Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “twitter Santapan Minda capai 1 juta follower“. Kali ini Abang nak kongsi cara untuk semak ranking sosial media Malaysia.
Baru-baru ini Abang buat status di Facebook bertajuk “Jadi top 10 Malaysia”.
FB page Denaihati Network baru naik ke ranking 122 page paling popular di Malaysia potong page Nescafe Malaysia dan MizzNina. Kini bersaing dgn page Prof Dr Muhaya.
Kalau nak cepat jadi top 10 kena beli page lain yg jumlah like nya 2.7 juta baru boleh masuk ranking. Persoalannya siapa pulak nak jual page yg like sebanyak tu dan kalau ada yg nak jual pasti harganya juta-juta.
Jadi kita buat langkah demi langkah seperti bisnis juga kena buat dari bawah sebelum terbang di langit biru. Bukan semua usahawan ada peluang seperti Dato Aliff yg mewarisi network besar bisnis keluarga yg telah dibina bertahun-tahun.
Abang sangat percaya dengan teori fizik, lagi cepat kita naik nanti cepat jugalah kita mengelonsor turun.
Apa perlunya nak jadi top 10 Malaysia? Bila dah tercapai nanti Abang cerita sebabnya, perkongsian free tak perlu bayar yuran.
Rupanya ramai yang tak tahu bagaimana nak semak ranking sosial media, sebabnya ada yang komen tanya bagaimana nak semak ranking Facebook page.
Sebenarnya kita bukan sahaja boleh semak ranking untuk Facebook page, juga boleh semak ranking sosial media yang lain iaitu Twitter dan Youtube. Pasti kawan-kawan perasaan dalan entri “Twitter Santapan Minda capai 1 Juta follower”, Abang ada sebut ketika itu ranking twitter santapan minda berada pada kedudukan 35. Sekarang sudah meningkat ke ranking 32 mengalahkan twitter pelakon Nurul Elfira Loy.
Ada banyak website yang boleh kita gunakan untuk menyemak ranking sosial media untuk setiap negara. Abang gunakan website SOCIAL BAKERS. Untuk memudahkan menyemak semua ranking bagus kalau kita login menggunakan akaun FB atau Twitter kemudian klik bahagian statistik dan pilih sosial media mana yang kita nak semak. Berbagai informasi sosial media dunia yang kita boleh semak dengan menggunakan website ini contohnya FB page artis paling popular, FB page sukan yang paling popular, FB page brands yang paling popular.
Kita juga boleh semak statistik mengikut negara untuk katogeri yang dipilih. Paling menarik kita juga boleh semak setiap hari lima FB page yang paling banyak mendapat like. Begitu juga untuk sosial media yang lain. Semua khidmat ini boleh diperolehi secara percuma.
Kalau subsrcibe jadi ahli boleh dapat macam khidmat yang boleh digunakan untuk menilai statsitk sosial media untuk penjenamaan. Selain itu kita juga boleh menyemak statistik berbagai sosial media selain FB page, Twitter dan Youtube. Yuran keahlian USD20 sebulan untuk satu profile.
Berikut senarai top 10 Facebook page dan Twitter Malaysia ketika entri ini di tulis.
- Tintu-Mon :16 739 096
- Upin & Ipin :12 648 304
- Air Asia :10 445 783
- Penmerah [dot] com : 6 686 362
- Siakap Keli :4 757 950
- Berita Harian Online :4 612 061
- Harian Metro : 4 355 430
- My Ntworks : 4 081 444
- Roti Kaya : 3 922 970
- Jordan Yeoh :3 907 277
- Lisa Surihani (@LisaSurihani) – 3 752 158
- Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) – 3 616 541
- AirAsia (@AirAsia) – 3 007 048
- Zizan Razak (@Zizanrajalawak) – 2 517 326
- Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) – 2 307 462
- Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_sam) – 2 211 707
- Yuna Zarai (@Yunamusic) – 2 158 018
- Khairy Jamaluddin (@Khairykj) – 2 120 349
- Aaron Aziz Official (@AaronDwiAziz) – 2 067 789
- Awal Ashaari (@Awalashaari) – 1 945 173
Top 10 Youtube Malaysia(views)
- Les’ Copaque Production – 1 100 700 078
- Astro Gempak – 755 309 085
- Kini TV – 423 790 950
- Namewee – 339 249 624
- Laowu – 247 903 938
- MeleTOP – 178 150 976
- HambaFaqir Channel – 168 538 326
- Astro Ceria – 154 283 775
- Ling BigYong – 151 464 746
- Astro Awani – 149 649 760
Misi kami tetap sama iaitu untuk menjadikan facebook page Denaihati, twitter Santapan Minda dan youtube Denaihati TV ranking top 10 Malaysia.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Walaupun mengikut statistik terkini ramai generasi Y bawah umur 25 tahun sudah meninggalkan Facebook tetap FB page masih menjadi platform yang sangat berharga untuk meningkat jenama perniagaan dan menghasilkan jualan sehingga berjuta. Nak belajar? Sila klik artikel ini “Teknik superstar berniaga berniaga di Fanpage“. Kalau orang lain boleh kenapa kita tidak?
Amir Denaihati
Founder Denaihati
58 Comments
Nak jadi yang terbaik di antara yang terbaik mmg x mudah. Tp klau ada usaha dan kena caranya benda tu xmustahil untuk dicpai.
Curahan rasa Ira @ ..Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis Shaklee
tak pernah termimpi lagi nak dapat like sebanyak tu..kalau dapat page like banyak tu masyuk
Curahan rasa reezluv @ ..Kembali Aktif Memanah?
