Beza usahawan Multi Level yang berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “blog juru cakap tanpa henti“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Beza usahawan Multi Level yang berjaya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang berkawan dengan ramai usahawan Multi Level Marketing (MLM) yang berjaya. Juga berkawan dengan ramai leader dan ahli Multi level yang dari dulu masih belum berjaya.

Kita fokus kepada yang berjaya untuk sedut aura positif mereka. Sifat usahawan MLM yang sangat berjaya semuanya hampir sama, yang tiada pada mereka yang belum berjaya.

  1. Mereka anggap Multi Level Marketing sebagai bisnis bukan skim jadikan mereka kaya secara tiba-tiba seperti skim cepat kaya.
  2. Mereka berani keluar modal sendiri bukan mengharap belas kasihan syarikat untuk memberi akaun percuma. Majoriti mereka bermula dari zero bukan sudah sedia kaya raya.
  3. Setiap bonus yang mereka perolehi paling tidak 20% akan digunakan untuk membesarkan bisnis seperti memberi insentif kepada rakan niaga yang berjaya capai target.
  4. Berusaha seperti bisnis ini mereka yang punya dengan merancang berbagai aktiviti sendiri ditambah dengan aktiviti yang disediakan oleh syarikat. Bantuan dari leader atas atau kawan-kawan yang memperkenalkan sebagai bonus.
  5. Bekerja dengan etika yang betul mengikut disiplin usahawan seperti mempunyai jadual masa yang tersusun untuk bertemu klien baru contohnya tidak lebih dari jam 9 malam, tidak menjanjikan bulan dan bintang melebihi apa yang telah ditetapkan oleh syarikat dan memaksa klien berulang-ulang untuk menyertai bisnis.

Ini hanya sebahagian daripada disiplin jutawan MLM yang berjaya yang tiada pada pemain MLM yang belum berjaya. Majoriti masyarakat melihat keburukan MLM kerana silap pemain yang tidak ada disiplin dengan memanupulasi sistem dan juga kurangnya faham kepada kemampuan hebat bisnis MLM. Jutawan MLM bukan sekadar menayang kereta mewah dan rumah mewah tetapi yang lebih penting menunjukkan kepimpinan sebagai usahawan MLM yang boleh dicontohi anak-anak didik.

Bill-Gates-Network-Marketing

Kunci kejayaan untuk buat duit dalam MLM ada dalam diri dan kita sendiri perlu keluarkan kemampuan yang ada bukan dibiar terpedam begitu sahaj. Sifu dan mentor hanya inspirasi.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

37 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!