Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang tidak menyesal memenuhi jemputan Jutawan Hartanah, Saudara Faizul Ridzuan hadir ke Konvensyen Hartanah 2014 atau lebih dikenali sebagai Havoc Hartanah 2. Ini kali kedua beliau menjemput aku tetapi kali pertama tak dapat nak sertai kerana jadual sudah penuh dengan program lain. Tertunggu-tunggu juga jemputan dari Blogger Hartanah No 1 Malaysia, Abang Ensem tapi senyap je mungkin kerana gemuruh nak jadi penceramah. Terima kasihlah Faizul Ridzuan yang sentiasa ingat aku walaupun hanya jumpa sekali di Seminar Hartanah di PKNS Biz Points pada tahun 2013.
Tersentuh hati apabila mendengar perkongsian Saudara Wijay yang sudah bersara awal dengan bersunyi-sunyian menetap di Langkawi menikmati kehijauan alam sambil memantau pelaburan hartanahnya. Aku juga ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti bersara awal, fokus kepada kehidupan yang memberi manafaat kepada dunia.
Minat aku kepada pelaburan bermula apabila aku membaca buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter” kira-kira 22 tahun lepas. Ketika itu aku tak pernah menyangka bahawa suatu hari aku akan bertemu dengan penulis buku tersebut yang aku gambarkan seorang Jutawan yang berjaya. Alhamdulillah kali pertama aku berjumpa dengan Azizi Ali ketika meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Abang Ensem. Rupanya beliau bukan sahaja Jutawan Pelaburan tetapi juga seorang Juruterbang MAS pesawat Boeing A380. Jadi jangan jadikan pekerjaan sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.
Havoc Hartanah 2 telah menemukan aku dengan Azizi Ali kali kedua. Betul kata beliau buku “Jutawan dari Planet Jupiter” dan “Jutawan Hartanah” adalah buku klasik yang telah mengubah minda ramai insan Melayu seperti aku. Teringat kalau 10 tahun dulu setiap kali seminar hartanah boleh dikira dengan jari peserta Melayu tetapi sekarang sudah berubah. Perjuangan Azizi Ali telah melahirkan ramai Jutawan Hartanah Melayu yang telah berdiri bersama-sama menyedarkan anak bangsa.
Untuk berjaya memang kita memerlukan guru untuk kita contohi seperti semua usahawan dan ulama terulung yang mempunyai mentor tersendiri. Kalau nak buat jalan sendiri pun boleh tapi rintangan lebih beronak berduri. Jadi kenapa nak menyusahkan diri contohi sahaja mereka yang sudah berjaya tapi syaratnya kita kena taat pada mentor, tidak boleh ikut rasa hati sendiri.
Terima kasih kepada buku Azizi Ali dan mentor-mentor yang tidak pernah lokek mengajar aku dan anak bangsa untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Semuga aku dipilih ALLAH untuk jadi seperti mereka membantu seramai mungkin manusia lain menjadi manusia yang memberi manafaat kepada dunia. Siapa sangka dengan hanya membaca Buku dan Mentor dengan izin ALLAH telah mengubah hati aku untuk menceburi dunia berbagai pelaburan? Anda bila lagi nak berubah … jom sertai seminar begini menimba ilmu untuk melahirkan minat. Mungkin anda tidak minat kerana tidak cukup ilmu kerana apa yang anda minat belum tentu boleh ditukar menjadi duit.
948 Comments
Suatu hari nnati, jika ada peserta yang berjaya jadi kaya-raya, mungkin mereka pula jadi mentor untuk generasi akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Betul tu saya sangat2 bersetuju … Mana tahu satu hari nanti kalau tak ramai pon adalah seorang dua yang berjaya menjadi seperti mentor2 yang telah mereka ikuti hari ni di masa hadapan ..InsyaAllah ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Allah Tidak Pernah Silap Percaturan ❤
Semangat para peserta ini sungguh hebat. Tidak ada yang berjaya dengan sekelip mata. Ini satu langkah yang paling bijak mereka sertai. Pasti keazaman yang tinggi terletak pada impian mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
desire + faith + action.
