Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips pembangunan diri dalam Facebook oleh Khairul Hakimin“. Kali ini Abang nak berkongi tips kongsi kisah peribadi yang betul di Facebook oleh Bapak Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimi tuan punya blog Khairulhakimin.com.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah FB page baru Denaihati Network dah ada lebih 350K follower. Berbagai cara pengguna FB menggunakan akaun mereka. Ada yang berkongsi kisah kehidupan mereka dan ada yang mempromosi produk bisnis. Ramai yang membuang masa berjam-jam sehari menghabiskan masa dan duit melayan FB manakala ada yang menjadikan FB sebagai tempat menjana duit yang sangat banyak. Soalnya bagaimana nak kongsi kisah peribadi yang betul di Facebook. Jom kita baca tips dari sifu FB Khairul Hakimin.
Posting Kehidupan yang tak perlu ada elemen peribadi :
1. Jika nak cerita hal masak apa, tulis resipi. Orang bukan tahu kita sedang masak kepada yang tersayang. Ambil gambar makanan, step by step. Itu akan beri impak positif kepada audien. Ada banyak cara, bento kepada anak, bekal kepada suami, boleh jadi ada resipi setiap hari. Walau bisnes kosmetik, tulis resipi adalah termasuk dalam posting kehidupan, ia ok.
2. Jika keluar dari rumah mahu makan di kedai bersama keluarga. Tak perlu selfie sekeluarga. Cukup buat ulasan kedai tersebut, makan apa, tulis apa yang dihidang, apa yang bersih, parking bagaimana dan lokasinya. Itu impak positif kepada audien. Pergi travel, kongsi itinerari, story budaya, letak gambar menarik dan sebagainya, semua itu impak positif.
3. Di rumah, anak selalu ada masalah belajar. Namun kita tahu tips dan teknik nak beri dia fokus. Tulislah posting itu tanpa perlu sebut pun nama anak, tanpa perlu letak pun gambar anak. Itu adalah impak positif kepada audien.
4. Tips sidai baju, lipat baju, susun baju, organize baju.
5. Organize dapur, guna elemen tupperware dan sebagainya.
6. Kalau pandai deko, cerita bagaimana konsep dan sebagainya. Semua boleh.
7. Tips mengaji, belajar, senangnya didik anak begitu begini semua boleh sahaja kongsi.
8. Suka bersukan, beri tips sukan, pemakanan dan sebagainya, semua itu beri impak positif. Suka memancing, suka shopping, suka kereta, suka travel, suka berkebun, semua itu beri impak positif kepada audien sekiranya semua kesukaan itu ditukar tulisannya kepada CONTENT.
Janji ada impak positif kepada audien. Ingat, elemen peribadi bermaksud perkara-perkara yang sangat rapat dengan kehidupan kalian seperti kisah dalam bilik tidur, gambar anak-anak, gambar isteri / suami.
Ada banyak elemen dalam rumah yang boleh ditulis tanpa perlu ada elemen peribadi, ia mesti beri sesuatu kepada yang membaca. Apabila dia sudah baca, dia rasa terisi dengan ilmu, rasa boleh buat terus dan ada perasaan untuk cuba. Itulah impak positif kepada audien.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Tenang-tenang tulis.
Untuk membeli buku tulisan sifu KHM sila klik BUKU TULISAN SIFU KHM dan Buku Cara Membina Content.
47 Comments
Apa rahsia DH buat smpai akaun baru ada begitu banyak likes? Sy nak bina fb utk website baru ni
Yang share resepi mmg banyak di fb. Bagus.. tapi smpai sekarang sy tak pernah ikut. Hehe
Fb ni sebenarnya banyak kelebihan. Tapi pengguna ni sering salah guna fungsi yg diberikan. Ada yg sanggup sebar fitnah
Gaya bercerita bersahaja dan ada ilmu yang menarik perhatian raia reader. Tak hairanlah KH diangkat sebagai bapa viral kebangsaan.
