Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah pandangan ikhlas blogger Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com yang telah mengeluarkan buku khas tentang SEO dalam bahasa Melayu. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“.
Tahniah kepada Titan kerana menganjurkan contest SEO yang mendapat sambutan ramai dari segi peserta dan sponsor. Memang susah nak anjur contest yang ada ramai sponsor ni sebab biasanya sponsor akan menilai dulu samada contest ni boleh pergi ke tak. Kadang-kadang contest nak habis barulah sponsor nak datang dan pada masa tu agak rugi sebenarnya sebab waktu promosi untuk sponsor yang terlambat tadi dah tak banyak.
Contest cabaran SEO ni pada pendapat saya senang je cara nak menang dia. Di sini saya sertakan langkah-langkah biasa yang orang buat.
Social Votes
Naikkan bilangan social votes (Facebook Like, RT dan +1) untuk entri tersebut. Yang memberikan impak besar untuk step ini bukanlah bilangan social votes yang kita dapat tapi bilangan trafik yang masuk. Maklumat trafik dikira mengikut IP yang lalu-lalang, jadi lagi banyak IP, lagi valid data.
Rich Snippet
Gunakan Rich Snippet. Trend sekarang yang saya lihat, entri yang takde kaitan dengan review pun ramai orang bantai letak rating bintang tu. adoi.. Google benarkan benda bintang rating tu supaya orang boleh rate artikel berbentuk review. Rosak.. rosak. Nasib baik saya bukan pekerja di Google Malaysia.
Apa-apa pun saya lihat entri yang ada rich snippet ni ada sedikit advantage. Ada orang akan spam rating tadi sampai berpuluh ribu vote lima (atau sepuluh) bintang. Bila peserta contest lain Google term lelaki kacak untuk check kedudukan, of course la benda rarting tadi keluar. Kebarangkalian untuk entri tadi diklik oleh peserta lain (dan orang yang tahu pasal contest ni) adalah tinggi sebab ada rating tinggi tak munasabah tu.
Lagi satu kalau letak rich snippet gambar author yang kacak pun boleh menjadi. Tapi saya tak cakap akan jadi, cuma ‘boleh’. Ada kemungkinan tak boleh jugak.
Backlink
Backlink kena ada. Sebab contest SEO ni gunakan term yang tak popular, backlink daripada tempat lain memainkan peranan besar. Saya tahu term ni tak popular sebab lebih daripada 6 bulan saya dah ranking page pertama untuk keyword ‘lelaki kacak’ tapi trafik yang masuk takdelah hebat mana pun. Yang masuk biasanya adalah golongan gay #truestory
Nak main backlink ni mudah je. Raasanya semua orang ada skill tersendiri dan ada lubuk backlink tersendiri. Tempat biasa adalah forum, link exchange sites dan aset (website/blog) mereka yang lain. Sama juga macam faktor social votes tadi, yang penting adalah traffic yang masuk daripada tempat diletakkan backlink. Of course, anchor text tu perlulah ada perkataan ‘lelaki’ atau ‘kacak’ ataupun kedua-duanya.
Organic Traffic
Organic traffic ni adalah trafik dari search engine. Macam biasa, hipotesis mudah – semakin banyak organic traffic untuk term tersebut, semakin tinggilah ranking untuk term itu.
Dan disebabkan search term lelaki kacak ni takdelah tinggi sangat volume orang yang cari, jadi kebanyakan organic traffic yang akan masuk adalah daripada peserta lain ataupun pembaca blog peserta yang masuk dalam contest ni. Itu pun kalau pembaca tu berminatlah.
***
Blogger yang biasa dengan SEO ni biasanya akan ada resource sendiri untuk mendapatkan backlink dan artificial trafik mereka. Contest SEO macam ni pun biasanya bukanlah contest SEO yang sebenar kerana semuanya adalah artificial – maksudnya semua faktor boleh dikawal oleh peserta.
Pemenang biasanya adalah mereka yang mempunyai resource paling besar, bukan dari segi entri yang paling menarik untuk pengguna search engine masuk, baca dan appreciate.
Pada saya contest SEO yang betul-betul mencabar sekurang-kurangnya mesti berlawan untuk ranking SEO untuk keyword yang super popular masa tu. Contohnya kalau bulan ramadhan, mungkin keyword ‘buffet ramadhan’ ‘waktu berbuka puasa’ dan sebagainya.
