Pakej Bantuan Rakyat dan Rangsangan Ekonomi untuk PKP 3.0 Malaysia

Spread the love

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) pada masa ini.

Muhyididn berkata nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion.

lockdown Malaysia

Mempertingkat kapasiti kesihatan awam

1. RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di hospital pengajar Universiti awam.

2. RM50 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan Covid-19 pelbagai agensi antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan.

3. Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.

4. Mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK.

5. Aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi membantu warga emas mendapatkan vaksin.

Baca Juga : Panduan umum SOP dan Senarai Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroprasi ketika PKP 3.0

bantuan rakyat PKP 3.0

Meneruskan agenda prihatin rakyat

1. RM2.1 bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga 5,000 , akan menerima kadar sebanyak RM300. Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit.

2. B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP diberi pilihan mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.

3. Peruntukan RM1 bilion melaui Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi di mana pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

4. Melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah Perkeso selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh kerajaan. Dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200 ribu majikan akan mendapat manfaat.

5. Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada Jun 2021.

6. Pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran.

Baca Juga : Cara menebus kredit Jaringan Prihatin sehingga RM300 dari syarikat telekomunikasi

Bantuan Prihatin Rakyat PKP 3.0

Menyokong kelangsungan perniagaan

1. Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500. Ini bermakna, hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima 1,000 ringgit pada pertengahan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

2. Pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion disediakan sepanjang tahun ini oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus.

3. BNM akan menambah fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion, Dengan itu, jumlah dana pinjaman untuk PKS dengan kadar pinjaman serendah 3.5 peratus yang masih tersedia adalah sebanyak RM7 bilion.

4. Peruntukan RM67 juta untuk bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing. Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

5. Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun.

6. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.

bantuan pemandu teksi PKP 3.0

7. Perlindungan berkaitan ketidakupayaan syarikat untuk melaksanakan obligasi kontrak akan dilanjutkan tempoh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2021.

8. Bantuan perkhidmatan pengantaraan atau mediation secara percuma melalui Pusat Mediasi Covid kepada semua individu atau perniagaan tanpa mengira latar belakang.

9. Pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 202.

10. Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus.

11. Pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel dilanjutkan sehingga 31 Disember.

12. Pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

13. Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Sila follow FB Amir Hassan untuk dapat lebih banyak informasi bermanafaat.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!