Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang tanya macam-macam soalan selepas baca entri di blog Arifshah bertajuk “Ranking Top 110 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia“. Pertama syukur pada ALLAH SWT kerana telah memilih blog Denaihati diantara beratus ribu top blog personal Malaysia dan terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang terus memberi sokongan dan motivasi untuk aku terus menulis.
Pada 30/5/2011 aku keluarkan entri bertajuk “Alexa Ranking dan Blog Review” dan antara yang aku tulis adalah “Blog ni memang tak letak button Alexa Ranking tetapi menjadi visi blog denaihati untuk jadi top 100 ranking di Malaysia dalam tempoh 1 tahun dari sekarang. Ketika entri ni dikeluarkan ranking di Malaysia #322.” Tak sangka Julai 2011 dah capai target.
Ramai yang tanya bagaimana Ranking blog Denaihati naik mendadak.
1. Fokus utama aku adalah meningkatkan trafik organik iaitu trafik yang datang dari search engine Google, Yahoo, Bing dan lain-lain. Usaha memang berjaya dimana jumlah trafik organik meningkat dari 27% pada awal Januari 2011 kepada 49% pada akhir Julai 2011. Cara untuk meningkatkan trafik organik adalah dengan memastikan blog kita mesra SEO. Dari kajian yang aku buat semua top blog Malaysia dan luar negara yang tinggi trafiknya mempunyai Rank SEO melebihi 60/100 mengikut analisa WooRank. Berapa anda punya?
2. Setiap kali aku menulis entri baru untuk memilih tajuk entri aku akan taip tajuk tersebut di Google Search dan akan membuat perubahan mengikut jumlah keputusan carian yang terbanyak contohnya carian untuk tajuk “Ramadhan bulan Rahmat” menghasilkan keputusan 4.5juta manakala “Ramadhan bulan Pengampunan” menghasilkan keputusan 650ribu jadi aku telah membuat entri bertajuk “Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan Dari Api Neraka“. Begitu juga dengan entri bertajuk “Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2011” beberapa ubahsuaian telah dibuat berdasarkan pencarian di Google Search.
3. Setiap kali menulis entri baru aku akan pasti ejaan betul terutama keywords yang menepati kehendak Google Search. Contohnya ejaan “Solat Terawih” ada juga yang menggunakan “Solat Tarawih“. Mengikut carian di Google lebih banyak perkataan “Solat Terawih” digunakan berbanding “Solat Tarawih” maka aku tulis entri bertajuk “Solat Terawih 8 atau 20“.
Bayangkan kalau ada berbelas-belas entri blog anda berada di Top 10 Google Search! Nak tambah terkenal di Search engine ikut cara ini @ Cara nak Popular di search engine.
Sedikit perkongsian ilmu semuga ianya memberi manafaat kepada Rakan Blogger yang ingin go to the next level. Ada banyak cara lagi yang kita boleh berkongsi ilmu untuk manafaat semua Rakan Blogger untuk jadi Top Blog Personal Malaysia.
Jumlah trafik memang meningkat sejak 2-3 bulan ini dan mungkin kaedah di atas antara sebab Alexa Ranking blog Denaihati meningkat mendadak.
123 Comments
Memang mantap info ni…
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..Eyebrow Waxing Kits Alleviate the Drawbacks of Professional Salon Services
Di mana cara mudah belajar SEO?
Curahan rasa Imddin @ ..Keputusan SPM ‘terbaik’ 2011
kalau tentang SEO,… Bro Ariff pakarnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Semifinal Piala Champions 2012
Anda pasti dah dengar pasal teknik mendapat trafik percuma dari FaceBook menggunakan teknik “Samseng”, betul tak?
Jangan ketinggalan, dapatkan maklumat di sini:
http://samsengfb.jomniaga.com/go/amiruddin/
Curahan rasa Amiruddinbasri @ ..Apa itu Samseng Facebook?
Tips yang sangat berguna…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
Saya yakin kalau diterapkan maka bisa mengarah kepada top blogger 1Dunia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
Peringkat Alexa yang meningkta sangat tajam..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Istana Yang Paling Indah
akan dicuba sebaik mungkin
Curahan rasa nalaila @ ..JOM BUAT DUIT ONLINE DARI RUMAH
baca tak faham sangat tapi rasanya semua cerita kebaikan dan keuntungan
Curahan rasa nalaila @ ..JOM BUAT DUIT ONLINE DARI RUMAH
Thanks triknya denaihati..
Curahan rasa Eby @ ..Dr Zakir Naik – Media dan Islam
Memang terbaek la tips ni…syukur…thanks
Marine Essence beauty Bar -Kecantikan Wajah dan Kulit Terserlah
Curahan rasa Mama syirah @ ..Marine Essence beauty Bar -Kecantikan Wajah dan Kulit Terserlah
Comments are closed.