Blogger Trafik Hunter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger Trafik Hunter atau Blogger Gila Trafik menjadi perkataan panas seminggu dua ni. Rasanya tak elok aku komen isu ini di ruang komen blog yang lain walaupun ramai Rakan Blogger yang membahaskan isu ini. Aku cuba mengupas isu ini dari dua sudut yang berbeza.

1. Dunia online sudah banyak berubah. Ada Blogger dahulu dah sekarang yang hanya menjadi penulis blog sambilan kerana mereka sudah mempunyai pekerjaan tetap atau suri rumah yang mempunyai ekonomi yang stabil. Sekarang semakin ramai Blogger yang menjadi penulis blog sepenuh masa dan mencari pendapatan hasil dari blog mereka kerana sukarnya mencari pekerjaan. Kerajaan sendiri pun mengalakkan rakyat untuk mencari sumber pendapatan melalui internet.

Jadi kita kena faham terdapat dua kumpulan Blogger iaitu Blogger Sepenuh Masa dan Blogger Sambilan. Blogger sepenuh masa sudah pasti akan menjadi Blogger Trafik Hunter kerana itu merupakan antara syarat utama untuk menjana pendapatan. Blogger sepenuh masa mempunyai rangkaiaan network tersendiri manakala Blogger sambilan mempunyai rakaian network yang lain. Persoalannya kenapa ramai Blogger yang ini menuduh Blogger yang satu lagi Trafik Hunter atau Gila Trafik. Kenapa tidak biarkan mereka dalam dunia mereka dan kita dalam dunia kita. Bukan mudah Blogger Sepenuh Masa mencari rezeki dalam dunia yang semakin mencabar. Nampak keperitan di wajah beberapa Blogger sepenuh Masa yang telah aku bersua muka.

2. Ada juga Rakan Blogger yang salah melaporkan berita dikatakan sebagai Blogger Trafik Hunter. Ramai Rakan Blogger yang membuat entri tentang Pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara dan yang terbaru kisah Bulan Mengelilingi Kaabah dan akhirnya didapati berita ini tidak tepat. Adakah benar semua Blogger yang menulis berita ini adalah Trafik Hunter atau ramai yang menulis kerana ingin berkongsi informasi dengan pembaca blog mereka. Apalah perasaan Blogger ini apabila membaca komen diruang komen blog yang lain ada Rakan Blogger menuduh mereka sebagai Trafik Hunter atau Gila Trafik.

Sarang Tabuan jangan dijolok bila dijolok tabuan keluar menyegat. Terdengar pulak Blogger yang terasa membalas komen dengan perkataan yang tidak enak dibaca. Akhirnya ini menimbulkan situasi yang tidak harmoni di kalangan Blogger khasnya Blogger Melayu yang tak berapa kerat yang berjaya. Tak perlulah kita cuba menjadikan orang lain seperti kita maksudnya kalau kita memang Blogger Trafik Hunter tak perlulah cuba menjadikan Blogger sambilan seperti kita atau kalaulah kita Blogger sambilan jangan pulak marah dan cuba mengubah Blogger trafik hunter menjadi seperti kita.

Setiap daripada kita mempunyai peranan dan visi tersendiri menjadi Blogger yang penting bagaimana kita boleh bersama dalam dunia yang berbeza. Tak salah Rakan Blogger menegur antara satu sama lain tetapi jangan Rakan Blogger yang lain menambah rempah ratus dalam komen-komen yang diberi sehingga menyinggung perasaan yang lain.

Ini pandangan peribadi yang tidak mesti disetujui. Mungkin Rakan Blogger ada pandangan tersendiri, kongsikan.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Tips Jadi Penulis Blog Yang Baik nukilan Blogger Liza Razak sebagai panduan.


Spread the love

95 Comments

  1. Pada pendapat sy..jika seseorg blogger mengeluarkan rumors yang tidak benar @ tidak berasas,sy rasa blogger tersebut boleh dikategorikan sebagai blog trafik hunter..

    Sebagai contoh status halal satu makanan..jika kita terdengar satu berita mengatakan KFC tu haram,tanpa kaji selidik serta usul periksa blogger sperti ini akan akan mengeluarkan entri yang sama tanpa pengesahan yang tepat..malangnya jika pembaca2 pula tidak membuat research sendiri..ia akan memberi kesan secara tidak langsung kepada syarikat itu sendiri disebabkan oleh khabar angin yang disebarkan..
    Curahan rasa Bumilangakwi @ ..Legend of Beras TerbakarMy Profile

  2. Saya pegang kepada “Jadilah diri sendiri” bila menulis di blog. Terpulang apa orang nak kata kat blog saya. Itu adalah hasil dari luahan hati saya

  3. mungkin pengomen cemburu dengan blogger yg dia komen. walau apa pun, kita blogger kenalah saling bekerjasama demi memajukan lagi blog Melayu agar mampu bersaing dengan blogger bukan Melayu seterusnya meningkatkan kontent dalam bahaya Melayu.

    Mungkin 1 hari nanti blog melayu menjadi rujukan pelajar Luar Negara. Tak mustahil tu. Memang sekarang pelajar kita mencari kontent dari Laman english, mungkin masa akan datang sebaliknya terjadi.

    jadi, janganlah kita keji mengeji antara blogger. mari kita sokong rakan blogger lain tak kiralah blogger Sepenuh masa atau separuh masa.
    Curahan rasa razis @ ..Keputusan BPL Minggu Kedua – Gameweek 2My Profile

  4. setuju dengan pandangan denaihati.harus memahami sesama blogger.dunia blog kita masih kecil.masih ramai yg berusaha jadikan blog sebagai mata pencarian.kena saling menyokong

  5. tu yang payah jika selalu melihat dari satu sudut sahaja. Yang membalas kerana geram pun susah juga. Yang buruknya dunia blogging kita. Saya juga sedang mengalami kekecewaan yang teramat sekarang tapi masih dalam proses memujuk hati sendiri untuk belajar menerima itulah hakikat yang harus ditempuh. Suka tak suka.. tak boleh nak sentap pun.
    Curahan rasa isza @ ..Siapa Pangsatu?My Profile

  6. salam..
    sebagai seorang blogger kenalah kita
    menghornati sesama blogger..tak perlu
    kita anggap kita bagus dan orang lain tidak,

    siapa kita nak hakimi itu, terserah kepadaa
    pembaca yang nak masuk ke blog trafik hunter
    ke apa kan..?pada saya hak individu berblogging
    asal mereka bertanggung jawab dengan apa yang
    merekaa tulis.
    Curahan rasa zulkbo @ ..Seksikah Bila Berbadan Melebihi Berat Sepatutnya?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!