Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tugas kedua cabaran iPhone 5s telah selesai dengan jayanya. 70 peserta daripada 140 peserta telah layak untuk masuk pusingan akhir. 2 peserta daripada top 70 komen tidak layak kerana 1 peserta tidak menggunakan nama domain dan seorang lagi bukan peserta contest. Sebagai gantinya peserta ke 71 dan 72 telah layak untuk masuk ke pusingan akhir. Senarai penuh 70 peserta yang layak ke pusingan terakhir di SINI. Berikut adalah tugasan terakhir Cabaran iPhone 5s.
Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s
- 70 peserta akhir mesti menulis satu entri untuk cabaran akhir iPhone 5s bertajuk “Blogger buat duit online”
- Pengisian entri mesti kreatif, bergambar, original bukan copy paste dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Minima satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Entri boleh kisahkan pengalaman sendiri atau pengalaman blogger lain yang berjaya buat duit online.
- Boleh selitkan dalam entri link yang anda atau blogger lain buat duit online.
- Jangan lupa senaraikan semua blog penaja dengan backlinks sekali. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menghantar entri terakhir cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 7/11/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan SATU banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
- Entri peserta akan dinilai bermula pada 8/11/2014 dan mata yang diperolehi akan menjadi penentuan utama pemenang Cabaran iPhone 5s.
Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Tugasan Bonus Cabaran Akhir iPhone 5s
1. Cabaran Komen Terbanyak
- Untuk tugasan bonus ini 70 peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 1/11 – 30/11/2014.
- Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
- Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
- Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
- Boleh komen disemua entri yang terdahulu dan akan datang.
- Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
- Peserta yang masuk dalam ranking top 70 akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone5s.
2. Kuiz Cabaran iPhone 5s
- Tugasan ini terbuka hanya kepada 70 peserta final cabaran iPhone 5s sahaja.
- Setiap minggu selama empat minggu peserta perlu menjawab kuiz ringkas.
- Ranking pemenang berdasarkan jawapan paling cepat dan betul.
- Peserta yang menjawab betul akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone 5s.
Buat Duit Online Hari-Hari dengan World of Hijab
Hadiah Cabaran iPhone 5s
1. Hadiah Utama :
- Lima unit iPhone 5s 16GB untuk lima pemenang tajaan utama Amariman.com dan 24 penaja individu seperti tersenari di SINI. Pemenang akan dinilai daripada jumlah mata terkumpul daripada tugasan satu, tugasan kedua, tugasan terakhir dan jumlah komen untuk tabung bencana Bacthiar Hidayah.
2. Hadiah Top Komen :
- Pemenang 1 : RM500
- Pemenang 2 : RM400
- Pemenang 3 : RM300
- Pemenang 4 : RM200
- Pemenang 5 : RM100
- Pemenang 6 – 10 : RM50 setiap orang
3. Hadiah Kuiz Minggu 1, 2, 3 dan 4
- Pemenang 1 – 5 : RM100 setiap orang
- Pemenang 6 – 10 : RM50 setiap orang
Tips Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Seperang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran terakhir iPhone 5s. Next tunggu iPhone 6 Malaysia yang akan dilancarkan pada 6 November 2014.
17,831 Comments
kita jangan lengah kan masa kita di minit minit terakhir ni ya. teruskan hantar komen
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Teruskan hantar komen untuk memperbanyakkan komen kita malam ini ye. Semoga berjaya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau DH buat lagi contest tahun depan pasti nak join. mesti hadiah lumayan kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Kalau ada lagi tahun depan. Kena buat yang terbaik daripada tugasan pertama ye. Tak nak jadi macam sekarang ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga berjaya rakan peserta. semoga mendapat kemenangan nanti ya. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Semoga berjaya untuk awak jugak ye. Semoga kita dapat sama-sama berjaya dalam kontest hebat ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
bermacam macam halangan kita tempuhi sepanjang kontes ni. harap itu semua berbaloi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
benar tu nik ! bermacam macam sebenarnya , harap harap semua berbaloi la kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
Betul tu, sejujurnya memang tugasan memberi komen terbanyak ini tugasan yang paling sukar sekali.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
cepat sekali komen kat sini dah nak menceceh 17 ribu dan 7 ratus memang tak mustahil sampai 18k ni
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
Marilah kita tingkatkan lagi komen kita pada malam ini ye. Sementara masih ada masa ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
mungkin dalam masa 15 minit ni sekejap sahaja komen akan bertambah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
Jom Anis, kita gandakan komen malam ini untuk dapatkan beberapa lagi komen untuk entri ini ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Komen banyak-banyak lagi supaya boleh mencecah 18k untuk entri ini sebelum kontest ini tamat ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
harap tak ada masalah error di minit minit terakhir ni. kalau ada memang tak sempat
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ada lagi 20 minit utk kita komen. jangan leka ya.. good luck hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
selain tak sabar nak habis. tak sabar juga nak tahu siapa pemenang nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Debaran untuk mengetahui siapa pemenang iphone 5s dan komen terbanyak ya… adakah PG dapat top1, Sally dapat top2 dan Nik dapat top 3, dan 5 pemenang iphone 5s, siapa ya? Moga nama kita tersenarai ya….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Jom Ke MAHA 2014 – Agroteknologi Pemangkin Tranformasi
Memang berdebar sungguh kan. Komen kat sidebar ni masih belum tepat lagi kan bang Kamil. Jadi tak tahulah berada di kedudukan mana. Moga ada rezeki menang iPhone 5s nanti!
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kuiz yang kita dah jawab tu baik lupakan aje. fokus komen utk beberapa minit je lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ya betul tu , kuiz tu pon dah nak hampir habis waktu nya lagi 15 minit
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Offer Blogbuster Nuffnang : Transact and win
banyak benda yang saya nak catch up lepas habis kontes ni. nak tgk Shaytards di youtube, baca buku, manja manja dengan kucing. good luck dlm kontes ni ye
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kita berjaya ledakkan entry ni mendapat belasan ribu komen. hebat korang ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul tu. Komen dalam entri ini melebihi yang kita jangkakan selama ini. Teruskan memberi komen sini ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
walaupun matlamat utama nak menang iphone tapi kalau tak ade rezeki nak buat mcm mana kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
menang mana mana hadiah pun tak kisah sebab kita dah berusaha dengan baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
moga moga kita dah kumpul markah yang banyak dari tugasan pertama
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Insyaallah. Harapnya begitulah ye. Yang penting kena jadi lima terbaik dalam kontest ini nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.