Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan semula ekonomi negara bukan bermakna Malaysia sudah pulih daripada perang melawan COVID-19.
Malah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula, adalah tanggapan yang salah.
Tambahan pula, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan COVID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara.
Berikut adalah empat kluster baharu COVID-19 yang direkodkan sejak tujuh hari lalu.

1.Kluster Pedas (8 Mei)
Penemuan kluster Pedas diumumkan pada 8 Mei melibatkan melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham berkata, ia selepas 60 kes positif COVID-19 direkodkan di kawasan tersebut.
Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal,18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.
2.Kluster pusat beli belah Cheras (7 Mei)
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengenal pasti kluster melibatkan anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras.
Sehingga Khamis, terdapat 10 kes positif COVID-19 dalam kluster itu, melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga Malaysia.
3.Kluster Taman BDC di Kuching (4 Mei)
KKM memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak.
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut.
Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.
4.Kluster Lanchang (2 Mei)
Penemuan kluster Lanchang diumumkan pada 2 Mei lalu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.
Dinasihatkan kepada orang ramai, kalau tiada keperluan untuk keluar, tidak perlulah keluar semata-mata tanpa tujuan. Duduk sahaja di rumah lebih baik.
Semoga Allah jaga kita semua daripada wabak COVID-19 ini.
Sumber: Awani
- Wanita Warga Tempatan Positif COVID-19 Pulih Sepenuhnya
- Datuk Dr. Noor Hisham tersenarai antara tiga doktor terbaik dunia tangani krisis COVID-19
- Terima Kasih Kepada Rakyat Kerana Buat Kawalan Kendiri
- UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19
- Umat Islam Disaran Laksana Solat Hajat Esok Susulan Penularan COVID-19
2 Comments
agak bahaya jika tidk dikawal dengan bijaksana ..
semakin sukar bila merebak dan membunuh ramai mangsa
semoga saja cepat berakhir jangan berlama lama lagi.
agar semuanya cepat normal kembali
Comments are closed.