Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bulan Rejab semakin kepenghujung dan 27 Rejab ini akan mengingatkan kita dengan peristiwa besar yang dialami oleh Rasulullah SAW iaitu Isra dan Mikraj yang membawa perubahan besar kepada seluruh umat Islam. Ramai juga blogger yang datang ke blog ini untuk mencari bila tarikh sebenar Isra Mikraj dan ada juga yang mencari samada Isra dan Mikraj adalah cuti umum.
Apa kata kita ramai-ramai buat entri Isra Mikraj tanda ingatan untuk tujuan muhasabah diri sendiri dan semuga Allah SWT kurniakan hidayah ke seluruh alam. Tahun 2010 aku ada buat entri Isra Mikraj bertajuk “Isra dan Mikraj hanya kisah dogeng” yang menerima lebih dari 1200 pelawat dengan berbagai feedback dan komen.
Kepada rakan blogger yang telah atau akan membuat entri Isra Mikraj aku nak beri cabaran bagi yang nak ikut serta. Sambil kita berkongsi ilmu kita juga boleh menguji kemahiran berblog. Mudah sahaja cabarannya buatkan satu entri tentang Isra dan Mikraj dan monitor trafik yang singgah ke entri tersebut bermula 12.00 am 28/6 hingga 11.59pm 29/6 . Tajuk entri bebas tapi sudah pasti mesti ada kata utama Isra Mikraj. Pada 30/6/2011 buatkan satu entri screenshot jumlah trafik yang singgah ke entri Isra Mikraj yang telah dibuat dan maklumkan kepada aku dengan meninggalkan link di ruangan komen.
Entri Isra Mikraj yang menerima trafik yang tertinggi akan menerima hadiah dari blog denaihati :
1. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 1-3 akan menerima hadiah senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” untuk setiap seorang.
2. 3 entri yang paling banyak menerima trafik ranking 4-6 akan menerima hadiah senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” untuk setiap seorang.
Kepada yang dah belajar ilmu SEO, keywords, trafik dan sebagainya inilah masanya nak menguji kemahiran kita berblog sambil berkongsi ilmu. Joom cabar kemahiran berblog kita.
Update : Analisa trafik boleh guna google analytics atau getclicky atau nuffnang atau apa sahaja …
79 Comments
terima kasih atas perkongsian ilmu
Salam,
Sudah menyahut cabaran dari denaihati.,yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri..
Curahan rasa mankuchai @ ..Israk dan Mikraj : apa yang best?
Sesi perkongsian ilmu tentang peristiwa Sirak dan Mikraj telahpun saya update di blog dengan tujuan untuk pedoman dan pandangan rakan-rakan
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Israk dan Mikraj | Peristiwa bersejarah bagi seluruh umat Islam
Sudah siap! http://syahmishaarani.com/isra-mikraj-hanya-fantasi.html
Curahan rasa Syahmi Shaarani @ ..Isra Mikraj Hanya Fantasi
insyaallah akan dicuba
dah lama tak buat entri ilmiah ni
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Apa??? Anjing pandu kereta di Malaysia
banyak je entri berilmiah kat blog syahrilhafiz tu. hehehe
boleh menguji keboleh berbelog nie, btwn dapat juga tambah ilmu pasal israk mekraj
baru je nak berjinak dengan blogging, itu pun masih terkial-kial nak manage blogspot..
Curahan rasa Bukit Gambang @ ..House for rent at Bukit Gambang Water Park
haishhhh,,,, tercabar plak
boleh tuh boleh tapi
bab trafik tuh den tak janji tinggi..
low kolestrol ada ler.. hu3
Curahan rasa nurmisnan @ ..Aku suka dengan lelaki macaroons nih…
saya nak join..tapi kalau sekedar buat entry untuk melihat trafic.. tak tersasar ke nawaitu kitE?
Curahan rasa Pereman @ ..Awan Berbentuk Zakar
Maka betulkan niat tu sebelum publish entri. Kan niat tu antara kita dengan Allah sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Rakan Denaihati Network
Saya mencuba untuk itu Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Besar Muhammad SAW
Sebuah cabaran baru lagi…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kepergok Pocong
Insya Allah saya akan ikutan..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Kepergok Pocong
selamat!!! kejap lagi nak buat, sedang cari idea dan sdang mengumpul maklumat…
Curahan rasa yangbaik @ ..Monday Blues | Saya sayang emak saya
Okeh….saya akan cube juga..
DH, ley tak cek emel dari saya…ada request skett…:)
Curahan rasa juanita @ ..Sapa Nak Bantal Nippon Blobbies FREE…Angkatt Tangannn……..
KA dah install apa yg minta,
and now boleh cuba untuk sertai yang ni….
Curahan rasa Kamarul Azri™ @ ..Alexa turun mendadak dalam masa 14 hari.
semoga berjaya KA.bagus contest ni sebab ajak semua memperingati jasa baginda s.a.w 🙂
Curahan rasa izwan @ ..isra dan mikraj:kita tak menghargai nabi
boleh join lagi ker
Curahan rasa hafizal @ ..Tergempar : Imej Bandar Ganjil Di Kali Langit
salam..
insyaallah jika
saya sempat..sibuk sikit
kebelakangan ni..entri
agama nak kena detail
dan kajian tersendiri..
🙂
Curahan rasa zulkbo @ ..Gambar Aishwarya Rai Mengandung
Comments are closed.