Hutan di Gelang Patah terbakar, 60 peratus berjaya dipadamkan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kira-kira 16 hektar hutan tanah gambut berhampiran Kampung Tanjung Adang, Gelang Patah terbakar. Kebakaran menyebabkan udara kawasan sekitarnya diselubungi asap tebal.

Usaha 70 anggota dan pegawai dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran Gelang Patah di sini, yang bertungkus lumus sejak Rabu lalu berjaya memadamkan hampir 50 peratus daripada kira-kira 16.19 hektar kawasan hutan serta kebun yang terbakar di Kampung Pekajang di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata, bomba berdepan kesukaran untuk memadam api disebabkan keadaan tanah gambut dan bekalan air darat yang terhad di kawasan terbabit.

Alhamdulillah, mereka dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan penempatan dan kilang berhampiran.

Bomba menggunakan strategi menggali parit bagi mengelak kebakaran merebak selain menggunakan air laut untuk mengawal dan memadam api.

Berdasarkan keadaan semasa, bomba melakukan tugas dengan baik dan kita jangka kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya beberapa hari lagi.

Bomba masih menyiasat punca kejadian namun tumpuan ketika ini adalah mengawal serta memadamkan api kerana keadaan berangin selain cuaca panas menyebabkan api mudah merebak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar berkata, kebakaran di dalam tanah itu menyebabkan asap tebal di kawasan berkenaan, namun tidak menjejaskan kualiti udara.

Penduduk kawasan sekitar tidak perlu bimbang kerana kualiti udara kawasan berkenaan tidak terjejas.

60 peratus daripada 16 hektar hutan gambut yang terbakar di Kampung Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor telah dipadamkan.

Jawatankuasa Bencana Daerah Johor Bahru akan bermesyuarat bagi menilai situasi semasa dan membuat keputusan sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya Isnin ini.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!