tanpa tiga tiga ni, ada knowledge pun tak guna juga 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Jika dilihat pada foto yang ada di sini, ramai sungguh yang berminat dalam bidang ini. Hai terdetik juga nak ikut jejak langkah mereka iaitu para peserta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
dah pernah ke seminar seminar seperti ini sebelum ini? cuba pergi sekali, rasakan environemnt, bergaul dengan peserta. sangat fun 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Ini mungkin langkah pertama para peserta untuk pergi jauh dalam bidang hartanah ini. Satu tindakan yang cepat dan tepat, mungkin selepas ini kita juga turut sama. Insha Allah…
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Siapa cepat dia dapat ,…nak ilmu kena rajin ..Dah rajin dapatlah ilmu ..Kalau kita sekadar duduk bergoyang kaki bagaimana mungkin utk kita mendapat ilmu…
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
boleh juga dapat ilmu dengan goyang kaki, iaitu goyang kaki sambil baca buku..hehehe 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul tu, action. mereka dah mula take action dengan ke seminar untuk tambah knowledge 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kita perlu berterima kasih kepada mereka ini terutama mentor dan tahniah untuk seminar yang berminat, walaupun ia bukan bidang yang mereka minati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Jarang kita jumpa seorang blogger yang yang menceburi bidang hartanah dan pula sudah berjaya dngan kerjayanya serta mengajak orang-orang Melayu untuk terut jejak langkahnya dengan menulis di blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Betul tu ..Kita ni bukan senang nak seimabangkan antara kerjaya dan jugak blogging ..tapi beliau berjaya menyeimbangkan kerjaya beliau dan berjaya menhgarumkan nama beliau sbg seorang blogger ………
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
contoh paling hebat adalah AE, dengar dengar eyriqazz pun dah mula berkecimpung dalam bidang investment juga
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
eh.. brader yang pakai baju merah belang-belang putih dalam gambar ke dua tu macam kawan Zam lah.. btw, macam kenal je tempat ni
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Terkejut Anak Murid Gunting Rambutnya Sendiri
wow, kawan Zam ya? dia pun minat bidang investment juga ya. bagus bagus 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Hadiri diri di seminar begini, memberi satu semangat dan motivasi untuk terus berjaya dan kaya-raya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Yuppppp ..Betul tu ..Dapat memberikan kita sedikit motivasi bagaimana untuk kita berjaya di masa akan datang ..Dapat ilmu yang berguna yang boleh kita kongsikan pula pada adik beradik saudara mara dan sahabat handai kita nanti ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Sebenarnya ….. Siapa Kita ?? ❤
betul, dan sangat syok bila kita kongsikan ilmu kepada orang orang tersayang 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
betul tu, baca buku pun pemberi semangat juga. dan ia memberi semangat secara konsistent kepada kita 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Walaupun perniagaan hartanah sudah lama bertapak di Malaysia, tetapi hanya dikuasai oleh orang bukan Melayu. Sekarang ini ramai orang Melayau sudah membuka mata.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
setuju, dah lama bertapak, tapi orang kita baru sahaja sedar akan kepentingan pelaburan hartanah
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Salah satu cara untuk berjaya jadi usahawn hartanah yang berjaya dengan menghadiri majlis atau seminar yang berkaitan dengannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya, ia satu pelabuaran masa hadapan. Seminar yang dapat membuat kita kaya raya jika kena dengan rahsia yang mentor sampaikan kepada peserta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
den akan pastikan next seminar den tak terlepas. sayang betul terlepas seminar ini
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Apa saja pekerjaan sekalipun, jika Allah kehendaki seseorang individu terbabit boleh berjaya dan kaya pasti menjadi bahan rebutan para peserta seminar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Apapon pekerjajaan yang kita ceburi jika ianya berdasarkan keikhlasan pastinya kita akan berjaya ..Pastiukan rezeki yang kita perolehi halal \agar kita dapat memberikan yang terbaik untuk ahli keluarga kita ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
even kita jadi penjual cendol pun, tak mustahil boleh jadi kaya raya kan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
setuju. kalau kita tak dapat berkat daripadanya, mungkin sukar unttuk kita berjaya dalam bidang ini
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Membaca buku ilmiah berkaitan keusahawan dalam bidang yang diceburi menjadikan kita seorang yang berjaya tetapi juga sebagai demawan yang dapat melahirkan banyak insan yang boleh berdikari suatu hari nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
samaada kita berjaya atau tidak, kita kena sentiasa jadi seorang yang demawan. inshaallah the more we give the more we got 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Tidak sia-sia peserta hadir di seminar ini, banyak peluang boleh diterokai dalam bidang hartanah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
betul, tak sia sia. tapi rugi pada yang tak pergi dan tak percaya akan bidang hartanah mampu bawa kita ke financial freedm 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Beruntung orang yang dapat menghadiri program sebegini. InsyaAllah hanya dengsn mentor yang baik dapat melahirkan lebih ramai jutawan muslim dalam bidang hartanah.
inshaAllah, moga moga begitu juga. den teringin nak jadikan AE, Faizul, ahyat ishak ataupun Azizi Ali sebagai mentor den 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.