Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Nak buat sesuatu hingga berjaya kena ada contoh,. dan yang terbaik contoh tu dekat dengan kita. boleh guide kita. insyaallah one day kita akan maju setapak.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
betul tu, dan contoh itu adalh mentor kita. jadi dapatkan mentor untuk berjaya. siapa mentor anda?
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
buku – buku abang engsem pun kena beli juga nih , mana tahu sepuluh tahun akan datang kita akan berterima kasih dengan abang ensem
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
ebook abang ensem memang berdasarkan fakta dan pengalaman…maklumlah jutawan menulis pasti banyak ilmu dicurahkan
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
betul, dapatkan ebook ebook beliau. murah je. dan pasti anda nak baca lagi ilmu tentang hartanah 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
wah kawan tak pernah lagi membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” rasanya nak kena cari ni
Curahan rasa onlajer @ ..Teknik Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
gua selalu nampak buku ni kat mph. nampaknya kena beli ni. bolehlah nak tambah ilmu pengetahuan
oh dekat mph ada jual ya, nampak gaya kena sambar juga lah satu
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Ya. ada rasanya sesetengah kedai buku.
Nik tak sure jugak, tapi sebelum Tuan DH up entry ni, tajuk buku ni macam pernah dengar..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
kat MPH bookstore ada jual. memang hot selling buku ini sehingga sekarang. klu tak ada buku tu, dapatkan how to become a property millioonare 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
baca jangan tak baca buku tu, brilliantly done by Azizi Ali 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Insyallah bila dah kerja nanti , baru nak dedahkan diri dengan saham . Time belajar ni , tak berani lagi . Baru sahaja melangkah 20-an
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
sebelum nak main saham ni. kena persiapkan diri dengan ilmu dulu. nanti baru berbaloi-baloi pulangan
nampak gaya bro doulnut faham cara nak main sham ini, ada masa ajarlah kawan sekali
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Betapa pentingnya guru sebenarnya , guru lah sumber inspirasi saya sendiri, Kalau mereka seolah-olah tahu semua soalan yang ditanya, mengapa pelajarnya tak boleh, minta nasihat, buat , mesti berjaya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Betul tu , mengapa nak menyusahkan diri sedangkan contoh sudah ada .
Tapi biasa la kadang-kadang manusia ni tamak dan degil , nak jugak pikir sendiri, akhirnya terbantut tengah jalan.
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Macam teringin jugak la nak beli buku Jutawan Hartanah dan Jupiter tu . tapi bila sebut hartanah macam besar sangat bagi pelajar macam saya.
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari | Day 2- 5 cara memenangi hati saya
bukan untuk pelajar je rasa macam besar, saya yang dah kerja ni pun gerun dengar. Bukan tak bersyukur dengan gaji yang ada, tapi macam tak mampu je nak libatkan diri dalam bidang hartanah. modal pun mesti besar.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
takpe, sementara muda ni, kumpul modal dulu. den cadangkan berjinak jinak dalam unit trust dulu. gandakan wang sebelum invest wang 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Juruterbang yang sibuk pun masih ada masa untuk ke bidang perniagaan, apatah lagi yang kerja tetap . masuk kerja pagi balik petang . banyak sangat masa terluang kan .. tapi tu lah, banyak sangat alasan ni
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Kalau dah memang minat dan suka dalam sesuatu bidang, tak kira sesibuk mana pun orang akan bagi penuh komitmet pada hobi atau kerja2 part time : )
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
haa setutu statement anda. tu adalah desire. sebab desire dia kuat, dia take action dan berjaya 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
tu buktikan perbezaan dari cara manage masa. kebanyakkan kita gagal bab ini
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kali kedua pun masih lagi ramai yang hadir , bila la agaknya boleh dapat jemputan macam ni,.
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Abang Ensem ni , bukan sahaja blogger , tapi berbakat jugak jadi penceramah eh . Memang artistik !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
beliau ada tahap konfiden yang tinggi, sebab tu beliau boleh jadi seorang penceramah 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Terinspirasi sekejap dengan kejayaan orang lain . Suka la entri macam ni sebab bagi semangat mental dalaman ni. Harap-harap jadi jutawan suatu hari nanti. hehe amin !!
