Costa Concordia Tragedi Titanic abad 21

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, orang kata sekarang ni zaman super modern kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan berbagai teknologi terkini. Contohnya pengalaman Test Drive Honda Insight baru-baru ni dalam kereta dilengkapi dengan GPS membantu tunjuk jalan dan button eco-system yang membantu pemanduan yang paling optimum. Sudah pasti Kapal Persiaran Italy Costa Concordia juga ditengkapi dengan berbagai teknologi yang dapat membantu pelayaran bersama beribu penumpang dengan selamat.

Costa Concordia yang membawa 4229 penumpang tenggelam dipersisiran pantai, pelabuhan Tuscon, Giglio kerana terlanggar benting pasir. Kemalangan ini mengakibatkan 63 orang tercedera dan 5 orang terbunuh. Bayangkan lah seandainya tragedi Costa Concordia melanggar bongkah ais seperti Titanic ditengah lautan pasti entah berapa ribu akan terbunuh. Bezanya Titanic tidak dilengkapi teknologi seperti sekarang yang dilengkapi dengan bantuan satellite.

Dunia juga sedang menunggu Kapal Angkasa Russia seberat 14.9 tan yang akan jatuh ke bumi bila-bila masa akibat kegagalan dalam misi menuju ke planet Mars. Pakar Angkasa menjangkakan Kapal Angkasa akan terbakar diruang udara sebelum sampai ke bumi tetapi pekara sebaliknya juga boleh berlaku dimana serpihan Kapal Angkasa boleh menimpa bumi dan semuga tidak menimpa kawasan kediaman manusia.

Begitulah hebatnya manusia mencipta tetapi ciptaan ALLAH SWT maha hebat diluar pemikiran manusia. Bumi, bulan, matahari dan seluruh cakerawala terus berada ditempatnya beratus ribu tahun tidak pernah tersasar walaupun seinci dari orbitnya. Bagaiman hebatnya teknologi ciptaan Manusia tidak boleh melawan kehebatan kuasa ALLAH SWT. Kita antara golongan manusia akhir zaman akan terus membuat kesilapan walaupun berbagai teknologi dicipta dan manusia tidak pernah akan sedar akan kesilapan diri sendiri dan semakin jauh dengan ALLAH SWT.


Spread the love

123 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!