Assalammualaikum dan salam sejahtera
Perempuan yang berada dalam keadaan hadas besar seperti sedang haid dan nifas, pasti wujud banyak kekangan yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Antara yang sering menjadi perhatian ialah adakah dibolehkan perempuan yang sedang dalam keadaan ini menyentuh Al-Quran.
1 – Tidak Boleh Menyentuh Secara Langsug Dalam Keadaan Tidak Suci
Menurut pendapat yang telah dikemukakan oleh jumhur ulama, tidak boleh menyentuh Al-Quran dalam keadaan tidak suci. Hal ini bukan sahaja termasuk dalam larangan buat mereka yang sedang dalam keadaan haid dan nifas, namun termasuk juga dengan mereka yang tiada wuduk atau hadas kecil.
Mafhum: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” (Surah Al-Waqiah, 56:79)
Tambah, jumhur ulama seperti Ibn Qudamah berkata, hanya orang yang berada dalam keadaan suci sahaja boleh menyentuh mushaf Al-Quran. Adapun, yang tiada wuduk dan bukan dalam keadaan suci, maka hukumnya adalah dilarang.
Baca : Wanita Hebat Buat 6 perkara Ini!
2 – Boleh Menyentuh Mushaf Al-Quran Dengan Berlapik
Menurut penjelasan lain lagi seperti yang dinyatakan melalui al-Mawsu’ah al-Fiqhiyah 2/13965 – boleh menyentuh Al-Quran dalam keadaan berlapik.
Sebagai contoh, anda memakai sarung tangan atau mengangkat mushaf tersebut untuk mengalihkannya ke tempat yang lain secara berlapik, maka ia adalah dibolehkan.
Hal ini adalah disebabkan oleh perbuatan tersebut yang tidak dilakukan secara langsung – dalam erti kata lain, bukan disentuh dengan kulit tetapi menggunakan bantuan alatan lain untuk memegangnya.
Buat para penghafaz Al-Quran mahupun mereka yang mengajar atau belajar Al-Quran, maka boleh digunakan cara ini untuk memegang Al-Quran.
Walaupun jumhur ulama berbeza pendapat akan golongan ini, namun melihat pandangan umum daripada Mufti Wilayah yang menyebut bahawa, mushaf yang suci ini perlu dikekalkan kesuciannya dan dijaga kemuliaannya.
Baca : Kerana air bersih wanita ini sanggup membunuh diri
Maka, adalah lebih baik memegang Al-Quran ini secara berlapik atau menggunakan inisiatif lain seperti memegang Quran tafsir ataupun dalam bentuk digital.
3 – Boleh Menyentuh Mushaf Tasir Atau Terjemahan Tanpa Lapik
Berkenaan dengan mushaf tafsir pula, jumhur ulama mengatakan bahawa dibolehkan untuk menyentuh Al-Quran tafsir tersebut kerana ia sudah bercampur dengan ayat-ayat lain. Hukum ini juga terpakai pada kitab Al-Quran yang telah diterjemahkan maksudnya ke dalam bahasa lain.
Imam Nawawi RA mengatakan bahawa – “Jika kitab tafsir tersebut lebih banyak kajian tafsirnya daripada ayat Al-Quran sebagaimana umumnya kitab tafsir sebegitu, maka di sini ada beberapa pendapat ulama. Namun, yang lebih tepat ialah kitab tafsir itu tidak mengapa disentuh kerana ia tidak disebut sebagai mushaf.” (Al-Majmu’, Yahya bin Syarf An-Nawawi, 2/69)
4 – Boleh Memegang Mushaf Digital
Hal itu juga adalah sama dengan seseorang yang membuka Al-Quran di laman digital seperti melalui aplikasi telefon dan sebagainya. Maka, ia boleh dipegang kerana ia adalah bukan mushaf.
Tuntasnya, mereka yang berada dalam keadaan hadas besar, dibolehkan memegang mushaf Al-Quran dengan syarat ia dilakukan dalam keadaan berlapik.
Baca : Amalkan 5 Tips Dari Rasulullah SAW Untuk Bahagia Bersama Pasangan
Wallahu a’alam. Jangan lupa share untuk wanita-wanita diluar sana 🙂
sumber : tazkirah.com
5 Comments
tetap tak boleh pegang, saya pernah terfikir nak bawa al-quran didalam beg tapi bila fikir balik kalau keluar mesti akan ke tandas tak kan nak bawa quran ke tandas
ramai kaun wanita terlepas pandang perkara ini. lebih-lebih lagi musim pkp ni.
semoga kita semua dapat menjaga kesucian al quran, terutama bagi golongan wanita.
Curahan rasa huda @ ..Balm Sleeptime Tasneem Bantu Anak Susah Tidur
Ada pendapat yang membenarkan untuk wanita berhadas besar menyentuh al quran, ada pendapat yang tak boleh. Moga ia tak menghalang wanita untuk beribadah walau pun berhadas besar.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Perkara Yang Boleh Anda Buat Masa PKP
Untuk hal ini di dulu memang mng wanita, namun itu kembali kepada keyakinan hatinya
Waktu PKP ini, bila wanita berhadas…tidak boleh mengaji dan memegang al Quran. Gantikan dengan banyak bertasbih dan berzikir. Tasbih dan zikir dibolehkan walau berhadas.
Comments are closed.