Cara Isteri Datuk Seri Aliff Syukri melayan anak mendapat pujian

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini sebelum ini. Kali ini Abang nak berkongi kisah benar bagaimana Datin Nur Shahida melayan anak di hadapan tetamu yang diceritakan oleh Bapak Viral Kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammad.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Jujurnya selain dari dapat makan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan keluarganya malam tadi, kami juga dapat bersembang dan mengenali jatuh bangun mereka ini dalam dunia berniaga.

Sedang ralik berborak, Datin bangun dan bercakap dengan Juma, team mereka, setentang sahaja dengan saya. Tentang dunia bisnes barangkali. Kami pula masih mendengar kisah Datuk.

Tiba-tiba Baim datang kepada Datin dan menghulur kertas. Betul-betul di hadapan saya. Terus Datin berhenti bersembang dan beliau membiarkan Baim duduk di atasnya, meleset dan kemudian membantu Baim menyiapkan kerja sekolahnya.

Momen ini saya bawa sampai ke rumah, teringat-ingat. Bagusnya Datin yang sanggup menolak tepi semua urusan bisnes juta-juta demi anak. Tak semua orang boleh berbuat begini.

Saya pernah tengok di hadapan mata, ada pakcik yang marahkan budak bising, ada puan itu yang suruh pergi naik atas siap-siap tak boleh campur orang tua bersembang dan ada yang risau sangat anak-anak ini akan ganggu sampai ke tahap budak-budak ini tanya atau memanggil ayah atau emak, dihalaunya begitu sahaja.

Datin tidak, dilayannya anak-anak siap cium pipi bagai. Kemudian dah siap semua, Baim pun berlalu pergi dan Datin menyambung perbualannya.

Langsung tak ada seperti diganggu dan sebagainya.

Terus saya teringat kata seorang ustaz kepada kami semua selepas subuh beberapa minggu lalu, katanya,

Nak rezeki masuk, layan budak-budak, jaga hati orang tua dan berbanyak tahan sabar dengan orang yang kita sayang.

Kalau anak datang tanya ayah, saat ayah sedang bercakap dengan sesiapa, jangan marah dia. Dia budak tak tahu apa, peluk dia, cium dia dan layan dia sesaat dua.

Orang tua dan dewasa yang kita sedang sembang itu dah matang, otak dah boleh fikir dan harus wajib bersabar dengan anak-anak yang tak ada dosa.

Kita orang tua, layan anak-anak seperti kita juga tak ada dosa. Barulah mudah rezeki nak masuk. Ini kita tak habis marahkan budak, budak nak tanya, kita marah cakap dia tak hormat orang tua.”

Sungguhlahkan kawan-kawan,

Dia budak, dia tak tahu apa. Dia hanya nak tanya emak ayah dia. Jawab baik-baik, cakap dengan rasa hormat kepada anak, supaya anak faham yang menghormati itu dipelajari dari emak atau ayahnya sendiri.

Kita ini tahu menjaga hati kawan, hati orang itu orang ini, anak sendiri kita tak mahu jaga hatinya. Kita suruh dia ketepi, jangan ganggu itu, tak usah menyampuk ini. Sedangkan dia budak yang tak tahu apa, yang kita masih boleh peluk bila-bila masa dan boleh juga kita ajar dia erti berbahasa apabila kita juga berbudi elok menyambut soalan dan pertanyaan dia.

Haih, patutlah rezeki mereka ini sering berganda. Banyaknya hal yang mereka jaga. Hebat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.

Perkongsian Cikgu KHM yang terkenal dengan cara menulis content yang bagus ini mendapat lebih 10 ribu perkongsian dan beribu komen daripada netizen antaranya :

Fafa Abdullah : Sungguhlah cantik perbuatan dia.Kita ibu bapa memang nak sangat layan anak dalam apa jua hal. Tapi saya juga harap, mereka yang sedang berada bersama dan sekeliling memahami kehendak anak² ini dan ibubapa mereka. Sebab kadang² ibubapa terpaksa bertegas dan menolak demi menjaga air muka depan clients mereka. Macam mana nak buat kalau mcm ni ya Tuan?

Akhtar Syamir : Sangat-sangat setuju. Bila anak nakkan perhatian kita, jangan ditolaknya terus. Kalau terlalu sibuk pun, perlu terangkan kenapa dia perlu tunggu giliran dia. Tapi kalau budak yang tak faham lagi tu memang dia ada lesen untuk potong giliran la.

Munira Musa : Sedih bawa posting INSAF banyak org suka judge depa bebukan tapi saya suka Datin Shida dan Mak DS Saling memahami. APA yang baik kita ambil contoh yang buruk kita tolak tepi sebb kita manusia sentiasa lemah.

Onie Hashim : Betul tu Tuan. Saya sangat kagum dengan Datin.Walaupun dia kaya gila,tapi tak pernah sombong atau meninggi diri. Suka tengok cara dia layan anak2 dia.Memang terbaik.

Sarifah Nadiha : Allahuakbar. Satu contoh yang amat baik oleh dato dan datin. Kita semua boleh berubah, terima kasih tuan. Posting yang amat bagus dan beri kesedaran kepada ramai ibu bapa.

Zarini Jaafar : Saya follow mereka di IG setiap hari. Paling suka tengok mereka sekeluarga bersama bibik ke masjid solat subuh berjemaah. Bersama anak anak yang kemudian ke sekolah. Dato nampak je cam tu tapi dia bagus didik keluarga nya.

Anggun : Respect pada Dato Aliff jugak. Dia sangat menyantuni Bonda, isteri, kakak dan nenek beliau. Dan tak semua orang mampu buat apa yang beliau buat. Sebabtu rezeki beliau sekeluarga melimpah ruah. Paling suka bila Datin selalu bawa anak-anak berjemaah ke masjid waktu subuh.

Khadijah Shukri : Terkesan sangat dengan sharing ini. Tengok saja bagaimana akhlak Rasulullah kepada cucu baginda. Walaupn sibuk macam mana sekalipun menguruskan negara, baginda tetap melayan cucu-cucunya dgn baik. Peluk cium dan sebagainya. Bila menegur pun dengan cara yang paling berhikmah.

Nor Huda Nawam : Terima kasih atas posting ini tuan.. Iya betul.. adab dengan anak2 kecil ni tidak mengira usia.. sedangkan pangkat pakcik2 atuk2 boleh menampar anak2 yang katanya mengganggu.. sedih.. hingga report polis di buat.. beradab lah wahai umat manusia.. anak2 ini penguat kasih kita sebenarnya

banyak lagi komen yang kalian boleh baca di SINI.


Spread the love

One Comment

  1. Kasih Ibu Sepanjang Masa. Rasa sayang yang ibu berikan akan berpengaruh besar terhadap sikap anaknya, sungguh mulia hati istri datuk ini. Semoga keluarga ini selalu d berkahi oleh Allah Swt, aamiin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!