Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “10 entri blog Denaihati paling banyak trafik 2017“. Kali ini Abang nak berkongsi carian google paling trending di Malaysia untuk tahun 2017.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Daripada statistik Google Analytic, jumlah trafik blog Denaihati untuk tahun 2017 melebihi 1 juta dan pageviews melebihi 2 juta. Trafik blog Denaihati untuk tahun 2017 terhasil dari 40% referral iaitu perkongsian link oleh blog dan website lain, 31% trafik datang daripada carian organik melalui engin carian, 18.7% daripada sosial media dan 9.7% direct iaitu pembaca setia.
Kebanyakan trafik yang masuk menggunakan skill SEO dan sosial media. Setiap blogger mesti belajar ilmu SEO jika mahu bertahan lama dalam industri dan paling penting boleh menjana pendapatan online. Dengan ilmu SEO pembaca akan singgah ke blog kita dengan keyword yang mereka cari di enjin carian Google. Berikut 10 keyword yang paling banyak di cari di blog Denaihati pada tahun 2017. Sumber Google Analytic.
- You Can Duit
- Semak Status Perkahwinan Secara Online
- Semak Saman
- Blog Malaysia
- Ucapan Hari Raya
- Jadual EPL 2016
- Simpanan Tabung Haji
- Orang Terkaya di Sabah
- Daftar Youcanduit
- Dividen Tabung Haji
Sebagai Blogger kita juga kena tahu apa carian paling trending di Google untuk setiap tahun dan setiap bulan. Carian paling trending boleh diselitkan ke dalam entri mengikut tajuk yang sesuai dengan niche blog supaya boleh menarik seramai mungkin pembaca organik ke blog kita.
Berikut adalah senarai Carian Google Trending 2017 mengikut tajuk.
Carian Umum Paling Trending 2017
- BR1M
- Hero Seorang Cinderella
- SEA Games
- Titian Cinta
- SAPS NKRA
- Fast & Furious 8
- Suamiku Paling Sweet
- Despacito
- Big Boss Vote
- Myvi 2018
Carian Orang Paling Trending 2017
- Izara Aishah
- Gal Gadot
- Hannah Delisha
- Afifah Nasir
- Aiman Tino
- Faiz Subri
- Aliff Aziz
- Alicia Amin
- Fathia Latiff
- Mat Over
Carian Berita Paling Trending 2017
- JJPTR
- Petrol Price Malaysia
- Budget 2018
- MRT Malaysia
- Lembaga Getah Malaysia
- Hurricane IRMA
- Catalonia
- Tahfiz Terbakar
- Fattah Amin – Fazura
- Banjir di Pulau Pinang
Carian Peranti Paling Trending 2017
- iPhone 8 Plus
- iPhone X
- Oppo F5
- Huawei Nova 2i
- Huawei P10
- Oppo R9s
- Vivo V5
- Samsung Galaxy S8
- Huawei Mate 10
- Huawei P9
Google trending 2017 dapat membantu blogger dan usahawan digital menganalisa data untuk meningkatkan trafik blog dan jualan syarikat. Sayang sangat kerana masih ramai dikalangan rakan blogger dan usahawan online yang tidak mahir menggunakan data-data yang disediakan oleh Google. Kepada yang perlukan bantuan team Denaihati Network bersedia membantu untuk meningkatkan kualiti blog dan juga jualan syarikat.
Andai anda ingin belajar selok belok Google dan menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan dianjurkan oleh Akademi Denaihati pada tahun 2018. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Apa top 10 carian di blog anda? Kongsikanlah pada kami.
Abang Denaihati
Founder Denaihati Network
Facebook Denaihati (follower ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
73 Comments
Blog saya paling banyak carian tentang “senarai barang checklist ibu dan bayi sebelum bersalin di hospital”.
Tak sangka ramai cari, padahal entri dah lama ni.
