Doa Untuk Gaza

Spread the love

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke Syurga (3x).
Ya Allah hukumlah Isr4el (3x).

Dengan dunia akhir zaman, kezaliman Isr4el selama ini kepada agamamu, kepada saudara kami kepada negeri saudara kami ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui tentang hal saudara kami.
Kami hambamu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai saudara kami.

Kami hamba-hambamu ya Allah, datang dari jauh dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami (3x).

Gaza Under Attack

Janganlah kau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambamu.
Sekiranya Kamu ampunkan dosa kami, Kamu Tuhan Pengampun lagi Maha penyayang penuh kasih sayang, Ya Allah kuatkan iman kami, murahkan rezeki, amankan rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkan anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah darimu Ya Allah, berilah mereka berjaya dunia dan akhirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunnah Nabi Muhamad SAW.

Gaza Under Attack

Ya Allah hukumlah Isr4el, Ya Allah hukumkan Isr4el.
KO Isr4el, KO Isr4el, Isr4el KO, KO Isr4el, Isr4el KO dalam peperangan ini Ya Allah. Mudah-mudahan perjuangan saudara kami di Gaza dipermudahkan dengan pertolonganmu Ya Allah.

Gaza Under Attack

Kalaulah kamu Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumi Mu telan Qarun … Ya Allah, Kamu telah melaknat Namrud …. Dan begitu juga Abu Lahab .. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Isr4el dalam peperangan ini.
Tidak larat kami nak melihat anak-anak saudara kami di Gaza dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah … Ragut, Rogol, Bakar, Cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habis negara saudara kami dimusnahkan oleh Isr4el … Gaza dah habis Ya Allah … Tebing Barat Ya Allah rapat ke pagar Ya Allah ..

Gaza Under Attack

HANCUR ISR4EL, TUMBANG ISR4EL (3x)

Entri khas @ BOIKOT PRODUK ISRAEL

LIVE DARI GAZA


Spread the love

143 Comments

  1. Macam ciplak doa orang PAS terhadap UMNO & BN aje yang dibacakan oleh anak tokguru…… atau orang PAS ciplak doa ini untuk UMNO & BN…. apapun doa macamana sekalipun tak kan termakbul malah lebih teruk terhancur jika umat Muhammad sendiri tidak bersatu. Lambat laun umat Melayu di bumi ini juga akan menempuh nasib yang sama dengan nasib palestin di bumi mereka akibat Hamas dan Fatah bercakaran sesama sendiri yang sama PAS dan UMNO bercakaran sesama sendiri. Itulash nasib umat Muhammad di akhir zaman, bilangan mereka ramai umpama buih di pantai tetapi hilang di arus ombak membadai.

    1. Setuju sangat dengan komen ini. Apabila umat Islam tak nak berusaha utk bersatu, Allah akan memalingkan pandangan dan membiarkan alam menghukum manusia.

      1. insyaAllah. .Allah akan memenangkan kesemua umat Islam. waktu awal Islam, juga ditindas tetapi Allah tetap beri kemenangan akhirnya.

        yang batil tetap akan berada di bawah
        Curahan rasa Ladfe Amir @ ..KOTAK HITAMMy Profile

  2. Marilah sama-sama kita berdua, Amin mudah2an orang zalim dapat pembalasan dari Allah swt kerana Doa orang yang teraniaya insya’Allah akan t’makbul..

  3. Do’a untuk saudara kita di Gaza dan tempat lainnya

    “Allahumman shur mujaahidiin waj alnaa minhum” “Ya Allah menangkan mujahidin & jadikan kami barisan mrk, & kami mohon hinakan, hancurkan mrk yg memerangi kami…aamiin”,
    Curahan rasa Dawaihati @ ..Waktu PanenMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!