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
amin, saya doakan anda jadi jutawan hartanah. jadi apa tunggu lagi, jadi salah seorang jutawan dari planet jupiter 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Banyak betul cabang atau sumber untuk mencari duit…sekiranya ada mentor dan panduan..mesti ada hasilnya
zaman sekarang jadi mentor pun jadi jana duit yang lumayan. Memang banyak jawatan kosong dalam bidang bisnes..hehe
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
bidang yang sentiasa terbukka luas untuk mereka yang punya desire yang kuat 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Sekurang-kurang ada orang guide. Kalau bukan mentor , buku .. tapi kalau mentor lagi seronok sebab benda yang kita boleh bercakap kan. hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
lagi seronok kalau ada interaksi dua hala dengan mentor, bila ada kemusykilan boleh diutarakan terus berbanding dgn hanya membaca buku sahaja.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Latihan Industri di PDLD (Part 5)
setuju. berbanding kita baca dan terus puzzle bila ada yang kita tak faham dan tak tahu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Betul tu ..Cabang untuk menjana pendapatan sangat banyak ..Terserah kita untuk melakukannya mengikut cara mana yang kita pilih..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
ibaratnya, nasi dah ada, tunggu nak suap ke mulut je. Atas kerajinan dan usaha kita pulak.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
jangan malu malu. lauk banyak ni, nasi pun banyak lagi. makan makan makan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
setuju. harini den tengok berniaga topup dan jual sim pun boleh jana wang. apakan lagi dalam bidang hartanah
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kerana dengan 1001 alasan membuat kita gagal untuk pergi jauh ke hadapan. Seminar ini satu wadah bagi peserta yang menghadiri diri. langkah yang bijak ialah dengan mengambil peluang yang terhidang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Please buang 1001 alasan . Kena mindset je . buang semua alasan . katakan ya pada semua . mesti menjadi !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
Sama2 kita menagatur langkah bijak dan cuba merebut peluang yang datang untuk sama2 memajukan diri kita ke arah yang lebih baik ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Sebenarnya ….. Siapa Kita ?? ❤
bermacam alasan yang diberikan sebenarnya akan menunjukkan kita ni tidak bersungguh-sungguh nak melangkah terus kehadapan. Jadikanlah seminar seperti ini sebagai batu loncatan untuk mengembangkan lagi potensi diri.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Latihan Industri di PDLD (Part 5)
betul tu. alasan tak membawa kita ke mana mana. ia cuma akan buatkan kita di satu tempat sahaja. tak ada perubahan
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Semangat begini perlu ada pada setiap manusia, hadir majlis ilmu yang mana banyka rahsia dan teknik serta tip yang boleh dimanfaatkan sebagai satu langkah yang lebih ke hadapan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
tak dijemput , takleh hadir jugak. hehe.
Tapi betul la, semangat macam ni masyarakat malaysia patut tanam. mesti terus jadi most developed country. 🙂
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
kalau seminar berbayar, tak salah belanjakan sedikit duit untuk dapatkan secebis ilmu,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
betul tu. den pun dah pernah habiskan banyak wang untuk hadirkan diri ke seminar. 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
kalau dah ada peluang depan mata, memang rugi sangat kalau tak melibatkan diri dengan majlis ilmu yang mana pengisiannya boleh memberi manfaat kepada diri sendiri. Murni setuju dengan fatihah tak kesahlah kalau seminar berbayar asalkan bayaran yang dilaburkan tu berbaloi dengan ilmu yang bakal diperolehi.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Latihan Industri di PDLD (Part 5)
Kta mesti berpijak di bumi yang nyata, bukannya amgan-angan mat jenin yang hanya pandai berangan-angan tetapi tidak melaksanakannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
setuju. angan angan mungkin tak bawa kita ke mana mana tanpa action 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.