Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila baca hajat Blogger Profhariz nak masuk TV dalam entri “Hajat Blogger yang belum tercapai” teringat beberapa sessi temubual aku bersama Astro Awani yang belum pernah aku publish sebagai entri. Terima kasih kepada Hilal Azmi dan Nisa Kasnon dari Astro Awani yang sudi menjemput aku berkongsi pendapat dan pandangan tentang industri blog di Malaysia.
Walaupun sudah biasa bercakap di atas pentas tetapi apabila diberitahu oleh Astro Awani nak ditemubual berdebar juga rasa hati ini. Alhamdulillah semuanya hanya rakaman jadi ada peluang untuk memperbetulkan kalau ada kesilapan. Aku telah ditemubual dua kali oleh Hilal Azmi untuk program Bisnis Altenatif dan sekali oleh Nisa Kasnon untuk Berita Astro Awani. Pada masa yang sama Nisa Kasnon juga telah menemubual Blogger paling Ensem di Malaysia … agak-agak siapa tu?
Berikut tiga video temubual Denaihati dengan Astro Awani :
Kaedah baru menjana pendapatan di blog
Interview Denaihati Bersama Awani
Blogging untuk kebajikan
Pernah juga diinterview oleh RTM TV1 untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Tersentuh hati apabila melihat video ini apabila terlihat kelibat arwah blogger Jejai dan arwah Martias Ali, suami kepada Blogger Mak Dara yang memang tidak pernah ketinggalan disemua aktiviti anjuran team Denaihati.
Kelebihan ditemubual oleh station TV adalah dapat meningkatkan penjenamaan sesebuah blog dan juga penjenamaan penulis blog. Interview TV juga dapat meningkatkan nilai harga ruang iklan sesebuah blog untuk dijual kepada pengiklan. Aku doakan semuga rakan blogger yang mempunyai hajat untuk ditemubual oleh TV akan tercapai. Teruskan berusaha dengan penulisan yang berkualiti pasti suatu hari akan ada wartawan TV yang akan melihat kehebatan anda.
No related posts.
449 Comments
Denaihati antara inspirasi untuk saya terus dalam dunia blogging ini. Tp tu la semngat tidak kuat tu yang graf kositensi turun naik.
Curahan rasa daddydee @ ..Kasihnya Ibu
Orang berjaya sentiasa tidak lokek berkongsi ilmu…x kisah la berjaya dalam apa jua bidang…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..What Inside My Pouch?
bukan senang blogger nak di interview ni kena betul2 berjaya baru layak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
kalau dulu takda sapa nak pandang blogger, tapi sekarang bila blogger dah berjaya membuktikan kejayaan sebagai blogger kepada masyarakat dan dunia, alhamdulillah blogger bukan lagi sesuatu yang picisan 🙂
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
Blogger ni memberi kesan juga kepada pembangunan ekonomi negara..so,kalau ramai lagi blogger yang berjaya maka makin meningkat la pendapatan negara
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
Jadi diri sendiri, menulis dengan cara yang unik, tersendiri. Ada orang yang baca kandungan blog kita dan berkongsi pada yang lain, ada yang tak suka, so biarkan begitu, as simple as that..Bila dah masuk TV ni lagi glemer la blogger DH
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
amboi Dh…hehe..tahniah atas pencapaian Dh.masuk pulak astro awani… semoga dh terus berjaya 😀 ameen
Curahan rasa zaza zehra @ ..Minyak Wangi Tahajjud Dengan Aroma Gaharu
semoga DH terus berjaya dan terus membantu blogger tempatan. selamat maju jaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Aku cuba bayangkan yang suatu hari nanti aku juga akan di temuramah. Jadi bersedia dari awal….baru tahap angan-angan he..he..he…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Angan-angan itu adalah impian setiap orang.siapa tahu dengan angan-angan impian boleh digapai.jangan angan-angan Mat Jenin sudah..hihi
Curahan rasa nord @ ..KURUS dengan Protein Soya Shaklee
mana tahu impian boleh jadi kenyataan. kena konsisten dalam blogging good luck
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Kejayaan seseorang blogger sangat subjektif, ia sukar untuk di ukur. Tepi dari tahap pencapaian yang di iktiraf ini bermakna ia adalah satu kejayaan, dan bukan kejayaan yang menyeluruh.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Untuk denaihati mencapai tahap ini,aku percaya bukan suatu kerja yang mudah. harap denaihati dapat berkongsi kisah2 kegagalan yang membawa beliau berjaya dalam dunia blogger.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
DH juga bermula dari bawah tapi berkat usaha dan sentiasa bantu blogger dia boleh berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Semoga banyak lagi blogger2 yg akan di temuramah oleh stesen tv. Ini bagi menyedarkan masyarakat bahawa menjadi blogger bukan kerja yang sia-sia.
bila dah di interview mcm ni, boleh sedarkan orang yang memang kita boleh buat duit melalui blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Inspirasi untuk blogger mencapai impian. Setiap impian yang tercapai sama ada kecil atau besar ia memberi impak yng positif bagi membentuk kejayaan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Satu pencapaian yang kita patut banggakan. Ia memberi impak yang positif terhadap dunia blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Sesi temuramah ini memberi banyak kebaikan kepada dunia blogger. Tuan Amir aka Denaihati membuat semua blogger dihargai. Beliau mewakili seluruh blogger di Malaysia amnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
Walau pun Tuan Amir begitu gementar dengan temuramah ini, tapi masih bijak menyesuaikan diri bagi menyempurnakan aksi di depan kamera di rancangan Astro Awani. Tahniah Tuan Denaihati….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
lama lama nanti mesti tuan amir terbiasa kena interview. hehe caya lah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Satu pencapaian terbaik buat tuan Amir untuk penjenamaan blog Denaihati dalam masyarakat Malaysia yang berkecipung dalam dunia blogger.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014
harap lepas ni akan ada ramai lagi blogger yang diinterview mcm ni. boleh tingkatkan jenama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Comments are closed.