Apa-apa pun, selamat berjaya kepada blogger yang bertanding. Masa ni lah anda belajar macam mana nak cari resource sendiri, lubuk backlink dan pelbagai cara lain untuk menaikkan social count anda.
226 Comments
cuba memahami lagi apa yg diutarakan 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Fatwa Tentang April Fool
Cepat Fahamkan. Hehe
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
pening ler tiew..hahaha sama2.
Curahan rasa sukacuka @ ..Email Dari Liyana Jasmay part 2
Assalam, waaaaa… makin bingung aku dibuatnya…
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Status Lagu Bawaku Pergi Diketahui Seminggu Lagi
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
boleh.. tapi bila ada orang dah orang beli lelakikacak.com tuh…..morale down dibuatnya…
Curahan rasa zik @ ..Aku LELAKI KACAK wei!
Bila beli domain tu, memang keluar google search top 10 lah
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
may the best men win! 🙂
memang susah untuk mendapatkan first page.. rich snippet tak jadilah nak buat… huhu…
Curahan rasa zik @ ..Aku LELAKI KACAK wei!
banyak tips yang berguna dalam entri ni. kalau entri ni join contest ni mesti boleh dapat 1st page 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..REMAJA & CINTA: KENAPA HUKUM COUPLE ITU HARAM? (DALIL AL-QURAN & HADIS)
kalau pandai SEO, kompom page 1st kan?
Curahan rasa KiD @ ..Jom Beli Jersi Panthera Team Malaysia
Ilmu kena cukup untuk main SEO ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
betul tu… kalau tak habis kebelakanglah kita weiii… macam akulah nie, tak tau apa bendanya natang SEO tu… belajar punya belajar pun sikit2 jer boleh faham…. tapi kalau usaha insyaAllah boleh punya.. hehehe
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Status Lagu Bawaku Pergi Diketahui Seminggu Lagi
snippet rich tu camne?
Curahan rasa sjiehan @ ..Warkah Untuk Lelaki Kacak
haaaa.. saya pun baru nak suarakan perkara yang sama…
Curahan rasa KiD @ ..Jom Beli Jersi Panthera Team Malaysia
boleh refer entri pasal rich snipper yang saya tulis dulu dalam blog ni
https://denaihati.com/rich-snippet-standard-baru-seo
Curahan rasa ariff @ ..Tips Nampak Muda Dalam Gambar
waaa… thanx Ariff… huhuhu
Curahan rasa Budak Lanun @ ..Status Lagu Bawaku Pergi Diketahui Seminggu Lagi
terima kasih bro ariff kacak.. =)
Curahan rasa KiD @ ..11 Penerbangan Paling Lama di Dunia
keyword baru ke apa ni..hehehe
Curahan rasa sukacuka @ ..Ada Apa Dengan Google Play
Aku pun tak tahu walaupun dah baca banyak kali
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
tapi nak main SEO Lelaki kacak mmg susah…. dok page no3 tuh!
Curahan rasa sjiehan @ ..Warkah Untuk Lelaki Kacak
gayyyyy!!! pergh… geli ahhh
Curahan rasa sjiehan @ ..Warkah Untuk Lelaki Kacak
nak buat tajuk tu ke bro? hehhe
Curahan rasa KiD @ ..Jom Beli Jersi Panthera Team Malaysia
Gay, tahuk hangat confirm ada orang search nya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
memang satu komen yang bagus dan disertai dengan tips dari ariff shah
Curahan rasa KiD @ ..Jom Beli Jersi Panthera Team Malaysia
mcmna la nk seo..
sy pagerank pun takde..
Curahan rasa Din @ ..The Red Warriors Berpesta Gol [5-1]
Haha, try google – google info
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Thank you for sharing the info walaupun saya tak begitu memahaminya secara total.
aku asyik terbayang yang AE bagi komen ini sambil tersengih sebab tgk gambar dia macam tu..hahaha
Curahan rasa sukacuka @ ..10,000 UV Untuk Bulan April
belajar seo terus biar nanti menang lomba seo. hehehe… thanks artikelnya mas 🙂
Curahan rasa widhi online @ ..Menanggulangi Virus Pengubah DNS
Comments are closed.