Mahathir sangat istimewa kepada aku kerana jasanya kepada Malaysia terlalu besar walaupun ramai yang cuba memadamkan sejarah cemerlang beliau.

Dr. Mahathir Mohamad, selamat ulang tahun ke 87 semuga berjaya dunia dan akhirat.

Memang benar seperti kata Dr. Mahathir “Perjuangan yang Belum Selesai


Spread the love

158 Comments

  1. Rasanya lum terlambat mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Mantan Perdana Menteri DR MAHATHIR MOHAMAD yg ke 87, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezaki….

  2. Perjalan hidupnya penuh berliku, suka duka beliau ketika menjadi PM amat banyak. Terpaksa menempuh pelbagai kesulitan, lebih2 lagi ketika ekonomi kita serta dunia jatuh akibat penyangak mata wang yg diurusniaga. Tapi Alhadulillah….beliau dapat mengatasi tanpa meminta bantuan drp Bank dunia dan IMF.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  3. Buku2 karyanya banyak diterbitkan, memberi banyak kesedaran kepada org2 Melayu bertapa pentingnya bangsa yg maju utk terus berdiri di bumi Mly yg bertuah ini, aman, damai, makmur dgnpelbagai bangsa dan agama duduk bersama berganding bahu.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  4. 22 tahun menjadi PM, “Pejuangan Yang Belum Selesai”, pasti ini memberi kegusaran pada beliau utk melihat negara ini terus berjaya menuju ke arah negara yg maju pd thn 2020. Mahu melihat bangsa Melayu terus berjaya dlm apa jua bidang kerjaya.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!