Upin dan Ipin memang menjadi kegemaran anak bongsu..
Hari hari mesti nak tengok..
Curahan rasa mrhanafi @ ..3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog
budak2 banyak tengok you tube sekarang ni tu yang mendadak naik upin ipin tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima
Betul tu, kalau cepat naik, cepat lah turunnya tu, kalau tidak dibina asas yang kukuh memang sukar untuk mengapai langit biru.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
kebanyakkannya artis. patut la diorang ni makin rancak buat bisnes. ramai followers rupanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima
Ramai follower senang nak convert mereka jadi raving fan yang membeli apa sahaja yang dijual oleh selebriti tersebut..
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
fuh memang hebat page2 ini, LIKE sampai berjuta. Yelah setiap usaha pasti membuahkan kejayaan.
Semua tu perlu kan ilmu dan strategi yang bentul. Yang jelasnya semuanya tidak berlaku dalam satu malam.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Good post. I will share this to my social media account. Thanks for sharing the impressive post. – plunger pump, plunger pumps
http://www.dencilpumps.com/products/pumps/plunger-pumps.html
Biarlah generasi Y tinggalkan Facebook, mereka mungkin bukan sasaran bisnes buat masa sekarang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Gaji RM10 Ribu Sebulan Dengan Bisnes
Macam merajuk jer bunyinya tu…
Takper… In Shaa Allah ada rezeki dalam komuniti yang lain pula..
Curahan rasa Anuar @ ..Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!
Gen Y bukan sasaran bisnes kerana kuasa membeli mereka amat rendah, tambah lagi mereka belum ada pendapatan macam Gen X dan ke bawah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pengalaman Pemandu Uber Cyberjaya
Selalu juga lihat ramai kawan yang like page AirAsia. Tak pasti pula samada terdapat apa-apa peraduan dan sebagainya. Betul juga kata tuan, cepat naik cepat juga la turun. Namun setiap perjalanan tu ada perhentian untuk dijadikan muhasabah.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer
Page Air Asia memang senang nak dapat like… sentiasa ada daya tarikan yang tersendiri..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Air Asia selalu buat promosi jualan tiket murah… siapa yang duduk jauh2 dan sentiasa naik kapal terbang, memang tertunggu2 peluang dapat beli tiket murah..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
pandai marketing air asia, banyakkan promosi di media sosial. sebab tu kot bisnes makin maju
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dendam Aurora di Astro Prima
pergh berjuta juta..ni kalau mintak derma 10 sen satu fan pun dah Alhamdulillah huhu..tapi tu kerja tak elok baik meniaga hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Langkawi Island Hopping Pengalaman Jelajah Destinasi Lagenda dan Sejarah Langkawi
Betul jugak kan?..
Tak payah banyak.. minta sumbangan klik untuk kempen pay per klik.. satu klik 1 sen pun dah boleh dapat puluhan ribu…
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Waduh… waduh… waduh…
Memang lumayan tu.. tak hairanlah owner page yang ada juta2 follower ni boleh full time bergantung kpd sumber pendapatan secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Hebatnya Fanpage Tintu-Mon ni… Tak pernah tengok pun Fanpage tu… Ni baru First time dapat tahu tentang kewujudan Fanpage ni… Tahu-tahu dah hebat macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Dah lama page Tintu-mon ni, dulu ranking bawah-bawah je tapi sejak setahun ni yg meletop2 sharingnya.
Curahan rasa denaihati @ ..Top 10 lokasi percutian paling viral di Facebook Denaihati
Saya pernah tengok Fanpage tersebut.. Tapi lupa pulak nak sumbang like.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri
oh… ada cara mudah rupanya… ingat kira sendiri . Semoga satu hari nanti team denaihati pula berada di puncak
Curahan rasa Salatul Zarida Ishak @ ..Adab dan sunnah Nabi s.a.w
Saya pun baru first time tahu tentang cara ni… Terima kasih Tuan Haji Amir kerana sudi berkongsi info…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Pernah juga tahu pasal social bakers ni. Cuma tak didalami selanjutnya. Tools yang bagus untuk grow media sosial!
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Taniah tuan teruskan berusaha , Insha Allh pasti akan berjaya menjadi salah satu top ten
Curahan rasa onlajer @ ..Asas penjimatan penghawa dingin yang patut anda tahu
Ya… Betul tu!! tak mustahil satu hari nanti Fanpage Denaihati boleh masuk dalam senarai Top 10 Fanpage di Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Blogger mempunyai kelebihan lain iaitu SEO… Boleh dapat trafik organik daripada seluruh rakyat Malaysia….
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Saya pernah tengok Fanpage tersebut.. Tapi lupa pulak nak sumbang like.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri
Media sosial yg paling digemari.. biasanya.. Youtube..
Budak budak tengok kartun
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri
YouTube Upin & Ipin memang terbaik… Semua orang suka menontonnya tak kira tua atau muda…
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Senang nak dapatkan berjuta-juta view sebab orang akan menontonnya berlulang kali….
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Terutamanya yang ada anak-anak kecil… Nak pujuk anak-anak kecil daripada menangis, paling senang suruh tengok video Upin & Ipin di Youtube..
Curahan rasa Anuar @ ..Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
Saya rakam lagu Didi and Friends, Omar dan Hana untuk anak anak tonton sambil belajar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Sebulan
Anak saya pun suka juga Didi dan rakan dan yang terbaru omar dan hana.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Buat Facebook Live Yang Awesome!
Comments are closed.