Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif.
Ada yang tanya macam mana aku boleh berubah dari Blogspot ke WordPress. Aku macam Blogger Ini juga ada bermacam-macam fikir untuk berubah ke WordPress … takut trafik jatuh lah … takut Page Rank hilang lah … takut Alexa Ranking kaput lah … dan macam-macam takut. Sebenarnya aku berubah ke WordPress kerana terpaksa rela. Pada akhir 2009 aku dah buat keputusan nak beli domain + hosting sendiri. Dengan bantuan Blogger Super Mom Ini maka aku telah diperkenalkan kepada web hosting terbaik Malaysia Serverfreak. Bila aku dah bayar baru tahu Serverfreak hanya handle blog WordPress je … kah kah kah … apa pilihan aku selain pejam mata hijrahlah dari Blogspot ke WordPress. Bagusnya semua proses hijrah sehingga setup blog wordpress baru Denaihati diuruskan oleh Serverfreak. Peeehhh memang legalah kalau tak siapa lah nak buat sebab masa tu aku tak kenal pun dengan Blogger Hebat Ini.
Seperti yand dijangka trafik blog jatuh, alexa ranking kaput dan paling tak syok Page Rank jadi zero. Tapi tapi tapi … semua tu hanya sebentar sahaja. Page Rank yang sebelum tu PR3 naik jadi PR4 sehinggalah sekarang … trafik yang dulu tak sampai 1k sekarang dah .. tengok lah sendiri kat sini. Jadi kepada Blogger hebat jangan risau nak berubah dari Blogspot ke WordPress melainkan kalau kauorang tergolong dalam 53 Blogger Wanita Jelita Malaysia yang tak perlu beli domain dan hosting sendiri tapi masih terkenal seantaro dunio.
Apa pulak aku dah merepek ni ..sebenarnya nak cerita lain. Apa yang sebenarnya aku nak tulis semenjak 13/7/2008 aku dah kenal ramai Blogger walaupun tak pernah jumpa. Aku dan Ariffshah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa secara bersemuka itu pun secara tak sengaja di Alamanda, Putrajaya. Bestnya bersahabat dengan Rakan Blogger ini bukan masa senang sahaja. 3-4 hari je blog Denaihati tak update entri baru pasti ramai yang akan DM dan email tanya khabar … tanya tak sihat ke … ada masalah ke? Memang terharulah rasa HATI ini.
Atas sebab kehebatan Rakan Blogger yang setia bersama selalu aku fikirkan bagaimana nak balas jasa dan kebaikan semua. Alhamdulillah baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan WordPress Private Training peringkat tinggi dengan yuran penyertaan yang sangat special. Biasa kalau WP private training ni kita kenakan bayaran RM250 tapi yang ini separuh pun tak.
Semuga Blogger Cikgu yang bukan Cikgu, Blogger Emas tapi bukan Genneva, Blogger Anak Dara, Blogger Tertinggal Lap Top, Blogger ni Ensem ke? dan Blogger Banyak Tanya mendapat manafaat daripada Sifu WordPress. Sebagai tanda terima kasih semua telah di masukan sebagai admin di FB Fanpage Denaihati Network. InsyaAllah ramai lagi akan dipilih untuk join dan berkongsi ilmu bermanafaat di Fanpage DHN (kalau kongsi yang majoriti tak suka maaf lah kalau kena tendang).
InsyaAllah di masa akan datang Denaihati Network akan berkongsi berbagai ilmu lain dengan Sifu-Sifu hebat yang lain antaranya ilmu Pelaburan Emas, Pelaburan BSKL, Asas Keluarga Bahagia untuk pasangan baru berkahwin dan macam-macam lagi aktiviti untuk kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada rezeki mana tahu boleh buat Blog TV khas untuk cerita aktiviti Blogger Nusantara.
Rakan Blogger pun boleh bagi cadangan apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan ukhwah dan network antara kita.
177 Comments
mantap…kumpulan blogger mantap tu.
Curahan rasa ROJAK @ ..Oppa Taikun Style
Dah lama nak berhijrah ke domain dan hosting sendiri.. Tapi masih sayang dengan blog2 yang guna platform blogspot.. Sebab terlalu mudah untuk dikendalikan.. Tahun lepas saya ada dua domain dan hosting yang terbiar begitu sahaja, tanpa ada sebarang entri.. Kesudahannya saya lepaskan begitu sahaja, sebab malas nak renew annual payment.. Tahun ini saya ada lagi satu domain dan hosting yang terbengkalai.. Tapi kalau habis tempoh setahun saya akan pertahankan domain dan hosting ini.. Dan insya Allah, saya akan mulakan blog baru tersebut pada tahun depan.. Tuan DH doakan yer..
Curahan rasa Anuar @ ..Berkhemah Di Teluk Batik Perak
Kalau belum nak menulis simpan je lah domain tak perlu simpan hosting
harap dapat sertai aktiviti DH lepas ni
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Penyerang Hamburg, Son Heung-min Berpotensi Untuk ke Liverpool
Menarik juga tu cadangan untuk merapatkan ukhwah sesama blogger.Boleh anjurkan aktiviti bulanan,tahunan.Kalau dah ramai boleh kumpul dana untuk tujuan tu.
Curahan rasa azman @ ..Cara Kira Loan Rumah
Memang luar biasa persahabatan yang terjalin diantara semua blogger-blogger hebat diatas
Curahan rasa Metrolisa @ ..Menarik Trafik blog dengan Pinterest
bestnye kalau dpt join program Denaihati, tp jarak dan masa memisahkan
Curahan rasa Shahrul @ ..Bagaimana Syarikat Teknologi Internet Buat Duit?
Senangnya kalau blogger seniro saling berbagi ilmu dan tips
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Anak Alergi Susu Sapi
betul tu. sahabat adalah untuk selamanya.huhuh..lama lak tak singgah sini
Curahan rasa arelan @ ..WeDDiNg oF tHe YeaR
Hebat betul Denaihati ini. Ramai pengikutnya.. Hihi
bukan senang nak senang kan…
Curahan rasa hidayah @ ..traffik meningkat kerana semangat kak red…
Sifu Sifu hebat semunya ni….
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Motivasi Bangun Awal Pagi
Memang mantap semuanya…tahniah
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Motivasi Bangun Awal Pagi
hahaha..blogger banyak tanya pun ada?ehehe,tapi rasanya yang banyak tanya tu la yang akan berjaya satu hari nanti..hehehe
Curahan rasa boni kacak @ ..Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara
Wow, ada training khas rupanya, lagi bertambah hebatlah rakan blogger kita ni.
Curahan rasa amirulfaiz @ ..Ibadah korban semakin hampir
betul tuhhh
thanks gan buat point nyaa 😉
nice story
Comments are closed.