Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku telah dijemput untuk menghadiri majlis Pengenalan Semua Era Baru Genting Resorts World di dewan konvensyen Fist World Hotel Genting. Melihat Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad menerangkan misi dan visi 50 tahun akan datang untuk menakluk dunia menimbulkan rasa cemburu yang amat sangat. Bertambah cemburu apabila aku dikelilingi oleh beratus jemputan tetapi boleh dibilang dengan jari hanya beberapa orang sahaja orang Melayu. Bukanlah aku perkauman tetapi memikirkan Melayu yang terus saling menyalahkan satu sama lain dan mengaku mereka adalah yang paling baik berbanding yang lain tidak akan mengubah ummah dan nasib anak bangsa.
Berpeluang duduk sekerusi dengan Dato’ Hussamuddin Yaacob sepanjang Kembara Turki memberi peluang untuk aku berkenalan dengan insan hebat yang jarang didendangkan. Dato’ Hussamuddin adalah antara beberapa usahawan Melayu yang dapat mengimbangi penguasaan bisnis di Malaysia. Beliau antara beberapa tokoh usahawan Melayu yang mengembangkan perniagaan bukan dari tiket politik tetapi mengambil manafaat daripada keamanan politik untuk memacu maju bisnis kehadapan. Paling menarik Kembara Turkilah telah membongkar rahsia nama pelik beliau HUSSAMUDDIN.
Karangkraf adalah dunia beliau selain isteri, anak dan cucu. Dari cerita Dato’ Hussam kepada aku dia mula berjinak dalam perniagaan buku semenjak berstatus siswa di UKM. Pernah bekerja sekejap tetapi akhirnya berhenti dan mengasakan pembina Karangkarf 38 tahun lepas. Sejak beberapa tahun lepas banyak transformasi yang telah beliau lakukan di Karangkraf untuk manafaat manusia sejagat. Paling terkesan adalah dengan penubuhan Rumah Ngaji untuk memberi peluang semua manusia belajar mengaji dan menjadikan Al Quran sebagai cara hidup.
Terlalu banyak yang kita boleh belajar daripada tokoh hebat ini tetapi buka semua berpeluang seperti aku untuk duduk semeja menghirup kopi kosong panas sambil bercerita bagaimana nak memajukan ummah. Aku merayu kepada sahabat-sahabat yang ada cita-cita untuk memajukan diri dan ummah untuk korbankan masa, keluarga dan cuti hadir ke Seminar Buat Duit Online pada 13/12/2014 untuk mendengar perkongsian Dato’ Hussamuddin bercerita kisah beliau membina empayar perniagaan selama 38 tahun. Dato’ Hussamuddin juga akan bercerita misi dan visi beliau untuk membina ummah Malaysia yang lebih berjaya yang sudah beliau mula gerakkannya.
Klik banner di bawah untuk mendaftar. Seandainya anda mahasiswa yang ingin datang secara berkumpulan, sekiranya anda mudir Madrasah yang ingin membawa para ustaz dan seandainya anda NGO yang ingin membawa kumpulan yang minat mengubah diri sila PM hubungi SAYA untuk diskaun yuran penyertaan. Jangan persiakan peluang untuk bertemu tokoh hebat pencetus ummah yang bakal menyaingi kehebatan bukan sahaja Genting Highland malah membawa ummah keperingkat yang berbeza siapa lagi kalau bukan… Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi dan CEO Kumpulan Media Karangkraf.
45 Comments
Seronoknya jika dapat hadir. Teringin nak menimba ilmu drp orang2 yang hebat namun ada kekangan pula…
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..PENYUSUAN BAYI PRAMATANG-PENGALAMAN SEORANG IBU
Memang rugi sapa yg berpeluang tapi tidak hadir ke seminar ni Tuan. Syukurlh Tuan, suami sy izin ke seminar ni.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Hanya Kerana Bola
Bertuahnya Tuan dapat duduk berbual dgn orang hebat seperti Datuk Hussamudin ni. Bukan calang2 orang beliau ni… Banyak ilmu dan pengalaman tu…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK
untungnya tuan denaihati dapat duk mkn bersama ceo krangkraf..mcm best ja tp saya bukan mahasiswa dah huhuuuhu dh jadi mak amk dah hihihii 🙂
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
besar sumbangan dan jasa beliau pada negara, jihad ekonomi yang terbesar di kalangan orang islam.
Curahan rasa ikhwan @ ..Jaguh Dari Utara Rembat RM40000 Guna Blog
seorang yang berjiwa besar..
kalau tak de semangat , mustahil untuk menerajui syarikat sebesar itu
Curahan rasa zool @ ..Peralatan yang perlu ada ketika membasuh kereta
keyen om info nya ane suka.. wkwkwkwkwk… web nya keceh nih….
Curahan rasa Sepatu wakai murah @ ..Sepatu Wakai Murah
Alhamdulillah…seronok membaca cerita berkenaan usahawan Islam. Tokoh hebat ini wajar dicontohi.
Curahan rasa Nurul @ ..Segmen Blogwalking Bersama Cikgu Farha
Beliau menggunakan cara dan kelebihan beliau utk beribadah…
Namun bagi kita, gunakanlah cara dan kelebihan diri sendiri utk beribadah mengikut kemampuan masing-masing.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Merentasi Sempadan Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama
Rupa Dato’ Hussamuddin Yaacob seperti wajah Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Curahan rasa Myliferia @ ..Tips Kurus Selepas Bersalin Ibu Beranak Tiga
Jadi lebih mengenal akan sosok dan pribadi datuk Hussamuddin di sini
Curahan rasa Tino Berita @ ..Heboh Video Santri Di Jombang Di Hukum Cambuk
Wah, CEO Kumpulan Media Karangkraf Dato’ Hussamuddin Yaacob pun join sama….memang terbaik seminar kali ini.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Indeks Persepsi Rasuah 2014: Keputusan Dan Ranking
fuhh..
memang kena datang la jawabnya nih..
38 tahun tu pengalamannya..
Curahan rasa titan @ ..Berdampinglah dengan mereka serapat mungkin.
jujur dan x dinafikan yang kita sebenarnya memang perlu duduk berkawan dengan orang yang berjaya barulah kita sekali terkesan untuk berjaya seperti mereka
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Panduan Dan Cara Buat Bisnes Kereta Sewa
seorang tokoh yang patut kita senmua kagumi kerana jasa dan sumbangan beliau
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Mengapa Sijil Sakit Itu Penting
fyna baru kenal siapa itu Datuk Hussamuddin. thanks tuan denaihati. ^_^
Curahan rasa fyna @ ..By: fyna
Comments are closed.