Bukan sahaja Geert Wilders hina ISLAM

Spread the love

Geert Wilders seorang ahli politik Belanda bukanlah manusia pertama yang menaruh dendam kesumat terhadap Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Menjadi ahli Parlimen Belanda sejak 1998, beliau sedang didakwa kerana menghina Islam. Penyokong-penyokongnya menentang pendakwaan ini kerana disifatkan tidak demokrasi. Ramai tokoh yang menghina Islam atas dasar kebebasan bersuara yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

This trial is obviously about the freedom of speech. But this trial is also about the process of establishing the truth. Are the statements that I have made and the comparisons that I have taken, as cited in the summons, true? If something is true then can it still be punishable? This is why I urge you to not only submit to my request to hear witnesses and experts on the subject of freedom of speech. But I ask you explicitly to honour my request to hear witnesses and experts on the subject of Islam. I refer not only to Mister Jansen and Mister Admiraal, but also to the witness/experts from Israel, the United States, and the United Kingdom. Without these witnesses, I cannot defend myself properly and, in my opinion, this would not be an fair trial.” – Geert Wilders

Sejarah telah merakamkan bahawa watak Wilders tidaklain hanya mengulangi tabiat tokoh-tokoh di zaman Jahiliyyah seperti al-Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Abu Jahal dan ramai lagi. Modus operandi mereka sama, membazirkan keseluruhan hayatnya untuk menghina, mengutuk, mengeji dan memperlekeh-lekehkan kesucian al-Qur’an dan al-Sunnah.

Baru-baru ini parlimen Switzerland telah meluluskan undang-undang untuk tidak membenarkan pembinaan menara Masjid dan menetapkan untuk meruntuhkan semua menara yang telah didirikan. Ramai yang menentang termasuk pihak Vatican tetapi tidak diendahkan.

Di Indonesia pun ada banyak gerakkan menghina Islam atas dasar kebebasan bersuara. Salah satu website yang aktif menghina Islam dan Rasulullah SAW adalah BeritaMuslim.(Cara untuk report abuse ke wordpress).

Mungkinkah tuntutan mengunakan Kalimah ALLAH oleh kristian sabah adalah salah satu gerakkan dunia untuk menekan Islam dengan menggunakan prinsip kebebasan bersuara.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 : “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya”. Dan jika engkau mengikut keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindungan dan penolongan dari Allah. “


Spread the love

36 Comments

  1. assalamualaikum
    laman web yang indonesia buat tu memang sengaja nak bakar kita (bangkitkan kemarahan) .. kita berhak marah.tapi jangan emosi sampai mencarut2 menulis dalam article blog kita..

    memang benar.orang yahudi dan nasrani (kafir) sentiasa tidak berpuas hati dengan kita ..mereka inginkan kita mengikut kesesatan mereka..

    tu sebab mereka saja bakar kemarahan kita.kita sabar je..jangan dipengaruhi emosi.kerana bile emosi,syaitan mudah menguasai diri.

    sabar separuh dari iman.tapi bukan bermaksud suruh diam.kita kena aa report kat wordpress ..

    haih..

    sebenarnya,dalam zaman sekarang ni..kita dah tau diorang tak suka kita,kita pon jangan aa suka diorang melebih2.. diorang buat kecaman kat islam secara berleluasa..kita sebagai umat islam yang ada blog ni misalnya ambillah peluang betulkan keadaan..

    sedarkan majoriti orang islam yang tengah leka berhibur tu.. hidup akhir zaman ni bukan zaman untuk kita maen2 dah.. tanggungjawab kita amat besar untuk menegakkan agama Allah ..

    kerana majoriti dari manusia dah hilang dari jalan sebenar.kita kena ingatkan mereka kembali..

    insya-Allah.Allah akan membantu kita dalam menegakkan dan membela agama Islam.selagi niat kita ikhlas kerana Allah.

    Assalamualaikum.teruskan menulis article sebgini. hidup berpaksi hiburan tidak membawa kita ke mana.

  2. Inilah masanya kita sama-sama tingkatkan kefahaman Islam. Mula dengan seminggu baca satu dua hadis, baca Quran sambil lihat makna dalam sehelai dua dan baca satu dua buku agama serta buku fikrah dalam dua tiga bab. Moga iman tidak senipis kulit bawang.
    Rasnya masa belajar Pendidikan Islam, Tasawur Islam SPM dulu lagi banyak kena baca dan faham. Boleh pulak.

    1. @Hadjie, betul tu rajin membaca dan jangan lupa cari guru yang bagus kerana jika kita hanya membaca maka guru kita adalah syaitan.

  3. Pingback: uberVU - social comments
  4. saya percaya ada dalang dari luar yang menghasut, disebalik kes penggunaan nama Allah hari tu~ Walaubagaimana pun, dari kes itu, kita boleh nampak yang orang Malaysia masih lagi strong dalam mempertahankan agama tercinta….

  5. klau tak silap aku, geert wilder ni yg bwat film fitna tu, cukup benci dgn film ni. haih, skunk dah byk plak gerakan anti islam 🙁

  6. Apakah aku pengomel pertama? Uh, dah lama tak jadi first! Tak sangka pula pagi ini bertuah bagiku … hihiiii

  7. Sedih yang teramat. Aduh … semakin ke penghujung dunia. Maknanya semakin ke arah kiamat … Aduh, sedarlah wahai manusia!

    1. @Precious, tahniah jadi penGOMEL pertama. Lama sungguh tak jadi penGOMEL pertama ni.

      Rasulullah bersabda kiamat hanya jarak 2 jari sahaja jadi bayangkan kita ni yg dah ditinggalkan 1431 tahun lagilah hampir sangat. Tu pun kita masih tak sedar diri lagikan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!