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Betul. Cara santai saja diajar cuma lebihnya kena tulis ayat penuh bukan singkatan saya jadi sy, aku jadi aq.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Hahha. Masih ramai yg guna short form pelik pelik di facebook. Mcm tak reti mengeja pulak
Terima kasih di atas perkongsian info.. dekat facebook saya tulis macam-macam perkongsian.. tak fokus dalam bidang tertentu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
perkongsian benda positif mmg bagus. lagi2 ttg cara buat duit dan benda yg bermanfaat utk kehidupan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai SEO Company di Malaysia
sekarang ni pantang gaduh sikit, mesti nak luahkan perasaan di wall. nampak sangat tak matang kat situ. hehe
Facebook nih kadang boleh mengundang mende baik.. tak kurang jugak mende yang buruknya, jadinya sebelum kita nak post apa apa tuh, baik lah kita kaji dulu baik & buruknya
sebenarnya trpulang kepada cara penggunaan. ada yang kongsi ilmu dan ada juga share benda tak elok
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Terima kasih atas perkongsian ini. Tips yang bagus yang boleh digunakan dalam posting akan datang.
banyak je perkara lain yang boleh kita kongsi di FB. cuma jangan jaja cerita peribadi untuk menagih likes yang tinggi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Setuju tuh, kisah peribadi kita tak yah lah nak di sharekan sgt dlm alam sosial nih… buat org mengata jer nanti
kan kan.. tak faham kenapa ada orang suka sgt nak cerita hal hal sulit diorg.. seb baik tak leh gmbr sulit gak hahaha
hehe menagih like atau #bataklike ni memang ramai yang jadi ketagih. Sampaikan ada yang sanggup membuka pekung di dada..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Kan? Buka aib orang dn jaja kisah peribadi mmg banyak di fb. Entah apa yg mereka fikir kan
haha.. ada lagi ke yang jenis minta like aka batak like ni? Dah nak masuk tahun 2019 ni..
nik: Kalau cerita ttg usaha peribadi kita utk capai kejayaan lain la kan. boleh bg inspirasi gak citer camtu
Bagus tip ni boleh la elak dari tak update Apa-apa kan. Boleh la share aktiviti harian
tu la.. asalkan memberi manfaat atas perkongsian kita pun dah cukup ok kan. asalkan update hehe
Kisah peribadi yang beremosi itu boleh jadi inspirasi, akhir sekali boleh tunjukkan link affiliate produk yang berkaitan dengan kisah tersebut.
haha yang ayat last tu yang best tu, akhir sekali boleh tunjukkan link affiliate produk yang berkaitan dengan kisah tersebut.
Terima kasih untuk perkongsian ini. Akan cuba praktik kn untuk engagement nanti
Terima kasih juga.. memang nak kena prektikkan secara konsisten. ke nak start 1.1.2019 nanti ni ek hmm
Terima kasih penkongsian ni lepas kena perbaiki untuk cara share kat facebook dan semua media social
Setiap orang ada kerja. Kalau tip atau panduan kerja yang dibuat dikongsikan dengan orang lain…itu sudah memberi impak yang tinggi. Tinggalkan hal peribadi menjadi hal peribadi di rumah. Tidak perlu kongsi dengan orang.
Curahan rasa McYanni @ ..Ramai Tidak Berjaya Kerja Kerajaan Sebab Kantoi Bila Jawab Soalan Mudah Temuduga
Terbaik McYanni, hal peribadi yang P&C tak sepatutnya didedah utk bacaan ramai.. simpan lelok dah le
ye la.. semua org ada kerja lain. Tak de masa nak layan cerita peribadi atau dlm selimut orang lain kan
Banyak perkara dalam kehidupan ini yang boleh ditulis. Hal-hal peribadi tu, biarlah peribadi kecuali jika hal peribadi boleh menginsafkan peribadi yang lain.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rupanya Beli Buku Tapi Tidak Baca Ada Manfaatnya Juga
betul tu tuan.. hal hal peribadi yang tak patut didedahkan, biarlah disimpan lelok kan.
Comments are closed.