Botol Susu Polikarbonat lebih baik

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah bertahun-tahun ibubapa 1Malaysia bergantung harapan kepada botol susu tiba-tiba hari ini mereka dikejutkan dengan berita botol susu polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A‘ (BPA) akan diharamkan berkuat kuasa 1 Mac 2012. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Yang menjadi persoalan kalau dah dikatakan tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu selamat, mengapa harus tunggu hingga 1 Mac 2012. Adakah nilai bisnis itu lebih penting daripada kesihatan bayi dan kanak-kanak?? Berjuta bayi dan kanak-kanak telah terdedah dengan risiko BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Boleh tak Pak Menteri Kesihatan tolong jawab persoalan ini.

Gambar Botol Susu Polikarbonat dari Kosmo Online

[ad#Adsense234x60]

Kerana itul Rasulullah SAW dah tunjukkan cara yang betul menyusukan bayi. Susu yang terbaik adalah susu ibu yang telah terbukti dari kajian saintifik tetapi terlalu ramai ibubapa yang mengabaikan hanya kerana nak jaga body. Nilai susu badan akan menjadikan anak lebih manusia berbanding susu lembu mengunakan botol susu polikarbonat yang menjadikan anak bersifat liar seperti lembu juga. Sudah terbukti dengan berbagai masalah sosial yang melanda masyarakat.

Mungkin ada yang kata kesibukan bekerja menyebabkan ibu tidak sempat menyusukan anak. Rasulullah SAW juga telah tunjukkan cara seandainya ibu sibuk dengan tugas atau tidak mampu mengeluarkan banyak susu badan boleh menggunakan sistem ibu susuan. Halimah as-Sa’diyah menjadi ibu susuan Rasulullah  SAW apabila bondanya Siti Aminah kekeringan susu badan akibat terlalu sedih di atas kematian suaminya.

Allah SWT melalui Rasulullah SAW telah menunjukkan cara yang betul penyusuan bayi tetapi kita lebih yakin dengan sistem ciptaan Yahudi dengan penyusukan anak mengunakan botol. Dan inilah akibatnya apabila anak-anak kita sekarang telah pun terdedah dengan risiko botol yang mengandungi ‘Bisphenol A‘. Siapa yang nak disalahkan??

[ad#nuffnang336]

62 Comments

  1. Polypropylene (PP) tu raw material untuk buat mainan kanak-kanak juga. tapi ramai tak tahu. anak-anak kecik jilat-jilat mainan gigit semua patut jaga elok2 la. plastic ni ada mcm2 jenis yang berbahaya. tapi kalau PP buat untuk susu botol lagi lah bahaya. air panas kan. effect sikit. mcm lah kita minum air mineral dalam botol jugak. jangan lah guna banyak kali botol yang sama . berulang-ulang kali topup air dalam botol yg sama. tak elok. lagi2 bagi eyra, eyra selalu check number pada botol tu. tahu kan? :)) so, anything and anywhere pun penggunaan bahan plastik ni kita kena hati-hati.

  2. orang kita yang mengaku Islam tulin,tetapi tidak mengamal sunnah Rasullullah.Orang kita yang lebih-lebih dalam semua hal.tengoklah apa dah jadi,bila anak orang lain ke menara gading,anak kita merempit,ambil dadah,merompak menyamun.bila ditegur,marah.semua hal orang kita lebih tetapi tidak mahu ditegur dan dinasihat.konon orang Islam,tetapi perangai macam syaitan.

      1. seorang anak adalah amanah dari Allah yang harus mendapatkan perawatan terbaik dan menyusui merupakan salah satu cara perawatan yang terbaik. Satu hal yang perlu dicatat adalah bahwa Islam amat menekankan pemberian air susu ibu (ASI) kepada bayi, meskipun tidak harus melalui ibunya sendiri.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Grammy Awards 2012My Profile

  3. As salam..
    Tak pernah lagi guna botol susu utk anak. Alhamdulillah…
    Tapi macam mana pulak ibu2 bekerja yang perah susu dan simpan dalam botol susu? Bukan guna susu lembu pun…Sian depa..
    Curahan rasa iza @ ..Contest Anjung StreamyxMy Profile

  4. mungkin kerajaan tak mahu kena saman dgn penjual. tapi smo tu terpulang pada pengguna. diorang patut dah tak perlu beli dah sebab dah dibagitau dalam semua media. kalau beli jugak, tu salah pengguna tu sendiri.

    saya setuju yg susu terbaik adalah susu ibu. saya pon bakal menimang cahaya mata bila2 masa. harap2 anak saya tak minum susu lembu. didikan awal dah dari lembu. sebab tu yg menjadikan anak-anak kita bermentaliti mcm kaum tu skg ni, bg susu ibu baru jd insan.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..Korang Sanggup Tinggal Dalam Tangki Air Aku Sanggup!My Profile

    1. belum dpt anak lg dah pandai ckp ye…tp kena ingat x kan umur anak dah 3 thun masih nak guna susu cap gantung…lg pulak 3 tahun dah ada adik. x kan nak bergilir plak dgn adik…lg pun susu ibu sebaiknye smpai umur 2 tahun je…saya dah 3 org anak, lain kali jgn pandai cakap je…fikir2kan bila dia dah berumur 3 tahun x kan x nak bagi minum susu lembu. Lau ada susu jenis lain cuba cadangkan pada saya. Sori lau u all terasa k. Lain kali ckp fikirkan prasaan org lai same ye…terima kasih…

        1. betul…tp kalau dgn cwn x nak minum nak wat mcmn lagi? x kisah la susu lembu ke susu kambing ke. janji anak nak minum susu… Bkn semua kanak2 bleh terima cawan. Tp ape pun x kisah la…masing2 punye pendapat…lau nak ambik smua org punye pndpat kita boleh jd bingung….

