Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semakin meriah dunia blog Malaysia dan semakin ramai blogger baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ramai blogger yang dulunya biasa tapi sekarang dah jadi Top Blogger Malaysia. Ada rakan blogger yang dah jadi lebih popular dari artis dan lebih popular dari ahli politik. Ada blogger yang dah jadi usahawan online yang berjaya dan ada juga blogger yang dah jadi Yang Berhormat (YB).
Blogger sudah menjadi orang penting sehingga sering dijemput di majlis-majlis tertentu seperti pelancaran produk baru, majlis pemimpin bertemu rakyat dan berbagai majlis yang lain. Kejayaan seperti ini tidak datang sekelip mata. Kebanyakan Rakan Blogger yang terkenal ini bekerja keras siang dan malam untuk menguruskan blog mereka dengan berbagai strategi dan promosi yang dibuat. Selalunya Rakan Blogger yang berjaya ini pasti ada kelainan yang dibawa dengan daya kreativiti yang berbeza dari Rakan Blogger yang lain.
Ada juga Rakan Blogger yang tak kisah kalau tidak terkenal di kalangan Blogger Malaysia tetapi yang penting popular di Google, Yahoo dan Bing serta search engine yang lain.
Nak jadi popular di search engine antara yang perlu dibuat adalah mendaftarkan blog kita di direktori seach engine. Sudahkah Rakan Blogger mendaftar blog anda di
Kalau belum daftar klik link tersebut dan daftar segera tapi jangan lupa verify dan buat setting sekali. Kalau setakat daftar je tak jadi apa. Jangan lupa daftar sekali di Google Analytics ni pun banyak faedah untuk kita mengenali dan mengetahui prestasi blog sendiri serta mengetahui blog mana yang paling banyak membantu kejayaan blog kita melalui sumbangan trafik yang berterus diberi kepada blog kita.
Cara lain untuk popularkan blog boleh baca entri “Cara nak popularkan Blog“. Apabila blog sudah terkenal di Google, Yahoo dan Bing pasti suatu hari blog anda akan terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kenapa tak percaya ke? Dah cuba baru tahu hasilnya.
168 Comments
thx utk info ni!! sgt bergune! 🙂
Curahan rasa tuan cpot @ ..Sambungan cerita KL Gangster!!
waaaahhh.. mesti cuba nih… nak daftar!!
Curahan rasa kid @ ..Inilah jumlah perlu dibayar!!
google je pernah tapi yang lagi dua belum lagi
Curahan rasa cik dara @ ..Sahabat, pada kau seperti apa?
alhamdulillah…blog aku tersenarai jugak akhirnya 😀
Curahan rasa pacifista @ ..Perubahan Drastik
ingatkan dah daftar kat yahoo, rupanyer belum. huhu…rugi2
Curahan rasa Sya Isya @ ..SEGMEN BERSAMA PUAN BEE
semua dah daftar.
Curahan rasa Sya Isya @ ..SEGMEN BERSAMA PUAN BEE
saya belum daftar lagi kat yahoo dan bing. daftar kat google je. kena buat jugak nih.
Perlu daftar blog ke semua Webmaster supaya memudahkan proses indek oleh bot crawler. Yahoo webmaster pun telah mengunakan Bing jadi ambil kesempatan ini untuk mendapat kedudukan didalam enjin carian
bing susah sikit nak index blog rasanya – kalau tak silap kena manual submit blog url untuk di index
Curahan rasa neo @ ..LinkedIn – Tips Untuk Meningkatkan Backlink Dan SEO Blog
terkenal kat search engine agak penting untuk majukan blog…
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Laksanakan Google Instant Pages di Blog Anda
thanks info.kena buat ni huhu
good artikel, buat nambha perbendahaaraan ilmu blog ni thanks ya
Curahan rasa joyo @ ..Sociology about Term Paper Writing
info bagus ni..
TQ
tambahn delicious .com bisa gak ?
terima kasih atas info , bisa dipraktekkan langsung …
Curahan rasa joy @ ..Health-Insurance Changes for 2011
thanks untuk info yang sangat berguna terutama kepada blogger baru mcm miss ni =)
Curahan rasa miss lyzeer @ ..Give Away " Saya Giler Bola"
Comments are closed.