Pasti banyak produk yang dijual atau tips barangan bayi dan ibu dalam blog puan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
tu la..kalu banyak keyword sebgitu masuk, memang kena jual produk bayo dan kanak-kanka lagi..baru leh target pembeli
keyword evergreen gak ni kan “senarai barang checklist ibu dan bayi sebelum bersalin di hospital”. memang sentiasa orang cari
ya..sejak kebelakangan ini saya memang monitor dari GA untuk prestasi blog..
semoga tahun 2018 membawa banyak kejayaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Duda Terlajak Laris Bukan Pilihan Hati
Dari Google Analytics, kita boleh tahu kekuatan artikel dalam blog sendiri, sekaligus kita kembangkan kemahiran menulis menurut artikel tersebut.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
Betul tu, dari GA, kita boleh tahu kekuatan artikel dalam blog sendiri. so mana yang lemah, kita perbaiki
Kadang-kadang rasa pening juga kalau nak menulis ikut data dari google ni, especially bila mood nak menulis tu agak down. Tapi sesekali akan cuba juga 🙂
Curahan rasa Xplorasi Destinasi @ ..Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb
Ibu kurang pandai taip ikut isu semasa, lebih suka taip ikut suka sendiri saja
Jarang ikut trend
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Homestay Melaka Di Tempat Menarik Tarikan Pelancong!
pernah juga guna kaedah ni untuk bantu pemasaran saya. memang berguna juga la
Curahan rasa Raihanah @ ..Ubat Statin dan Kesan Sampingan
Lepas ni boleh lah merujuk carian trending selalu ..terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini tuan..
Curahan rasa Elih Japahar @ ..How To Own A House In Malaysia?
saban tahun semak saman antara yang trending dalam carian…saman di malaysia cukup sinonim dgn jalan raya hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Hukum Suami Mengaku Bujang, Jatuhkah Talak ?
hehe mungkin banyak rakyat Malaysia yang kena samn. Atau mencari cara nak kurangkan samn jalan raya..mungkin
Dulu masa aktif bermain SEO, rajin juga buka google trends.. cari info menarik dan terkini untuk dapatkan trafik percuma dari google..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
Sekarang ni bila agak sibuk.. dah tak ada masa nak buka google trend..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net
kena cari masa terluang nak tengo kgoogle trend tu bro. Sebulan sekali pun jadilah kan ehehe
Kena rajinkan diri baliklah nampaknya tu. Masih relevankah Google trend pada tahun 2019?
Bagusnye tools google analytic nie dapat tau lebih details lah. Boleh cuba lepas nie 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..Bagaimana Polifenol Berkesan Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat
Blogger wajib guna Google Analytic utk jadikan blog lebih mantap dan hasil lebih lumayan
Curahan rasa denaihati @ ..Tips pembangunan diri dalam Facebook cara Dr Azizul Azli
Setuju tu, Blogger wajib guna Google Analytic utk jadikan blog lebih mantap dan hasil yang lebih menarik
idea yang bagus nie. belum pernah lagi cuba Google Analytic. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Tawaran Istimewa Pembelian OmegaGuard Dan Chewable Vitalea Sempena Promosi Shaklee Januari 2018
tools ini sangat berguna pada mana-mana blogger bagi mengoptimumkan penulisan mereka ke seantero dunia.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Pemberian Bonus Penjawat Awam dan Pesara 2018
yup, dr Google Analytic, pebagai data kita boleh tahu, terutama apakah keyword yang sesuai dengan blog kita. .
Nak jadi trending juga tetapi tak mau glamor … heheheh
Nampaknya Izara Aishah dah jadi nama besar untuk tahun 2017
kena jadi artis dulu baru dapat glamour dengan cepat dan pantas. hehe
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Cara Cepat Dapat Sitelink Dari Google
siapa nak tips2 kesihatan yang bagus cepat lawati blog kami https://www.ketamkecil.com/cara-kawal-diabetis-untuk-kurangkan-risiko-luka-di-kaki/
wah siap promot link blog dia tu. Nampak tajuk tu, memang keyword yang sentiasa dicari pesakit diabetis kan
selalu bukan google trends. banyak yg menarik, kat situ boleh cari idea utk update blog.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem The Mountain Between Us
Bagus, saya jarang buka GoogleTrends, idea lebih banyak tumpu dari Facebook.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Carian trending memang selalu kena rujuk
Boleh semak hari hari untuk tahu isu semasa kan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat kencing manis paling berkesan untuk kawal gula darah?
Blog saya banyak carian soalan peperiksaan yang berkaitan dengan kerja kerajaan, tips tips temuduga dan bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
keyword kerja dengan kerajaan atau exam SPA tu pun ramai yang cari kan. Nak nak bila tiba musim temuduga
Setuju sangat tu mama hakim, sebenarnya carian ternding ni janjikan trafik yang kurang saingan kalau kita cepat. Sebab isu baru keluar kan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!
Comments are closed.