Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang benar jauh berjalan luas pandangan. Setelah mengembara berbagai negara dari Asia ke Europe baru terasa cadangan budget 2012 untuk meningkatkan gaji minima macam tak sesuai je. Daripada pemerhatian semakin maju sesebuah negara maka rakyat tempatan sudah semakin kurang berminat untuk bekerja dalam sektor tertentu. Kekosongan ini akan diisi oleh pekerja asing seperti yang berlaku di UAE, Qatar, Italy, Britain dan Perancis.
Live Streaming Pembentangan Budget 2013
Maknanya semakin maju sesebuah negara semakin tinggi pergantungan ekonomi negara tersebut kepada pekerja asing. Rakyat tempatan dah tak mahu lagi bekerja jadi tukang cuci, kerja kilang, buruh ladang dan semua kerja-kerja kuli. Untuk itu Kerajaan perlu menyediakan platform kerjaya bidang baru yang lebih disukai oleh rakyat.
Berdasarkan pengamatan di atas maka aku nak cadangkan beberapa idea kerjaya yang lebih disukai Rakyat menjelang pembentangan Budget 2013 oleh PM DS Najib Razak pada 28/9/2012.
1. Jadikan sukan sebagai kerjaya dan industri jutaan ringgit seperti Liga Bola Sepak Europe. Kerajaan melalui GLC boleh membagunkan liga bola sepak profesional Malaysia yang betul-betul profesional bukan seperti sekarang mengharap FAM yang tak boleh diharap, dengan membawa masuk pemain-pemain Profesional. Menganjurkan kejuaraan sukan seperti Tenis dan Golf dengan penyertaan pemainan profesional yang berskala besar. Liga bola sepak profesional dan kejuaraan sukan berskala besar pasti akan dapat memotivasikan Rakyat untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya dan industri yang berimpak tinggi. Anak-anak kita pasti tak nak berkerja sebagai buruh tapi pasti ingin menjadi ahli sukan profesional yang bergaji jutaan ringgit.
2. Dunia tahu industri jualan langsung adalah salah satu industri besar yang menyumbang ekonomi bukan sahaja kepada negara malah ramai individu yang sudah menjadi jutawan. Kerajaan boleh membuka sebuah syarikat jualan langsung Nasional dengan produk yang berkualiti, sistem bonus yang baik dan pengurusan yang profesional untuk dijadikan tapak kepada peminat MLM membina kerjaya yang berkualiti. Paling menarik syarikat jualan langsung yang berjaya boleh berkembang keseluruh dunia dan sudah pasti akan membantu ekonomi negara kerana membawa masuk pelaburan asing. Lihat sahaja kejayaan produk Kopi Organo produk buatan Malaysia yang sudah berjaya dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Amerika Syarikat dilebih 20 buah negara dengan hasil jualan melebih USD60 juta setahun. Sekarang bukan tak ada syarikat jualan langsung tempatan tapi banyak yang menipu sehingga ramai yang tertipu dan memandang negatif pada industri ini. Jangan terkejut nilai industri jualan lansung di Malaysia melebihi 1 Billion setiap tahun.
3. Menyediakan dana khas kepada usahawan kecil online seperti Blogger untuk meningkatkan kualiti website dan sistem bisnis online supaya perniagaan berkembang maju, bersistematik dan menjadi kerjaya yang berimpak tinggi. Sekarang sudah ada beberapa Blogger yang berjaya menjadi usahawan online dari rumah. Dengan dana khas ini sudah pasti lebih ramai yang akan berjaya menjadi usahawan internet dari rumah yang berjaya seperti di negara-negara maju. Dengan dana khas pasti lebih ramai Rakan Blogger yang akan mencontohi Blogger Ini yang berani bersara awal atau mencontohi Blogger ini yang sudah menjadi usahawan wanita online yang berjaya atau Blogger ini yang memang tak pernah makan gaji.
