Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,112 kes sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 66,236 kes.
Setakat hari ini, negara sekali lagi merekodkan kes harian baharu paling tinggi iaitu sebanyak 2,234 kes positif.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara bertambah kepada 78,499. Manakala kes kebolehjangkitan Covid-129 pula adalah 11,867 kes.
Daripada jumlah tersebut kes baharu tersebut, terdapat lima kes import manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanysk 2,229 kes.
Hari ini, Selangor masih lagi mencatat kes positif Covdi-19 tertinggi iaitu dengan jumlah 1,428 kes dan diikuti dengan Sabah sebanyak 274 serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 136 kes.
Sehingga hari ini, terdapat 124 kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala sebanyak 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat tiga lagi kes kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 396 kes.
Kes positif mengikut negeri
Status Terkini #COVID19, 10 Dis 2020
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) December 10, 2020
Kes sembuh=1,112
Jumlah kes sembuh=66,236 kes
Kes baharu positif=2,234 kes (2,229 tempatan, 5 import)
Jumlah positif=78,499 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=396 kes
Kes dirawat di ICU=124 kes
Bantuan Alat Pernafasan=60 kes pic.twitter.com/fBDivHBmoC
Sumber: KKM
2 Comments
tak nampak lagi bila akan setel peningkatan kes ini. Sekata dah dibuka. Sekarang ni bergantung kepada kawalan kendiri masing-masing
Curahan rasa Laila @ ..YouTuber iSarb Clan Ditahan
Perjuangan kita masih panjang untuk melawan covid ini. Semua pihak kena berganding bahu. Sama-sama bertanggungjawab menjaga SOP.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Disember 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus
Comments are closed.