Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku telah dijemput untuk menghadiri majlis Pengenalan Semua Era Baru Genting Resorts World di dewan konvensyen Fist World Hotel Genting. Melihat Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad menerangkan misi dan visi 50 tahun akan datang untuk menakluk dunia menimbulkan rasa cemburu yang amat sangat. Bertambah cemburu apabila aku dikelilingi oleh beratus jemputan tetapi boleh dibilang dengan jari hanya beberapa orang sahaja orang Melayu. Bukanlah aku perkauman tetapi memikirkan Melayu yang terus saling menyalahkan satu sama lain dan mengaku mereka adalah yang paling baik berbanding yang lain tidak akan mengubah ummah dan nasib anak bangsa.
Berpeluang duduk sekerusi dengan Dato’ Hussamuddin Yaacob sepanjang Kembara Turki memberi peluang untuk aku berkenalan dengan insan hebat yang jarang didendangkan. Dato’ Hussamuddin adalah antara beberapa usahawan Melayu yang dapat mengimbangi penguasaan bisnis di Malaysia. Beliau antara beberapa tokoh usahawan Melayu yang mengembangkan perniagaan bukan dari tiket politik tetapi mengambil manafaat daripada keamanan politik untuk memacu maju bisnis kehadapan. Paling menarik Kembara Turkilah telah membongkar rahsia nama pelik beliau HUSSAMUDDIN.
Karangkraf adalah dunia beliau selain isteri, anak dan cucu. Dari cerita Dato’ Hussam kepada aku dia mula berjinak dalam perniagaan buku semenjak berstatus siswa di UKM. Pernah bekerja sekejap tetapi akhirnya berhenti dan mengasakan pembina Karangkarf 38 tahun lepas. Sejak beberapa tahun lepas banyak transformasi yang telah beliau lakukan di Karangkraf untuk manafaat manusia sejagat. Paling terkesan adalah dengan penubuhan Rumah Ngaji untuk memberi peluang semua manusia belajar mengaji dan menjadikan Al Quran sebagai cara hidup.
Terlalu banyak yang kita boleh belajar daripada tokoh hebat ini tetapi buka semua berpeluang seperti aku untuk duduk semeja menghirup kopi kosong panas sambil bercerita bagaimana nak memajukan ummah. Aku merayu kepada sahabat-sahabat yang ada cita-cita untuk memajukan diri dan ummah untuk korbankan masa, keluarga dan cuti hadir ke Seminar Buat Duit Online pada 13/12/2014 untuk mendengar perkongsian Dato’ Hussamuddin bercerita kisah beliau membina empayar perniagaan selama 38 tahun. Dato’ Hussamuddin juga akan bercerita misi dan visi beliau untuk membina ummah Malaysia yang lebih berjaya yang sudah beliau mula gerakkannya.
Klik banner di bawah untuk mendaftar. Seandainya anda mahasiswa yang ingin datang secara berkumpulan, sekiranya anda mudir Madrasah yang ingin membawa para ustaz dan seandainya anda NGO yang ingin membawa kumpulan yang minat mengubah diri sila PM hubungi SAYA untuk diskaun yuran penyertaan. Jangan persiakan peluang untuk bertemu tokoh hebat pencetus ummah yang bakal menyaingi kehebatan bukan sahaja Genting Highland malah membawa ummah keperingkat yang berbeza siapa lagi kalau bukan… Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi dan CEO Kumpulan Media Karangkraf.
45 Comments
Ya betul! Saya setuju.. Datuk Husamuddin antara Usahawan Melayu yang sangat saya kagumi.. Di kawasan bangunan Karangkraf beroperasi sekarang ni semuanya milik bukan bumiputra, termasuk syarikat-syarikat kereta luar negara… Rasanya Syarikat Karangkraf, satu-satunya milik Bumiputra… Saya sangat kagum dengan pencapaian beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Tokoh yang disegani. Muda mudi belia Islam yang berkesempatan ambil peluang yang ada untuk gali lagi ilmu untuk kesejahteraan ummah
Apa tunggu lagi rakan sahabat yang lain, belajar daripada mereka yang berpengalaman bukan mudah nak cari. Dikesempatan seminar macam ni, rugi kalau tidak sertai.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Orang duduk belakang tabir atas sesebuah kejayaan itu memang hebat … mereka ini rendah diri tapi punyai pengalaman yang hebat untuk dikongsi
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kad Perubatan Takaful Terbaik
rasa sangat kagum dengan datuk nie..diharap sesiapa yang dapat pergi ke seminar tu akan mendapat manfaat yang sebaiknya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya juga harapkan begitu, dah promosikan dah di blog dan fb, mana yang ada kesempatan tu harap nampak peluang ini.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Kad Perubatan Takaful Terbaik
Teringin sgt nk melawat karangkraf satu nama yang cukup besar ,rugi siapa tak pergi seminar ni 🙁
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Blogger Bogel Alvin tan Cetus Kontroversi Lagi!!!
wah macam best je kan , macam teringin ! akan dipertimbangkan dulu:)
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Result Exam Module dah keluar!
Ada jodoh kita bersua, sekarang buka tiba masa lagi untuk hadiri seminar affliate ni..sedih 🙁
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Susu Kambing Segar Untuk Bayi Hanya RM 9.00 Sebotol ( 500 ml ) Termasuk Penghantaran PERCUMA!
Seronoknya dapat peluang berjumpa dengan orang-orang hebat macam ni.. Saya pernah buat lawatan ke Karangkraf, tapi tak berkesempatan bertemu beliau..
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Hebat sungguh beliau. Semoga mendapat sambutan yang mengalakkan untuk Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ni nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ya..semoga tokoh pencetus ummah ini menjadi inspirasi buat kita semua..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tips Atasi Jangkitan Sakit Mata
Bagusnya Rumah Ngaji, belajar ilmu Al-Qur’an untuk hidup di sini dan penaman akan datang
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Vitamin C & Vitamin E : Promosi December 2014
Siap ada diskaun lagi tu..semoga mendapat sambutan yang menggalakkan..
Curahan rasa Hafizul @ ..Top Komentator November 2014 Pondok Kecil
bagus bagi sesiapa yang boleh datang, cari ilmu dan pengalaman yang tak semua orang ada.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kesan Kekurangan Vitamin C dan Risikonya
Sungguh terkesan dengan perjuangan beliau, apalagi tentang penubuhan Rumah Ngaji itu
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cara Menjual Ruang Iklan di Blog
Comments are closed.