Rumah dibom sebelum majlis kahwin, sukarelawan terbunuh serangan udara rejim Israel di Gaza!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Media antarabangsa beberapa hari lalu melaporkan Angkatan Udara Tentera Israel telah melakukan serangan udara terhadap beberapa sasaran di Gaza selepas mendakwa Hamas telah melakukan serangan roket ke arah wilayahnya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bagaimanpun, kedua-dua pihak dikatakan telah pun mencapai persetujuan genjatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Pada masa sekarang, rejim Israel sudah pun membuat serangan pelbagai penjuru di Palestine.

Namun begitu, dalam serangan udara yang dilakukan, Aqsa Syarif dan Aman Palestin, dua buah badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia turut melaporkan beberapa buah kisah duka yang menimpa rakyat Palestin khususnya di Gaza selepas insiden tersebut.

Menurut Aman Palestin baru-baru ini seorang sukarelawan paramedik, Sajid Mezher terbunuh selepas menjadi sasaran penembak hendap tentera Israel ketika memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk di Kem Pelarian Dheisheh, Bethlehem.

Dalam insiden berbeza, Aman Palestin turut memberitahu bahawa berlaku pertempuran diantara remaja lelaki Palestin dengan Tentera Israel yang menyaksikan 6 orang remaja Palestin tercedera.

Tentera dan Polis Israel juga dilaporkan telah menyerbu Masjid Aqsa serta menahan 16 orang penduduk tempatan dalam operasi lewat malam yang dijalankan secara berasingan di Tebing Barat baru-baru ini.

Sementara itu, Aqsa Syarif pula berkongsi kejadian malang yang menimpa seorang wanita apabila rumahnya musnah dalam serangan udara, seminggu sebelum majlis pernikahan anak perempuannya.

Video wanita berkenaan yang turut berkongsikan kesediahan selepas menjadi mangsa serangan boleh anda saksikan dibawah.

Hasbunallahu wanikmal wakeel…

Hasbunallahu wanikmal wakeel…

Siakap Keli, Aqsa Syarif, Aman Palestin-


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!