Dijangka mengalami Twindemic hujung tahun ini

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Menerusi laman Web Awani, Malaysia dijangka mengalami twindemic atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini.

Selepas apa yan terjadi di Malaysia sekarang dengan pandemik Covid-19, datang lagi satu ujian Allah kepada kita iaitu Influenza. Kita doalah sama-sama supaya kita dijauhkan daripada segala wabak yang menimpa. Dialah yang beri penyakit Dialah juga dapat menghilangkan. InsyAllah.

Keadaan Pandemik Berkembar

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan COVID-19, secara mendadak.

“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang,”

Warga emas berisiko tinggi

Ekoran itu, Zamberi menasihati orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kategori berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit itu boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.

“Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan.

“Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan,” tambahnya.

Kesedaran penggunaan vaksin

Walaupun begitu katanya, kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk mencegah jangkitan influenza dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanpun, ada juga segelintir masyarakat yang anti dengan vaksin. Yang ini tak tahulah nak kata apa kan? Kalau sakit elok pula cari doktor dekat hospital.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!