Cinta pertama itu sukar dilupakan? Dan ini 13 sebab mengapa sukar bertemu jodoh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila bercakap mengenai cinta pertama ini, hampir kesemua orang dah mengalaminya. Cuma yang membezakan cerita setiap orang itu adalah pengakhiran cerita seseorang itu. Sama ada bersama dengan cinta pertamanya atau sudah berakhir dengan perpisahan.

Tapi cinta pertama ini mengajar setiap orang itu belajar untuk mencintai seseorang yang asing dalam hidupnya. Dan ia juga mengajar bertapa sakitnya kekecewaan kerana cinta. Jadi pasti ramai yang masih mengingati cinta pertama mereka kan?

Tapi mengapa?

Lelaki dan perempuan adalah saling bergantung satu sama lain

Mungkin lima perkara ini menyebabkan ramai masih tidak mampu melupakan cinta pertama walaupun si dia sudah bahagia dengan yang lain.

1. Dia mengajar anda erti cinta.

Dia orang pertama yang datang dalam hidup selepas ahli keluarga dan rakan-rakan. Kehadirannya mengajar untuk menyerahkan hati kepada seseorang yang belum pasti.

2. Dia mengajar anda erti bahagia.

Bila kata pertama kali, bermakna bahagia yang dirasai juga sangat berlainan. Bahagia yang berlainan itulah yang menyebabkan sukar nak lupakannya.

3. Anda merasakan dirinya sempurna.

Merasakan dirinya cukup sempurna walaupun bagi orang lain masih banyak kurangnya. Kesempurnaannya yang dirasai tidak pernah dapat daripada sesiapa pun sebelum ini.

4. Kesilapan yang anda kesali.

Mungkin perpisahan yang berlaku itu kerana kitalah puncanya. Itulah yang menyebabkan terasa amat kesal dan sukar untuk melupakan cinta pertama anda.

5. Masih terbayang kenangan lalu.

Kenangan adalah perkara yang paling sukar untuk dilupakan. Dan setiap kali anda pergi ke suatu tempat, kenangan anda dan dirinya sangat mengusik jiwa dan hati anda.

13 sebab mengapa sukar bertemu jodoh

Perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Bagi yang masih solo dan nak cari pasangan, bolehlah juga jenguk Laman Cari Jodoh.

Lelaki atau pun perempuan, masih ada di kalangan keluarga ataupun rakan-rakan kita yang masih belum mendirikan rumahtangga. Pendek kata, bertemu jodoh.

1. Tidak fokus dan tiada kesungguhan.

Bagaimana mahu mendapat jodoh jika tidak bersungguh-sungguh? Mulut saja kata mahu jodoh, tetapi banyak alasan. Maksudnya, di sini fokus itu ada di tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.

2. Belum bersedia untuk bercinta.

Bagaimana hendak berjodoh, jika diri sendiri belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki serta berkasih sayang?

3. Kriteria yang sangat ketat.

Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti kaya raya, selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.

4. Keladak hati.

Apabila hati kotor dan masih banyak kebencian dalam hati, maka rezeki jodoh juga akan turut menjauh.

5. Banyak meminta dari memberi.

Jika kita asyik meminta bantuan dari orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.

6. Ada sifat-sifat negatif dan prejudis yang ketara.

Mempunyai sifat negatif menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita.

7. Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.

Seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. Semoga dengan doa yang ikhlas itu, Allah SWT mempermudahkan diri anda untuk mendapat jodoh yang serasi.

8. Tiada istiqamah dalam menjalinkan hubungan.

Jika sebelum kahwin pun kita sudah tunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga hati dan perasaan pasangan, maka apakah yang akan terjadi selepas berkahwin kelak.

9. Terlampau selesa membujang.

Menjadi trend bagi sesetengah orang yang berasakan lebih selesa hidup seorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumah tangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah dengan niat kerana Allah SWT.

10. Tiada keseimbangan hidup.

Kadang-kadang, akibat terlampau ‘tenggelam’ atau sibuk dengan urusan kerja dan diri sendiri sehinggakan tiada masa untuk bersosial atau mencari jodoh.

11. Tidak ada daya penarik.

Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang mahmudah dan positif.

Jika kita benci pada orang lain, secara tidak langsung orang yang sayang pada kita juga akan menjauh. Perlu memperbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, dan sebagainya untuk membersihkan hati kita.

12. Doa belum termakbul.

Jangan henti berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t telah berfirman;

“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…”

Bila dah jodoh, tak ke mana…

13. Doa belum termakbul.

Jodoh yang sukar ditemukan mungkin juga disebabkan belum mendapat restu dari kedua orang tua.

Jika sudah, mungkin belum sepenuhnya. Ini kerana mungkin orang tua masih enggan melepaskan anaknya. Maka dari itu, mintalah izin orang tua terutama kepada ibunya.

Doa yang baik-baik… Inshaa ALLAH…


Spread the love

4 Comments

  1. Jika cinta pertama sulit ditemukan, bagaimana kita bisa mencari cinta sesungguhnya?
    Untuk ini menurut saya tergantung pada setiap prinsip orang-orang. Tetapi benar banyak yang bilang cinta pertama itu sulit ilupakan.
    Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!