Doktor menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib, Farah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebelum ini, pernah digembar gemburkan di media sosial kisah yang menyentuh hati seorang bayi perempuan yang tidak pernah merasa air susu ibunya sejak dia dilahirkan kerana ibunya berada dalam keadaan koma.

Sungguh kasihan anak kecil itu.

Nama bayi perempuan tersebut, Farah Hanis Fairol Haziri digelar oleh netizen sebagai bayi ajaib kerana dilahirkan ibunya ketika dalam keadaan koma. Ibunya tidak sedarkan diri sehingga kini.

Semenjak kisah bayi ajaib ini tular, ramai netizen luahkan rasa simpati terhadap bayi dan keadaan ibunya sekarang. Netizen mendoakan agar Kamareeah Arwae, 36 cepat sedarkan diri daripada koma.

Namun begitu, tular pula tindakan yang baik yang dibuat oleh seorang doktor kesihatan nyata diluar jangkaan apabila sanggup menjadi ibu susuan kepada Farah.

Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32, secara sukarela telah menjadikan adik Farah sebagai anak susuannya atas rasa keibuan yang menebal.

Beliau yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh telah menyuarakan hasrat kepada suamiya dan berhubung dengan bapa kepada bayi perempuan, Farah bagi membantu menyusukan Farah yang sejak lahir hanya minum susu formula sahaja.

Mengenangkan sudah dua bulan bayi itu hanya minum susu formula, hasrat saya dipersetujui dan bermula sejak dua minggu lalu, Farah Hanis sudah menjadi ‘anak perempuan’ saya. – Katanya.

Semoga Allah memberkati jasa baik cikgu

Sehubungan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen Facebook sumber dengan memuji kebaikan Dr. Siti Nur Aqilah ini.

Berterima kasih di atas pertolongan yang diberi

Mulianya hati doktor

Didoakan sekali lagi semoga adik Farah dapat membesar dengan baik dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah taala. Dan juga kepada ibu Farah, semoga diberikan kesedaran yang segera daripada koma serta dapat menjadi ibu yang terbaik buat bayi ajaib, Farah. Aamiin.

3 Comments

  1. mudah2an de farah tumbuh besar dan menjadi anak yang soleh dan berguna bagi bangsa dan negara,,dan kepada ibu asuh nya semoga slalu di berikan kesehatan dan di mudah kan rezeki nya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!