4. Menyediakan program latihan bisnis, motivasi dan ict untuk penduduk luar bandar yang semakin jauh ketinggalan dalam semua bidang. Kebanyakan penduduk luar bandar tertinggal dari arus pembangunan dan Kerajaan kurang bersungguh-sungguh merapatkan jurang dengan program-program khas. Mungkin model memajukan generasi Felda boleh diubah suai untuk digunakan untuk penduduk luar bandar. Dengan program latihan yang tersusun pasti penduduk luar bandar akan lebih berminat dengan kerjaya sebagai usahawan tani daripada menjadi sumber kepada masalah sosial.
5. Rakan Blogger pasti ada idea-idea bernas yang ingin dikongsikan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan berjaya untuk rakyatnya. Kongsikan idea budget Rakan Blogger diruangkan komen dan idea terbaik Blogger akan dijadikan entri khas.
137 Comments
Bagus tuh ada bajet untuk blogger berbisness secara online..
Boleh apply..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Cara membuat jus biji aprikot B17 dan kebaikannya
semoga tahun ni bajet yang paling bagus
Curahan rasa wanayu @ ..Bajet 2013 Malaysia
idea blogger and rakyat macam kite ni sebenarnya lagi bernas. hahahaha!!! banyak yg saya setuju
Curahan rasa Lizz @ ..LIVE STREAMING PEMBENTANGAN BAJET 2013 MALAYSIA
Untuk idea-idea semua tu saya sokong. Kalau di pandang dari sudut blogger, memang ramai sudah yang berjaya di internet sekarang. Bagi saya, paling utama baiki apa yang sedia ada dulu baru tambah apa yang kurang. Maksudnya di sini macam kos pentadbiran PTPTN, dan macam-macam lagi. Orang kata, buat apa nak buat kerja satu lagi kalau kerja yang asal pun tak terurus.
Curahan rasa Naziman @ ..15 cara Jana Trafik blog dengan Mudah
Kurangkan subsidi utk gula, petrol dan tambah peluang pekerjaan utk rakyat
Curahan rasa Rem @ ..Syarikat Yang Disiasat Oleh Bank Negara
Satu Jela Nak Mintak…
PTPTN TAK PERLU ADA INTEREST.
NAK MINTAK FREE KAN
BERJUTA ALASAN PENYANGAK DUIT
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Troll Apabila Papa Menjadi Mama (Photoshop)
Kurangkan pembocoran (leakages) dan gunakan pendapatan negara utk pembangunan semua. Kurangkan kronisym
Curahan rasa Rem @ ..Syarikat Yang Disiasat Oleh Bank Negara
Kurangkan cukai pendapatan dan Cukai RPGT (hartanah).
Curahan rasa Rem @ ..Syarikat Yang Disiasat Oleh Bank Negara
Pendapat MJ : Hapuskan kos pentadbiran PTPTN, huhuu setiap bulan jumlah makin bertambah bila bayaran bulanan tak dijelaskan.
PTPTN perlu pada pelajar untuk menampung sara hidup (masa belajar) tapi bila dah kerja banyak faktor lain(kekangan gaji) yang menghalang bekas pelajar menjelaskan bayaran + kos pentadbiran dan menjadikan jumlah saban bulan meningkat.
Curahan rasa Myra Jay @ ..Tak sangka dah 5 tahun rupanya
penurunan harga rumah, itu yg penting
Curahan rasa anastasyea @ ..Lirik Lagu Sayang – Shae | Artis Indonesia
saya lebih suka jika harga rumah murah kerana ianya dalah asas kehidupan mana mana manusia
Curahan rasa Juan @ ..Arcade Games Malaysia
saya sokong bantu blogger dan bisnes online…
Curahan rasa fandyzblog @ ..Siaran Langsung Bajet 2013
Sebagai seorang blogger saya juga mensokong hal ini juga sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Keutamaan Haji
Tentunya rakan-rakan blogger juga banyak yang sokong ide sahabat DH ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Keutamaan Haji
unifi tu kalau boleh bagi lah harga kurang sikit …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali
best yang no3 tu.. hehe..
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar perhimpunan membantah filem Innocence of Muslims di Pulau Pinang
Comments are closed.