Jangkitan VOC sangat bahaya

Spread the love

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 119 kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mempunyai kepentingan (VOI).

Apa itu VOC?

VOC adalah singkatan Variant Of Concern atau Varian yang perlu diperhatikan.

Setakat ini 3 VOC yang telah dikesan di Malaysia :

  1. Afrika Selatan (B.1.351)
  2. United Kingdom( B.117)
  3. India (B.1.617.1)
VOC Covid 19
Sumber : Bernama

Kenapa perlu dibimbangkan?

Varian baharu ni merebak lebih cepat dan kadar kematian lebih tinggi. Kebanyakkan pesakit tak gejala.

Tak ada batuk, tak ada sesak nafas apatah lagi selsema! Yang lagi bahaya, varian ini terus ‘melompat’ ke paru-paru. Buat saringan negatif tapi bila x-Ray dah tahap yang teruk. Varian ni dah bermutasi. Setakat vaksin pun dia pandang sebelah mata.

Dr Noor Hisham kata, sebanyak 104 kes membabitkan VOC, manakala 15 kes lagi adalah VOI. Daripada jumlah itu, 105 kes adalah jangkitan tempatan manakala 14 kes mendapat jangkitan dari luar negara.

Varian VOC B.1.351 adalah sebanyak 89 kes membabitkan semua jangkitan dalam negara, manakala sembilan kes (B.1.1.7) dan enam kes (B.1.617).

Bagi VOI yang dilaporkan, 12 kes membabitkan varian P.3 dan tiga kes adalah varian B.1.525.

simptom varian baru

Tahap penyebaran VOC di Malaysia

Virus COVID-19 jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian Afrika Selatan. Dr Noor Hisham kata, antara negeri yang dikesan varian VOC adalah

  1. Selangor (42 kes)
  2. Sarawak (20)
  3. Kelantan (18)
  4. Kuala Lumpur (11)
  5. Perak (10)
  6. Kedah (7)
  7. Pulau Pinang (3
  8. Negeri Sembilan (2)
  9. Johor (2)
  10. Perlis (2)
  11. Labuan (1)
  12. Sabah (1)

Oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti.

jangkitan VOC bahaya
Sumber : Bernama

Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap orang.

Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19.

Kongsikan pada keluarga dan sahabat agar semua berwaspada dan berhati-hati.

“Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. Aamiinn”Semoga bermanafaat

Sila follow FB Amir Hassan untuk lebih banyak info bermanafaat https://t.me/DenaihatiNetwork


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!