        1. kalau lah anda seorang ibu yang baru melahirkan anak pertama..pasti akan rasa sukarnya untuk menyusukan bayi buat kali pertama..susu masih tak dapat kluar..hanya setitik..bayi dah menangis tak ingat…jadi apa inisiatif yang para ibu ni ada?..susu lembu jugak kan..tapi yang pasti mereka tetap akan berusaha..selepas balik dari hospital mungkin hari ke 3..diurut oleh bidan baru lah susu tu melimpah ruah..

          lain pulak situasi kalau ibu kena operate..macam mane..suffer nyer diorang nak menyusu kan bayi..jadi pihak hospital takkan nak biar si bayi kelapan ye x…terpaksa bagi susu lembu lagi..

          1. tambahan lg..

            jangan lah menyamakan perangai mereka ni liar seperti lembu..saya rasa perkataan lembu itu sangat hina dibaca..
            permasalah sosial di kalangan mereka ni bukan sebab susu ibu @ susu lembu..tapi akibat pengaruh barat..
            saya bercakap berdasarkan pengalaman dalam keluarga sendiri..masih ade permasalah sosial walaupon kesemua adikberadik diberi fresh brestmilk..sehingga umo 2 thn lebih.

            berfikirlah sebelum menulis…tersinggung hati ibu2 ini

    1. Betul sangat tu ada macam2 cara utk bagi anak susu ibu cuma tak ramai ibu yg nak mujahadah berusaha demi kejayaan zuriat dunia akhirat

  5. apa pun, susu ibu yang terbaik. tak ada kesan negative. kesan postive je, berpanjangan. sampai akhir hayat. secara mental, fizikal.

    apasal nak minum susu lembu/kambing atau apa apa la, kan ibu dah ada.
    Curahan rasa hazari @ ..the faviconMy Profile

    1. Adat kaum Arab dahulu sememangnya mencari wanita yang berasal dari desa sebagai ibu susuan walaupun bukan darah daging. Halimatus Sa’diyah sendiri tiada pertalian darah dengan bapa mahupun ibu Rasulullah.

      Wallahua’lam.
      Curahan rasa muhammad fakhruddin @ ..Hati Seorang HAMKAMy Profile

    2. sangat setuju..
      siapa yang sanggup berkorban kalau bukan darah daging mereka sendiri..
      dan yang paling best sudikah si ibu memberikan bayi dorang pada ibu susuan yang mereka tak kenal asal-usul..hm masih bingung

  6. setuju tu, packaging material kod PC(kalau nak lagi bagus HDPE atau LDPE) memang lebih baik la, sebabnya selain botol ni tahan kuat dari tekanan, ianya juga tahan haba/sejuk, tak la waktu letak air panas, kimia pada botol tu terlarut bersama susu..tapi kalau dah dicampurkan BPA ni, tak pasti la pulak..
    Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Promosi Hebat Webhosting dari BaitulBytes NetworkMy Profile

    1. Saya pernah mengikuti seminar tentang Hal ini, salah satu simpulannya bahwa partisipan yang meminum air selama seminggu dari botol polikarbonat , botol minuman dan botol bayi dari plastik sangat keras yang sangat terkenal , menunjukkan bahwa dua pertiga chemical bisphenol A (BPA) naik pada air seni mereka. Ekspose terhadap BPA, digunakan pada pabrikan polikarbonat dan plastik lainnya, telah menunjukkan campur tangan dalam pengembangan reproduktif pada hewan dan telah terkait dengan penyakit cardiovascular dan diabetes pada manusia.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Foto Kondisi Jepang Terkini Pasca Gempa dan TsunamiMy Profile

        1. ermm betul jugak tu
          walaupun sekarang saya belajar mengenai packaging material ni. tak pasti la kandungan apa lagi yang diorang campurkan

          p/s setuju dengan susuan ibu itu, sememangnya ianya sesuatu yang bagus sekali

        2. Memang tidak semua ibu bisa menyempurnakan penyusuan ini, yang disebabkan banyak faktor seperti makanan, lingkungan, dan sebagainya. Namun demikian yang terpenting adalah bagaimana orang tua memberikan perhatian dan kedekatan yang cukup kepada anaknya sehingga anak dapat berkembang dengan baik.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Grammy Awards 2012My Profile

    2. Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

      Rasanya, HDPE & LDPE kalau nak di bandingkan dengan PC, rasanya PC lagi better dari segi kekerasa dan kekuatan menghalang hakisan kimia. HDPE dan LDPE rasanya tak berapa kuat tahan haba. Sebab tu lah PC banyak di gunakan untuk tangki air dan PC memang di gunakan mosltly untuk buat helmet.
      Curahan rasa Mr K @ ..Tsunami di Jepun dan di Al-Quran MythbustingMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!