Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Untuk berjaya kita mesti belajar daripada orang yang sudah atau lebih berjaya daripada kita.
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Jom Aktifkan Mykad
jika kita belajar dari orang yang betul kita akan trut berjaya mcm mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
siapa tak nak jadi kaya. jadi kena la ikut jejak mereka yang dah berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kalau aku kaya, hari2 hari raya.. bil2 semua keluarga, ku bayarkan selamba..huhu
Kalau kita suka membaca , kita kena selalu dengan buku, kalau kita suka menulis , kena sentiasa dengan pen dan buku juga
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Who want to exchange bloglist with me?
Semakin banyak kita membaca semakin luas ilmu pengetahuan.. bagus minat membaca nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
lagi banyak membaca lagi anyak ilmu kita dan kita juga boleh berkongs dgn yang lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul kata orang , kalau kita nak Berjaya kita kena kelilingkan diri dengan perkara tersebut
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Nak berjaya kenalah berkawan dengan orang yang dah berjaya.. barulah aura kejayaan tuh terkena tempias kat kita pulak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kita kena dekatkan diri dengan mereka yang dah berjaya. baru la kena tempiasnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Bak kata orang kalau nak bau wangi kena la dok dengan orang yang pakai perfume.. maksud mendalam tuh..
kena la berkawan dengan orang yang jual mnyak wangi spy kita pun wangi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
tapi bila balik rumah tak baca pun , memang kena duduk kat MPH memanjang je ni
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Hehe.. nanti kalau dok kat MPH memanjang kena ketuk pulak dengan owner.. yelah, mahu baca percuma jer yer, tak mahu beli..kehkehkeh
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Saya selalu kalau ke MPH jumpa buku yang menarik menarik yang membawa inspirasi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Kalau ke kedai buku selalu nak tahu buku apa yang best seller ketika itu.. hehe
saya pulak tak pernah beli buku motivasi. selalu beli buku fiction. mungkin boleh cuba nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya memang suka baca buku2 motivasi dan keusahawanan nih.. nak juga berjaya seperti mereka..
Saya harap saya boleh jadi seperti penulis ini juga , moga karya kita membawa manfaat kepada semua
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Itulah yang sebaiknya.. apa saja ilmu yang dikongsikan janganlah hanya fikirkan duit saja.. membantu orang lain menambah nilai hidup juga sangat besar pahalanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
betul tu. kita kena sentiasa memberi kepada orang lain. nanti allah akan gandakan rezeki kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Hidupkan Untuk Memberi seperti yang selalu diamalkan Denaihati.. in sha Allah akan lebih mudah menjemput rezeki..
bagus juga kalau buat buku yang boleh memberi tips dan mafaat kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Tak kisahlah kalau nak buat buku ke apa selagi ianya boleh memberikan manfaat kepada orang lain..
Imu kalau kita kongsi dengan orang tidak akan berkurang sikit pun malah bertambah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Betul tuh.. selagi ianya dimanfaatkan pun kita juga akan mendapat ganjaran pahala..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Bukan kaya seorang tapi juga menolong orang lain kaya , Alhamdulillah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Kalau kita dah berjaya, besar ganjaran pahalanya jika sudi membantu orang lain untuk turut sama berjaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Ya terima kasih kepada mereka kerana mereka sanggup berkongsi ilmu dengan yang lain
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Kagum dengan mentor2 yang sanggup berkongsi ilmu kejayaan mereka nih.. bukan semua orang nak kongsi rahsia kejayaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Sebab satu ja dalam bidang ni , kita kena ikhlas memberi dan berkongsi ilmu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Bukan senang orang yang dah berjaya nih nak berkongsi rahsia kejayaan mereka..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
orang yang kaya dan berjaya sendiasa berkongsi ilmu. sebab tu merek terus kaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tak berkurang ilmu tuh andai dikongsi malah semakin berkembang.. pahala pun bertambah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Tambahan bila guru dan mentor tu baik dan suka melayan kan memang bagus
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Betul tuh.. kalau si mentor nih ramah tamah, pastuh menteenya juga tak segan nak bertanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
ada juga yang sampai tak terlayan sebab banyak sangat soalan dia dpt
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Saya juga tak terlayan semua semua yang menegur , bukan sombong Cuma kekangan masa
Hehe.. lagi satu sebab tak kenal.. tapi bila dah kenal, sembang macam tak ingat dunia punya lah..hahaha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Tapi biasa la kan , kita sendiri kena paham, mana boleh nak puaskan hati semua pihak
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Itulah antara cabarannya bila nak berkongsi ilmu nih.. ada jer yang tak puas hati.. anggap jer asam garam kehidupan..
Comments are closed.