Cara mudah iklan bisnis di Twitter
Twitter adalah satu lagi platform sosial media yang mempunyai ratusan juta follower.
Individu yang mempunyai follower Twitter paling ramai di dunia adalah Mantan President Amerika, Barack Obama dengan pengikut lebih 129 juta.
Setiap sosial media mempunyai pengikutnya setia tersendiri begitu juga Twitter yang merupakan segmen pemasaran yang hebat.
Di Malaysia pengiklanan menggunakan Twitter kurang mendapat perhatian berbanding sosial media yang lain. Jarang sangat kita dengar Guru yang mengajar iklan di Twitter.
Saya nak kongsikan cara mudah iklan di Twitter.
1. Buat satu akaun Twitter samada akaun peribadi atau akaun syarikat. Pilihlah mana yang kita nak besarkan jenamanya. Jangan kisah kalau akaun itu tak aktif atau hanya ada beberapa orang follower.
2. Buat satu posting produk atau khidmat yang kalian usahakan. Gunakan copy writing yang baik dan gabungkan dengan poster atau video pendek.
3. Beli pakej retweet dari akaun Twitter yang menyediakan khidmat Retweet. Harga pakej mengikut berapa ramai follower mereka. Pakej Retweet ada yang sekali, 5 kali, 10 kali dan sebulan.
4. Pilih Twitter yang ramai follower kerana lagi besar follower lagi baik untuk promosi produk kalian.
5. Kalau selama ini kalian belum pernah beriklan dengan Twitter, cubalah tapi jangan buat sekali sudah harap hasil yang lumayan. Buatlah berulang kali sehingga follower kenal produk kalian pasti hasilnya pun lumayan. Iklan di sosial media lain pun kita akan buat berkali-kali dengan bajet yang besar.
6. Memang berbaloi beriklan di Twitter sebab masih tak banyak saingan.
Semoga kalian sukses dalam apa juga bisnis yang diusahakan.
Kalau korang nak buat iklan di twitter @SantapanMinda dengan pakej yang lumayan, boleh hantar message terus ke twitter Santapan Minda. Atau boleh email di [email protected]
3 Comments
Kat Twitter mereka tak suka dengan iklan . Takut sia² je berikln di twiter.
Curahan rasa Amran @ ..Resume Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris?
Twitter diketahui hanya untuk penulisan yang pendek. Beriklan di Twitter bermaksud pandai menulis iklan yang begitu ringkas dan padat. Memang kena berguru betul-betul.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Dapatkan Panduan Ebay Ini Dengan 50% Dari Harga Biasa Sebelum Kembali Ke Harga Asal
menarik pakej ni. Untuk awareness program, memamng sesuai sangat boost kt twitter kan
Curahan rasa Laila @ ..Labur Saham Ke Lebur Saham? 4 Mitos Anda Perlu Tahu
Comments are closed.