Covid-19: Sangat membimbangkan kes mendadak naik dikalangan kanak-kanak – luah seorang Doktor

Spread the love

Sebelum ini hanya berlaku pada negara lain sahaja, sekarang tengoklah bagaimana keadaaan pandemik COVID-19 yang berlaku pada negara kita Malaysia. Ia berada pada tahap yang paling buruk apabila kes harian dicatatkan setiap hari semakin tinggi.

Dengan pertambahan pesakit setiap hari, hospital-hospital pula sekarang sedang bertungkus lumus berikan rawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit Covid-19 sekaligus membendung jangkitan menurut terus menular.

Sebelum ini yang kita tahu banyak kematian daripada golongan warga emas. Namun, gelombang ketiga yang berlaku ketika ini luar biasa. Kita banyak dengar kes kematian daripada golongan muda, tua dan kanak-kanak. Sangat menyedihkan. Ia juga berlaku disebabkan wujudnya varian-varian COVID-19 yang baharu yang sememangnya semakin mengganas.

Walau bagaimanapun, kes covid-19 melibatkan kanak-kanak juga tinggi. Macam mana boleh jadi begini? Nak salahkan siapa? Kalau bukan ibubapa yang tidak jaga anak-anak mereka.

Lebih teruk lagi, ada yang susah untuk bernafas berlaku di kalangan pesakit kanak-kanak dan ada juga bayi yang baru lahir disahkan positif covid-19.

Perkongsian Dr Rashdan Mohamed mengenai pesakit covid-19 dikalangan kanak-kanak

COVID-19: Kanak-kanak ada pilihan?

Kami, doktor kanak-kanak sebenarnya menyaksikan kenaikan mendadak kes COVID-19 dikalangan kanak-kanak tahun ini (terutama mulai April 2021). Dan, semakin ramai juga kategori 4 ke atas (suatu fenomena yang amat jarang tahun lepas), terutama 2 minggu kebelakangan ini.

Saya boleh sahkan, sekurangnya, di bawah kelolaan saya

1. Ada satu kes kongenital COVID-19, bayi baru lahir positif PCR pada calitan pertama ketika kelahiran. Alhamdulillah, pesakit stabil dan dibenarkan pulang.

2. Minggu lepas sahaja, ada 2 pesakit kanak-kanak perlu rawatan intensif di Paediatric HDW (seorang bantuan pernafasan – ventilator, dan seorang “high flow nasal canula”). Alhamdulillah, dengan rawatan rapi, pesakit stabil

3. Beberapa pesakit kanak-kanak di wad bukan intensif untuk COVID-19, ada yang perlu oksigen juga.

4. Ada pesakit kanak-kanak dengan komplikasi “intussusception” (masalah usus) yang perlu intervensi segera. Gerak kerja dari pelbagai jabatan. Alhamdulillah, berjaya.

Ya, mereka kanak-kanak

Mereka tidak jalan mana-mana, kecuali dibawa

Mereka tidak boleh rentas negeri, kecuali dibawa

Mereka dicium oleh mereka yang positif, bukan dipinta

Mereka tidak boleh halang tetamu dengan positif COVID-19 dari datang bertandang ke rumah, apakan daya

Mereka juga bukan penyebab penularan dalam komuniti, jika tanya saya (walaupun mereka juga boleh jadi pembawa)

Mereka tidak boleh daftar, apatah lagi menerima vaksin juga

Kita dewasa, Kita boleh memilih. Mereka tidak

Buat pilihan yg tepat!

Tanya saya,

Saya pilih vaksin, Kerana Allah Taala

Saya patuh SOP, juga Kerana Allah Taala

Saya jaga diri Saya jaga keluarga Saya juga jaga kanak-kanak yang tidak boleh memilih ini (melalui herd immunity, imuniti kelompok)

Sekarang, lihat gambar di bawah,Jangan kita jadi asbab mereka menderita….

Sumber: Rashdan Mohamed


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!